Andai tiba-tiba teringin hendak mengubah mood kediaman, selain mengubah susun atur perabot untuk memberi impak ruang berbeza. Ada satu lagi yang juga boleh dilakukan oleh ibu-ibu iaitu dengan melakukan upgrade pada bahagian langsir dengan cara yang mudah namun impaknya memang hebat.
Ini dikongsikan oleh Puan Rafiza Idayu, menjelaskan cara atau langkah-langkah untuk menghasilkannya. Jom semak.
Step by step buat langsir eyelet sendiri. Eyelet ring boleh dapatkan di kedai peralatan menjahit atau kedai kain langsir. Jika tak pandai jahit, boleh upgrade dari langsir sedia ada. Yang penting dah pasang kayu eyelet. Nampak kemas dan elegan bila pasang langsir jenis eyelet di rumah.
Bahan bahan nak buat eyelet curtain
1. Eyelet ring
– boleh dapatkan di kedai menjual peralatan menjahit atau kedai kain langsir.
2. Pensil penanda
– saya guna pensil warna anak jer.
3. Gunting kecil yang hujungnya tajam
– senang nak ‘hunus’ langsir semasa proses tebuk lubang
Ads
4. Pita pengukur
5. Langsir yang dah siap dijahit dengan tape.
Langkah seterusnya
Mula mula buat ukuran. Ukuran ini dia tak ada formula khusus. Boleh bagi average jarak lubang eyelet +- 7″.
Cara nak kira bilangan eyelet ring yang diperlukan adalah Panjang langsir bahagi 7″.
Ads
Katakan panjang langsir 124″ / 7″ = 17.77
Lebih kurang 18 ring eyelet diperlukan untuk sekeping langsir.
Tip : Cara nak ukur lubang eyelet adalah dari tengah tengah langsir.
Kemudian ‘hunus’ gunting kecil yang tajam ini pada kain langsir yang sudah dijahit tape. Perhatikan saya gunting di luar sedikit dari tanda yang telah dibuat. Jaraknya dalam 2 hun.
Ads
Guna gunting kecil yang tajam. Jika guna gunting besar sukar sedikit kerana kita potong membulat. Ini gunting khas untuk kerja kerja sulam. Boleh dapatkan di kedai menjual alat jahitan.
Alhamdulillah. Cantik dah tertebuk lubang eyelet. Gunting sulam ini bentuknya agak melenkung sedikit. Memudahkan kita membelok ketika menggunting. Maklumkan kona baring ni potong bulat.
Kemudian masukkan eyelet ring. Satu sebelah bawah dan satu lagi sebelah atas. Ring putih tu masukkan sekali. Ada eyelet ring yang tiada komponen tersebut. Tak mengapa. Dah set dia cenggitu.
Sejak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kanak-kanak bermula usia lima hingga 12 tahun mendapatkan vaksin, ada segelintir ibu bapa meluahkan rasa kebimbangan.
Tinjauan di media sosial mendapati ibu bapa ada yang risau kesan akibat vaksin sehingga mengambil keputusan untuk tidak menerima saranan KKM itu tanpa memikirkan bahaya virus Covid-19 yang menyerang tanpa kenal usia.
Cakna dengan kebimbangan itu, seorang pengguna facebook, puan Naematul Ismail yang berkongsi pengalaman anak sendiri menghidap MIS-C (Multisystem Inflammatory Syndrome in Children) akibat komplikasi Covid.
Ikuti lanjut perkongsian ibu ini. Moga kita membuat keputusan yang betul untuk kehidupan anak.
Minggu ni baru berkesempatan scroll posting facebook. Antara issues yang sempat catch up adalah -booster -vaccine for children
Tengok ramai jugak yang against booster and vaccine for children. Jadi saya nak kongsi pengalaman anak yang baru survived dari MIS-C.
Nak kata 100% recovered pun saya tak boleh assure sebab dia masih ada temujanji dengan pakar kanak2 dan pakar jantung kanak2.
Saya tengok ramai yang marah bila kata nak bagi vaksin pada kanak2. On my point of view, saya sokong vaccine utk kids. Tapi percayalah, covid is real.
Bak kata Dr Hana Hadzrami, nak hidup dengan covid, kena la siap sedia kan. Sama macam flu biasa. Lama2 confirm akan jadi alah biasa tegal bisa sebab dah dalam endemik kan,. Okay,marilah kembali ke jalan yang benerrrr..
Kronologi
1.12.2021 Zharfan start demam. So mama terus start PCM macam biasa. Mak anak ramai ginilah, standby ubat sedia. Anak dedo sikit terus bagi ubat. Tak mau telan,mama abah sumbat. haha Masa ni dia masih mau minum dan makan.
2.12.2021 Masih demam. dah mula tak dak selera makan. Dia dah mengadu sakit perut. jadi,ingat sebab dia xmakn so di sakit perut. Dia masih minum air milo dan susu. Makan nasi lemak pun xhabis
3.12.2021 Demam lagi. Tapi pagi jumaat ni lepas makan ubat dia boleh bangun main2 sat. Mai petang dia makin xlarat, duk terbaring. Silap mama abah tak terus bawak ke Hospital Jitra.
4.12.2021 Siang masih terbaring. Bangun untuk pi toilet dan minum air Cuckoo ja. Silap mama sebab tak paksa makan. Dia memang hilang selera makan. Dia dah dehydrated harini. Pukul 8 malam baru bawak pi Hospital Jitra. Mama abah memang suka bawak terus ke Hospital Jitra sebab depa ada klinik lokum so xkacau kecemasan. Then, Dr Jitra terus drip dan pindah ke kecemasan. drip sebotol. Dr suspek dia ada apendicitis sebab dia kata sakit perut. Thanks to Dr Lokum dan Dr di kecemasan time tu. very thorough dia periksa. Dr bagitau kena transfer ke Bahiyah ni, sebab takut ada apendicitis. Naik ambulan dalam 4pagi. Sampai HSB jam5. Duduk sat di zon kuning. lepas Dr surgical turun check, terus naik wad. Alhamdulillah. memang cepat. Terus on drip lagi
Pagi 5 .12.2021 Bermulalah pemeriksaan dari pakar bedah. hari tu jugak scan abdomen dia. Dr bagitau, apendiks dia nampak okay. So maybe bukan apendicitis.. So ambil darah macam biasa. Banyak test dibuat. Yang mama ingat, betapa mencabarnya nak collect stool dia. Sangat watery sebab dia xmakan any solid food since day 1 dia demam. So dah 5 hari dia makan.
Antara test yang mama ingat Dr buat – test lepto untuk kencing tikus – dengue – hati – buah pinggang Alhamdulillah yang ni semua okay. sehinggalah Dr buat test antibodi COVID. dan test tu POSITIVE. Sedih tak tau nak habaq, sebab bila antibodi COVID tested to be POSITIVE, maksudnya dia pernah kena COVID 4-5 weeks sebelum ni. Masa dia active COVID waktu tu, kami xbuat test. Mungkin masa tu mild ja simptom dia. Sebab depa ni demam tu macam selalu. Tapi selalunya, bagi PCM terus lega dalam masa 3hari
6.12.2021 – Dr kata dia nak kena pindah ke PICU untuk masukkan ubat. Dr sebut IV-IG. Mama tak pelik ubat ni sebab time Nurin pun dah masuk ubat ni sebab kuning dia tinggi. Ada satu antibodi tu positif so kena IV-IG. Masa ni drip air pun xingat berapa botol dah.
7.12.2021 Masuk PICU untuk Iv-IG, mama pun balik tak tunggu, Wayar untuk monitor jantung dan oksigen berselirat. Line IV pun penuh kaki tangan untuk ubat. Makan steroid yang kuat untuk kurangkan keradangan. Air keliling jantung tu sebab berlaku keradangan. MIS-C stands for Multisystem Inflammatory Syndrome in Children. Dia duduk di ICU sampai 20.12.2021. 20.12.2021 baru pindah wad biasa. Masa duk PICU Dr panggil tengok dalam 2 kali. Hari2 lain just pi hantar pempes saja. Memang bedridden dalam PICU.
20.12.2021 Start cabaran nak bagi makan ubat. Sebab di PICU ada ryle’s tube untuk feeding susu. Jadi Dr bagi ubat melalui tiub tu dulu.. Lepas Dr cabut ryle’s tube tu baru dia boleh telan ubat sendiri.
20.12.2021 -26.12.2021 Duduk wad biasa untuk monitoring Makan ubat untuk kurangkan air keliling jantung dan salur darah dalam jantung kurang bengkak. Kesan MIS-C ni untuk zharfan. dia affect jantung. Dr pakar di PICU bagitau, ramai dah kanak-kanak masuk wad sebab macam ni. Bahasa mudah dia, dah pernah kena COVID tapi kita tak tau. Secara peribadi, yang saya faham (Mungkin tak betul dalam medical term) Budak2 antibodi kuat, dia lawan sendiri masa COVID aktif. Sampai satu tahap bila badan dah tak boleh lawan, baru badan akan tunjuk kesan dia,
Kesimpulan dia, Zharfan kena POST-COVID Complication yang mana Dr kata complication ni lagi teruk dari waktu aktif COVID tu sendiri. Ada juga Dr kata 50-50.
Seeing anak sendiri macam tu memang so heartwrenching. Segarang-garang mama pun. Teriyak jugak teringat anak di ICU occeyyy. Jadi, tak usah la kecam mengecam. Hang xmau ambik sudah. Hang jangan ajak orang untuk tak ambik. Tak kena tak tau.
Telinga mama macam telinga belanga dah, duk dengar Dr discuss masa round. Terima kasih banyak2 pada Doktor dan misi2 di Wad5B HSB, Dr Azilah and team. Dr Surgical, Dr Lini of PICU Dan Dr di Hospital Jitra yang hantar pi HSB. Pengalaman dan teguran dari Allah untuk mama dan abah. Terima kasih family members and all friends yang mendoakan.
Walaupun sudah melahirkan anak namun perut masih lagi ketara. Buncit tanpa sedar dan tidak mahu kempis dan rata seperti perut asal. Buntu bila memikirkan hal ini.
Persoalan ini pastinya sentiasa bermain di fikiran semua ibu yang mengalami masalah perut buncit. Menurut pengalaman orang-orang tua, sebenarnya banyak cara dan petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ini.
Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakaian bengkung secara disiplin juga adalah langkah bijak untuk kekal cantik. Ini yang boleh wanita berpantang amalkan untuk pastikan perut rata. Suami pun makin tambah sayang nanti. Ini petua nenek yang anda boleh cuba.
Cuba buat petua ini!
Petua 1
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.
Petua 2
Ambil 2 genggam lada hitam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan sebiji ragi tapai dan gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian pakai bengkung ketat dan kuat.
Petua 3
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta
mengatasi masalah berat badan.
Petua 4
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
Petua 5
Campurkan sedikit kapur makan bersama 5 helai daun sirih juga beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Petua 6
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Biarkan semalaman dan minum keesokkan paginya.
Petua 7
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut tentang peningkatan umur dari tahun ke tahun bukan sahaja bermakna bertambahnya angka semata-mata. Bahkan meningkatnya usia turut mematangkan diri kita dalam banyak hal.
Lebih-lebih lagi bila usia telah menginjak 40 tahun. Ada yang mengatakan bila masuk umur 40 tahun, saat itulah bermulanya kehidupan yang sebenar. Kebanyakkan antara kita melalui pelbagai ujian hidup ketika berusia 40 tahun. Antaranya diuji dengan kesihatan diri, ibu bapa semakin uzur, pasangan hidup ada yang sakit, atau berdepan dengan masalah anak-anak yang meningkat remaja dan pelbagai ujian yang berat.
Pun begitu, tidak kurang juga ada yang menyifatkan usia 40 tahun ini jika seseorang itu tidak berubah, sukar untuk dia berubah sampai bila-bila. Wallau ‘ahlam.
Sebagai orang yang bijak, kita sewajarnya memperbaiki diri dan amalan sepanjang hidup di dunia ini. Baki umur yang ada kita cuba sentiasa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia dan gandakan amalan sebagai tanda rasa syukur dengan usia yang dikurniakan Allah.
Ini sebagaimana Khairul Anuar Basri ada menitipkan doa khas yang perlu dihafal untuk kita yang berusia menginjak 40 tahun.
Doa Wajib Hafal Untuk Buat Kita Lebih Tahu Bersyukur!
Pagi ini saya nak ajar kat you all, doa wajib hafaz dan baca untuk semua yang berumur 40 tahun ke atas macam saya.
‘Rabbi auzi’nī an asykura ni’matakal lati an’amta ‘alaiyya wa ‘alā wālidaiyya wa an a’mala sōlihan tardhōhu wa aslihlī fī zurriyyati innī tubtu ilaika wa innī minal muslimīn’
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Cuba hafaz doa ini baik-baik. Amalkan setiap kali lepas solat.
Ada 3 benda yang kita minta sekaligus dalam doa ini :
-Minta jadi orang bersyukur dengan segala nikmat.
-Minta supaya tetap mengerjakan amalan soleh.
-Minta agar sifat kebaikan meresap masuk ke dalam diri anak-anak.
Masuk umur 40 tahun ni, kita dah sampai tahap kritikal dan sangat penting. Kita sudah tidak punya masa berbaki yang banyak. Bila-bila masa saja Allah akan panggil kita pulang mengadapNya.
Mula jadi orang bersyukur instead of merungut-rungut. Mula jadi orang yang tidak fikir yang lain kecuali untuk buat perkara-perkara yang baik saja.
Pesanlah kepada anak-anak untuk jadi orang yang baik-baik juga. Kerana kita tidak lama lagi akan meninggalkan mereka semua.
Doa anak yang soleh kepada kita adalah doa yang akan sampai kepada kita di alam barzakh.