Sebagai ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya dan cemerlang, itu semua impian setiap ibu bapa.
Namun terlalu mendesak anak dan menganggap anak tidak pandai boleh memberi kesan negatif pada dirinya termasuk merasakan dirinya ‘loser’.
Dalam hal ini, untuk mengelak ia terjadi kepada anak itu, ibu bapa harus tahu cara untuk mendorong anak dengan cara yang betul.
Ikuti huraian lanjut mengenai hal ini, menerusi perkongsian puan Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy.
FASA YANG MEMBENTUK SEORANG ‘LOSER’.
Apabila kanak-kanak didedahkan kepada penilaian akademik terlalu awal dalam hidup, maka tekanan ke atas mereka untuk memenuhi harapan orang dewasa juga bermula terlalu awal dalam hidup mereka.
Jika anda mempunyai anak yang akan menamatkan zaman tadika ataupun yang baru selesai tahun 1, janganlah terlalu cepat menilai anak sebagai ‘tak pandai’ hanya berdasarkan penilaian yang dibuat pada tahap itu.
Perjalanan anak-anak usia itu baru sahaja bermula.
Usia 6-11 tahun
Ads
Usia 6-11 TAHUN adalah usia mencari keupayaan dan kelebihan diri. Ibubapa dan guru-guru di sekolah memainkan peranan yang sangat penting sepanjang 5 tahun itu untuk membantu memantapkan keupayaan dan kelebihan yang dikenalpasti dalam diri anak. Pendapat ibubapa, guru dan rakan-rakan menjadi ‘SUARA HATI’ anak-anak usia ini. Mereka membina konsep diri dari kata-kata yang mereka dengar tentang diri mereka.
Seandainya pada usia seawal 6-7 tahun lagi tindakan dan perkataan yang diucapkan oleh ibubapa memberi isyarat kepada anak bahawa anak tidak ada harapan, anak tidak pandai seperti orang lain, anak tidak mencapai piawaian yang sepatutnya dan anak tidak memenuhi jangkaan, maka bayangkan dari peringkat awal lagi anak sudah tidak yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan merasa inferior.
‘Sense of competence’ atau rasa berupaya hanya terbina dalam diri anak-anak usia ini apabila mereka berjaya membentuk kecekapan ketika BERMAIN (pada usia awal) dan kecekapan MENYELESAIKAN TUGASAN sekolah pada usia seterusnya. Semua ini adalah PROSES YANG BERTERUSAN dan tidak boleh dinilai hanya pada satu tahap yang tertentu sahaja.
Anak-anak yang sentiasa diberi KATA-KATA PERANGSANG dan galakan akan tumbuh sebagai seorang insan yang yakin dengan kebolehan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
Manakala anak yang tidak dirai dan tidak mendapat sokongan ibubapa dan guru akan tumbuh sebagai seorang individu yang sentiasa meragui keupayaan dan kebolehannya sepanjang proses mengenali diri pada usia tersebut.
Ads
Bayangkan anak yang merasakan diri ‘tidak berupaya’, ‘tidak pandai’, ‘tidak sempurna’ ini akan melangkah kaki ke USIA REMAJA dengan menganggap dirinya sebagai seorang ‘LOSER’.
Konsep diri yang sebegini selalunya akan membawa padah ke atas diri anak itu, keluarga dan juga masyarakat secara umumnya kerana mereka akan ‘rebel’ dengan sangkaan bahawa diri tidak bernilai.
PERANAN IBUBAPA DAN GURU.
Berikanlah galakan dan sokongan kepada anak-anak usia 6-11 tahun ini. Mereka masih dalam proses MENGENALPASTI KEUPAYAAN DAN MEMBINA KOMPETENSI. Melalui interaksi sosial bersama rakan-rakan dan guru di sekolah mereka sedang membina rasa bangga dengan keupayaan dan pencapaian diri yang akan mendorong mereka untuk terus berusaha.
HARGAI SETIAP USAHA anak usia ini walaupun usaha itu kecil kerana usaha kecil inilah yang akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar. Kritikan, kutukan, cemuhan dan merendah-rendahkan diri dan keupayaan mereka tidak akan menggalakkan mereka untuk terus berusaha.
Janganlah meletakkan kejayaan akademik pada usia awal sebagai syarat untuk anak mendapat perhatian dan kasih sayang anda.
Ads
Janganlah dijauhkan diri anak yang dirasakan ‘tidak berjaya’ pada usia 6-11 tahun ini dengan menghantar ke mana-mana institusi supaya dia memperbaiki diri. Tindakan sebegini hanyalah dilihat oleh anak sebagai satu HUKUMAN ke atasnya kerana anak usia ini masih memerlukan perapatan, belaian, sokongan dan bimbingan secara langsung dan berterusan daripada ibubapa yang berada di sisinya.
Dapur antara ruang utama dan nadi dalam sesebuah rumah. Ruang dapur yang bersih dan kemas tersusun pastinya buat hati kita rasa lega. Apatah lagi bila setiap kali pulang daripada kerja. Hati sejuk bila tengok rumah dan dapur bersih dan tersusun. Namun ada waktunya kita tak lepas daripada rasa penat dan dapur berselerak jadi lumrah. Sebenarnya untuk menyelenggarakan dapur pun kena ada ilmu, barulah kerja-kerja di dapur lebih tersusun dan sistematik.
Perkongsian dari saudari Widyana Ali yang kongsikan tip untuk susun atur dapur ini sangat bermanfaat untuk kita. Jom kita lihat perkongsiannya. Tips Susun Atur Barang Dapur Dari Saya Buat Kaum Wanita
1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur. Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli.
2. Sebelum pergi shopping barang dapur, saya akan buka kabinet dan check apa yang dah habis dan apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat “things to buy list”
3. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.
4. Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol-botol rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai RM20 pun. Sekarang macam-macam kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas-bekas yang sesuai. Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dan sebagainya.
5. Kalau memasak pula, biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.
6. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.
7. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Macam suami saya selalu usik bila dia buka kabinet dapur masa cari rempah atau sos “Wahhhhh…banyak nya barang kat rumah kitaaaa!! Macam kedai lah. Jadi kena sentiasa periksa, takut habis tarikh luputnya. Selamat menguruskan rumahtangga dengan cara yang sistematik. Insya Allah..
Mungkin cara kita berbeza, namun bagi yang inginkan panduan, bolehlah ikut cara ini supaya dapur kita lebih tersusun dan bersih. Jangan hanya membeli tetapi tidak pandai menyusunnya.
Sebagai ibu yang dalam proses berpantang dan menyusukan bayinya, pasti Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat menjaga bab-bab makan ni. Terutama sekali pengambilan makanan yang boleh menambahkan kuantiti susu.
Baru-Baru ini menerusi lama instagramnya, penyanyi nombor satu negara ini berkongsi resipi Lempeng yang diamalkannya dalam pantang.
Menurut ibu Aafiyah, lempeng yang diamalkan itu dibuat dengan bahan yang berkhasiat seperti oat dan juga madu. Selain makanan sihat, ini juga satu cara untuk ibu-ibu berdiet dan menurunkan berat badan tanpa skip makan.
Untuk ibu-ibu yang tengah berpantang boleh cuba sendiri resipi lempeng ini:
Nak dapatkan produk oat yang berkualiti dan murah boleh klik sini.
Rindu lempeng oat makan masa pantang.. Kak @susydinda beri resepi , saya buat..alhamdullillah,jadik jugak.. Bahan2 quakeroat
Malah, ramai pengikutnya turut bersetuju dan memberitahu pengambilan bahan-bahan seperti oat, kismis, madu, kurma dan susu membantu mil booster untuk ibu yang menyusu anak.
Klik sini untuk produk oat yang sedap & berkualiti. Gunakan kod promo ini untuuk harga istimewa.
Selain itu, ada juga pengikutnya yang berkongsi resipi untuk membuatkan lempeng itu menjadi lebih sedap.
azraaazmanSedapp ni @ctdk ?? , dulu time study slalu buat dgn housemate , tp oat kosong jelaa , garing2 , cicah sambal kicap . Memang tak toleh kiri kanan ?
lj.globalTabur chiaseeds sekali yang Dato ada hari tu ? menambahkan susu ibu jugak
maya_aiyani biasa sy buat 4 sudu ‘rolled oat’, sebiji telur, 1 sudu plain yogurt, sebiji pisang. Masuk semua tu dlm blender then terus blend. Pastu buat lempang cam @ctdk buat tu kat kuali non-stick
Rupanya ada 10 persamaan yang ada dalam diri suami isteri yang boleh kekal bahagia bersama lebih dari 10-20 tahun. Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai ini.
1 – Sentiasa meluahkan perasaan. Ada tak puas hati terus luah, begitu juga jika rasa bangga atau gembira pasangan la orang pertama yang akan di cari.
2 – Segera memaafkan dan ikhlas juga. Usah pendam rasa sakit hati lama-lama. Bak kata tuan Afnan Rosli, perasaan tu adalah doa. Hari-hari doa sakit hati, maka betul Allah bagi sakit hati.
3 – Selalu berkompromi. Suami bukan raja yang kena ikut semua perintah, dan isteri bukan pemaisuri yang nak di layan setiap masa.
4 – Pasangan yang baik ialah pasangan yang selalu beri semangat, sokongan dan dorongan walau apa pun situasi.
5 – Terus mempercayai di kala orang lain tidak. Itulah pasangan sejati.
6 – Komunikasi sentiasa di jaga. Salah faham tetap tak dapat dielakkan tapi jangan sesekali guna bahasa kesat dengan pasangan.
7 – Sentiasa rindu merindui. Hari-hari jumpa pun sentiasa rindu. Nak ke mana-mana tak pernah seorang diri, sentiasa bersama.
8 – Tiada manusia yang sempurna sejak lahir. Mesti berani akui kelemahan dan berusaha untuk jadi sempurna.
9 – Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak membetulkan.
10 – Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi harapan.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Susah sama-sama, senang sama-sama. Itulah maksud perkahwinan sebenar.
p/s : Sampaikan juga pesanan ni pada pasangan lain di luar sana semoga mereka pun dapat manfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di