Upgrade Langsir Tingkap Sedia Ada. Jadikan Ianya Nampak Bergaya Dengan Cara Paling Jimat Serta Mudah!

Share

Andai tiba-tiba teringin hendak mengubah mood kediaman, selain mengubah susun atur perabot untuk memberi impak ruang berbeza. Ada satu lagi yang juga boleh dilakukan oleh ibu-ibu iaitu dengan melakukan upgrade pada bahagian langsir dengan cara yang mudah namun impaknya memang hebat.

Ini dikongsikan oleh Puan Rafiza Idayu, menjelaskan cara atau langkah-langkah untuk menghasilkannya. Jom semak.

Step by step buat langsir eyelet sendiri. Eyelet ring boleh dapatkan di kedai peralatan menjahit atau kedai kain langsir. Jika tak pandai jahit, boleh upgrade dari langsir sedia ada. Yang penting dah pasang kayu eyelet. Nampak kemas dan elegan bila pasang langsir jenis eyelet di rumah.

Bahan bahan nak buat eyelet curtain

1. Eyelet ring
– boleh dapatkan di kedai menjual peralatan menjahit atau kedai kain langsir.

2. Pensil penanda
– saya guna pensil warna anak jer.

3. Gunting kecil yang hujungnya tajam
– senang nak ‘hunus’ langsir semasa proses tebuk lubang

4. Pita pengukur

5. Langsir yang dah siap dijahit dengan tape.

Langkah seterusnya 

Mula mula buat ukuran. Ukuran ini dia tak ada formula khusus. Boleh bagi average jarak lubang eyelet +- 7″.


Cara nak kira bilangan eyelet ring yang diperlukan adalah Panjang langsir bahagi 7″.

Katakan panjang langsir 124″ / 7″ = 17.77
Lebih kurang 18 ring eyelet diperlukan untuk sekeping langsir.

Tip : Cara nak ukur lubang eyelet adalah dari tengah tengah langsir.

Kemudian ‘hunus’ gunting kecil yang tajam ini pada kain langsir yang sudah dijahit tape. Perhatikan saya gunting di luar sedikit dari tanda yang telah dibuat. Jaraknya dalam 2 hun.

Guna gunting kecil yang tajam. Jika guna gunting besar sukar sedikit kerana kita potong membulat. Ini gunting khas untuk kerja kerja sulam. Boleh dapatkan di kedai menjual alat jahitan.

Alhamdulillah. Cantik dah tertebuk lubang eyelet. Gunting sulam ini bentuknya agak melenkung sedikit. Memudahkan kita membelok ketika menggunting. Maklumkan kona baring ni potong bulat.

Kemudian masukkan eyelet ring. Satu sebelah bawah dan satu lagi sebelah atas. Ring putih tu masukkan sekali. Ada eyelet ring yang tiada komponen tersebut. Tak mengapa. Dah set dia cenggitu.

sumber : Rafiza Idayu

IKLAN