Baru-baru ini tular perkongsian seorang pempengaruh berkongsi kisah cinta mereka, termasuk perkahwinan dengan sepupu sendiri.
Trend ini menarik perhatian ramai, terutamanya apabila detik-detik manis seperti lamaran dan majlis pernikahan dikongsikan secara terbuka di media sosial.
Perkongsian itu majlis pernikahan mereka turut disaksikan oleh ahli keluarga, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Malah, ada segelintir pihak meluahkan kebimbangan agar perkara ini tidak membawa kepada normalisasi perkahwinan antara sepupu.
Walaupun perkahwinan antara sepupu adalah sah di sisi syarak, ia tetap menjadi topik perbincangan hangat dalam masyarakat. Sesetengah pihak melihatnya sebagai sesuatu yang unik dan romantik, manakala yang lain menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi kesihatan dan sosial.
Cakna mengenai isu ini, majalah keluarga berpeluang menemubual secara eksklusif bersama pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma Harun mengenai isu yang hangat diperkatakan.
Menurut Ustazah Asma’ Harun, perkahwinan antara sepupu adalah sah di sisi syarak kerana sepupu bukan mahram.
Ads
“Sebenarnya, perkataan normalisasi itu kuranga tepat untuk digunakan kepada situasi normalisasi nikah sepupu. Kerana sebenarnya pernikahan seperti ini memang berlaku dalam masyarakat kita. Dan dari sudut syaraknya ia sah.”
Namun, beliau menekankan bahawa walaupun sah, ia bukanlah sesuatu yang digalakkan secara umum.
VIDEO PENUH: Ustazah Asma Harun Tegur Normalisasi Cerita ‘Manis’ Kahwin Sepupu
Ads
“Ia bukan dan situasi yang buruk bagi pandangan syarak. Secara ringkasnya saya sebut begini bahawa banyak perbahasan ulamak tentang pernikahan sepupu dan jika merujuk kepada Dr Wahbah al-Zuhail, perkahwinan sepupu harus dr sudut syarak tetapi kurang digalakan. Jika boleh dapat dielakkan.”
Katanya lagi, dengan perkembangan teknologi, dari sudut kajian, perkahwinan dan pernikahan sebegini boleh menimbulkan risiko lebih tinggi kepada masalah kesihatan, genetik, dan lain-lain. Namun ada kelebihan lain yang mana hubungan keluarga menjadi lebih rapat dan berkembang dengan kelompok yang sama.
“Tapi dari sudut sosial pernikahan sepupu menimbullkan konflik yang sukar ditangani yang melibatkan keluarga sepupu iaitu mak saudara bapa saudara. Yang terlibat itu akan lebih panas.”
“Tak perlu besarkan dari sudut negatif…”
Ustazah Asma’ juga menasihatkan agar masyarakat tidak terlalu cepat menghukum atau memandang serong terhadap pasangan yang memilih untuk berkahwin dengan sepupu mereka.
Ads
“Kesimpulan yang saya ingin kongsikan, tiada istilah normalisasi . Ia cuma influencer berkongsi detik manis. Dia sebenarnya berkongsi detik manis bahawa jodoh dia rupanya sepupu sendiri.”
Sebaliknya, beliau mengajak kita untuk memahami bahawa setiap jodoh adalah ketentuan Allah, dan yang paling penting adalah niat yang baik serta usaha untuk membina keluarga yang sakinah, mawaddah, dan rahmah.
“Ada ramai yang saya lihat, nikah sepupu, anak sihat bijak dan cergas, jadi tak perlu masyarakat kita terlalu membesarkan dari sudut negatif tapi kita tahu bahawa harus dan sah tapi kurang digalakan, bukan dari sudut Islam tapi dari sudut ulamak,” ujarnya dengan tegas.
Kita bukan menolak, tapi berpada-padalah. Jangan cepat menghukum. Setiap jodoh ada kisahnya, dan setiap keluarga ada cabarannya. Kalau itu jodoh yang Allah titipkan, maka mohonlah kekuatan, kesabaran, dan keberkatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berita sedih pada hari Jumaat. Akiko Okumura, isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat.
Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Ridzuan memaklumkan bahawa isterinya telah pergi buat selama-lamanya, meninggalkan dia dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura.
Al-Fatihah buat arwah isteri saya, Akiko. Dia telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya.
Bagaimanapun, punca pemergian Akiko tidak dinyatakan.Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang mengucapkan takziah dan mendoakan agar Ridzuan serta anaknya diberi kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Suami isteri meninggal dunia kemalangan, baru selesai rakam foto hari raya. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.
Suami Isteri Meninggal Dunia Kemalangan, Baru Selesai Sesi Fotografi Hari Raya
Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.
Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.
Gambar kenangan pasangan suami isteri yang baru dirakam sebelum kejadian.
Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.
“Mereka nampak teruja kerana dapat gambar raya yang siap dicetak hari itu juga. Saya turut menghantar salinan gambar ke telefon bimbit mereka yang menggunakan jenama iPhone. Semasa bergambar, mereka banyak ketawa dan sangat riang.
“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.
Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.
Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.
“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.
Keadaan kereta pasangan suami isteri yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lelaki belanja RM1,000 sebulan semata nak buat ulasan hotel. Lain orang lain ‘peelnya.’ Seorang eksekutif kanan di sebuah institusi kewangan sanggup membelanjakan kira-kira RM1,000 sebulan untuk menginap di hotel berlainan hampir setiap hujung minggu sebelum menulis ulasan dan pengalaman penginapan di laman sesawangnya.
Lelaki Belanja RM1,000 Sebulan Semata Nak Buat Ulasan Hotel
Dalam tempoh empat tahun sejak 2020, Burhanuddin Abdul Jalil, 55, telah menempah dan menginap di 169 hotel meliputi 234 hari penginapan.
“Sebelum 2020, hobi saya lebih kepada fotografi dan subjek kegemaran saya ialah landskap, iaitu merakam pemandangan alam yang menarik dari tempat atau bangunan tinggi di merata tempat, termasuk di Indonesia.
“Apabila ada larangan perjalanan akibat COVID-19, saya bingung tak tahu nak buat apa. Jadi, saya ambil peluang tempah hotel di sekitar ibu negara memandangkan premis penginapan ketika itu masih dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard tertentu,” katanya kepada Bernama.
Burhanuddin atau mesra dipanggil Bob, berkata aktiviti itu yang pada awalnya dilakukan bagi mengatasi kebosanan kerana tidak dapat bergerak jauh, kini menjadi satu “ketagihan” dan “keseronokan” untuk beliau.
“Kawan-kawan juga asyik meminta pandangan hotel mana yang menarik untuk mereka inap, jadi timbul idea untuk saya menulis ulasan setiap hotel saya pergi. Tambahan pula saya juga pandai mengambil gambar,” katanya, menambah beliau tidak ditaja oleh mana-mana hotel untuk membuat ulasan itu.
Burhanuddin berkata beliau menulis dan memberikan ulasan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang secara terperinci, termasuk lokasi, susun atur perabot di dalam bilik serta kemudahan dan layanan staf.
“Saya menulis dalam esei ringkas menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami. Alhamdulillah, saya terima banyak maklum balas positif, dan ulasan saya membantu orang ramai di luar sana membuat keputusan untuk memilih hotel yang ideal buat mereka,” katanya.
Selain menulis di laman sesawangnya https://hanuds.wixsite.com/hanudds, beliau juga menyumbang artikel untuk Facebook Hotel Review Malaysia.
Berkongsi tip, Burhanuddin berkata ada beberapa aplikasi dalam talian yang boleh digunakan sebagai panduan dan perbandingan harga hotel.
Lazimnya harga lebih murah sekiranya tempahan dibuat dua atau tiga bulan lebih awal dari tarikh daftar masuk, katanya.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).