Normal lah perasaan malu muncul bila pertama kali bersentuhan suami isteri selepas diijabkabulkan, iaitu semasa acara sarung cincin. Bukan sahaja malu, malah bertambah gemuruh apabila dikelilingi ahli keluarga untuk sama-sama menjadi saksi pada hari bersejarah itu.

baru-baru ini, tular di laman media sosial satu video detik sarung cincin sepasang pengantin baru di mana telatah pengantin perempuannya yang malu-malu dikatakan agak keterlaluan ketika berhadapan dan disentuh pengantin lelaki.

Walaubagaimanapun, ini bukan pertama kali video seperti ini tular, malah situasi ini mendapat perhatian ustazah yang dikenali sebagai Sharifah Zahidah yang berkongsi teguran yang berguna untuk wanita di luar untuk dijadikan sebagai panduan.

Trending Wanita Malu-Malu Ketika Disarungkan Cincin

Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.

Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik – sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.

Sweet dan comel katanya bila malu-malu pada sentuhan pertama.

Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang.

Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan,
“Real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam…”

Pesanan akhir beliau,
“…. If you really feel shy, you wont giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes..”

IKLAN

Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang. Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.

Nasihat Anak Gadis, Kalau Malu & Tak Selesa, Tangguhkan Acara

Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.

Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling.

Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan. Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian.

Allahualam.

IKLAN

Sumber : Sharifah Zahidah

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

IKLAN

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/

Viral Acara Sarung Cincin, Ustazah Ini Beri Teguran. ‘Kalau Malu & Tak Selesa, Tangguhkan Acara Sesi Tertutup’