Pastinya terasa begitu berat ujian dan perit rasanya untuk ditanggung, andai orang yang tersayang ‘pergi’ tanpa kita boleh berada disisinya. Bahkan tidak boleh memberikan khidmat dan penghormatan terakhir untuk menguruskan jenazahnya, apatah lagi jika mahu memeluk dan menciumnya buat kali terakhir. Semuanya terhalang disebabkan pandemik Covid-19 berikutan semua antara kita perlu mematuhi prosedut Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Terbaru menerusi perkongsian di Facebook PahangKu Media, ada berkongsi video yang cukup menyentuh perasaan. Video tersebut memaparkan beberapa ahli keluarga berdiri di bahu jalan dalam keadaan sayu dan hanya mampu melambaikan tangan ke arah van jenazah yang diiringi kereta polis sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Van Jenazah Ibu Hanya Dapat Lalu Depan Rumah, Seisi Keluarga Sebak Beri Lambaian Terakhir!

Lebih terasa sedih situasi tersebut, bila mana pasukan mengiringi van jenazah memperlahankan kenderaan  mereka untuk memberikan peluang kepada ahli keluarga melihat dari kejauhan sebagai penghormatan terakhir kepada jenazah.

Van Jenazah Ibu Hanya Dapat Lalu Depan Rumah, Seisi Keluarga Sebak Beri Lambaian Terakhir!

Bahkan anggota polis dengan menggunakan pembesar suara turut memohon maaf kepada ahli keluarga dan memohon agar bersabar serta menyarankan agar sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

Rakaman video berdurasi seminit 22 saat itu turut kedengaran ahli keluarga menangis teresak-esak selain menenangkan antara satu sama lain yang hiba kerana tidak dapat menatap jenazah buat kali terakhir.

Malah, anggota polis yang menggunakan pembesar suara sempat memohon maaf dan meminta ahli keluarga bersabar serta sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

Seorang wanita, Norasma Tahir dipercayai anak kepada Allahyarham juga ada memuat naik posting mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirimkan orang ramai.

Ujarnya, “Allah hu Akbar….. Kuatkan semangat ku tuk hari-hari mendatang….
VC terakhir jam 9.30 pagi sebelum MAK dijemput Illahi jam 10.29 pg…2/7/2021… di pagi Jumaat yang penuh kemuliaan dan keberkatan….
Van Jenazah Ibu Hanya Dapat Lalu Depan Rumah, Seisi Keluarga Sebak Beri Lambaian Terakhir!
“AYAH…. sambut dan pimpin lah tangan MAK dengan penuh kasih sayang…. menuju ke Jannah…….
Al-Fatihah tuk Mu….
MAK (14/1/1935 – 2/7/2021 – 86 tahun)
AYAH (18/10/1929 – 19/12/2011 – 82 tahun)

Sumber : Pahangku Media & Siti Norsiah Osman

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI  atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!

Van Jenazah Ibu Hanya Dapat Lalu Depan Rumah, Seisi Keluarga Sebak Beri Lambaian Terakhir!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Van Jenazah Ibu Hanya Dapat Lalu Depan Rumah, Seisi Keluarga Sebak Beri Lambaian Terakhir!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI