Apabila kita dilanda musibah wabak pandemik Covid-19, tentunya kita berharap sentiasa berada dalam selamat. Selain duduk dirumah, berdoa, kita juga digalakkan memberi sedekah untuk memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
Kebaikkan dengan bersedekah juga dapat menghapuskan dosa. Allah S.W.T sangat memuliakan orang-orang yang bersedekah. Kita semua tentu ingin mendapatkan kemuliaan tersebut, serta mengambil kebaikan dan hikmah kala situasi seperti ini.
Sebagaimana perkongsian, menjelaskan bahawa sedekah memberi manfaat kepada orang lain termasuk memberi kesedaran kepada orang ramai hikmah disebalik amalan bersedekah.
Namun kadang ada suara tidak sedap didengar mempersoalkan amalan sedekah yang diwar-warkan.
Isunya dalam keadaan pandemik ini ramai keluarga yang terkesan seperti tidak mempunyai pendapatan untuk membeli barang makanan. Dengan viral sumbangan sedekah kepada orang yang memerlukan, barangkali ia menjadi asbab untuk orang lain memberi sedekah.
Apa yang pasti, sentiasa berfikiran positif, supaya tidak melihat orang melakukan kebaikkan dengan jiwa yang negatif.
Ikuti perkongsian ini.
BUAT BAIK PUN KENA KECAM
” Kau ni tak ikhlas lah. Buat sedekah tu duduk diam diam je lah. Buat apa nak upload gambar “ Sedih saya bila Ustaz Ebit Lew kena kecam sebegitu rupa. Saya tahu sangat perasaan tu sebab saya pun pernah mengalami hal yang serupa.
Ads
Masuk kem pelarian Syria ke masuk ke Arakan itu semua dah umpama ‘booking’ tiket untuk syahid dah sebab di sana nyawa kita ibarat telur di hujung tanduk dah.
Tak ada masa pun untuk riya’ sebab kita tahu bila bila masa je nyawa kita boleh ditarik tapi saya terpaksa juga untuk upload dan viralkan gambar gambar masa bagi bantuan.
INI SEBAB ‘TERPAKSA’ UPLOAD GAMBAR BERI BANTUAN
Gambar: FB Ebit Lew
Kenapa? Ok sini saya kongsikan sikit kenapa orang NGO ni terpaksa buat semua tu.
Ustaz Ebit tu ada NGO dia sendiri. Ustaz ‘terpaksa’ upload gambar dia bagi bantuan tu atas 3 sebab.
Ads
Pertama, supaya para penderma tahu ke mana duit mereka pergi. Semua NGO terpaksa buat benda yang sama untuk menjamin ketelusan bantuan yang sampai. Kalau kita bagi duit lepastu NGO tu buat diam je, kita pun akan turut sama rasa sangsi kan dengan ketelusan NGO tersebut.
Kedua, supaya lebih ramai lagi menyumbang. Perasan tak di post Ustaz Ebit Lew yang viral tu kebanyakannya dia letakkan nombor akaun NGO dia? Itu tujuannya supaya lebih ramai menyumbang. Bila lebih ramai menyumbang, lebih ramai orang susah boleh dibantu. Itu tujuan utamanya.
Ketiga, supaya lebih ramai terinspirasi. Inilah namanya Dakwah Bilhal, iaitu dakwah dengan perbuatan. Dakwah bilhal ni lebih hebat daripada dakwah dengan kata kata semata.
Cuba tengok berapa ramai orang mula terikut ikut untuk lebih banyak bersedekah asbab daripada posting viral Ebit Lew tu.
Boleh tengok di bahagian komen mungkin ada berpuluh ribu yang dah mula bersedekah disebabkan posting viral Ustaz Ebit Lew tu.
Ads
Saya sendiri pernah jumpa seorang mak kepada 2 orang anak. Mak tu jumpa saya dan ucap terima kasih sangat sangat dekat saya.
“ Terima kasih banyak doktor. Anak anak saya suka sangat baca cerita doktor ke Syria dan Arakan tu. Anak anak saya kata lepasni mereka nak jadi kaya raya dan Jutawan untuk tolong orang susah juga lah “
Habis je si ibu tu bagitahu benda ni. Terus bergenang air mata saya. Kita tak tahu, dalam posting kita yang dikatakan ‘riyak dan menunjuk nunjuk’ itu rupanya menjadi sebab perubahan yang sangat besar pada diri orang lain yang melihatnya.
Kepada Ustaz Ebit Lew, teruskan usaha Ustaz. Semoga lebih ramai anak anak yang melihat gambar gambar ustaz terinspirasi untuk menjadi pemurah dan rendah hati seperti Ustaz.
Semoga kita muhasabah diri. Ketika ini semua dalam kesusahan. Bantu mereka, bukan kecam. Barulah hidup diberkati.
Kanak-kanak termakan keropok ada racun tikus, Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun, meninggal dunia. Salah seorang daripada dua kanak-kanak yang kritikal selepas termakan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pagi Rabu.
Memetik Sinar Harian, perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi pada Rabu. Nurain berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.
Kanak-kanak itu meninggal dunia ketika menerima rawatan. Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah difahamkan akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, dua beradik Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2 dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.
Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.
Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.
Landskap dunia benar-benar berubah bila memasuki tahun 2020. Siapa sangka, penangan pandemik Covid-19 berpanjangan mtelah mengubah kehidupan seseorang itu dalam sekelip mata.
Apatah lagi, bila pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bagi membendung wabak tersebut daripada terus menular.
Impaknya, ekonomi merudum dan banyak syarikat mengalami masalah kewangan. natijahnya ramai yang diberhentikan kerja dek kerana syarikat tidak mampu menanggung kos kerugian. Antara syarikat yang berisiko termasuklah syarikat penerbangan.
Seorang Juruterbang yang dikenali sebagai Tuan Anwar Ajid, dia antara kakitangan yang menerima nasib sama setelah tidak mendapat gaji daripada syarikat penerbangan yang kehilangan pendapatan kerana tidak boleh untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP. Dia kini menyara keluarga dengan menjadi seorang ‘rider’ penghantar makanan. Ini antara luahan beliau menerusi laman facebooknya.
2020….tahun penuh Lelah..AWAS PANJANG!!!
Tiada siapa menduga krisis convid 19 tahun ini benar benar memberikan impak maksimum.Semenjak bertukar kerjaya dari sektor kerajaan ke dunia penerbangan aku fikir inilah kerjaya yang akan memberi kebahagian kepada keluarga kecilku ; anaku Sofea berusia 8 tahun dan isteri yang setia disisi sepanjang 10 tahun yang lalu.
Namun takdir Allah penuh misteri,setelah 10 tahun di dalam bidang penerbangan yang orang fikir penuh glamour..em..orang fikir..sedangkan bukan begitu akhirnya aku kehilangan pendapatan semenjak bulan 4 akibat syarikatku bekerja kehilangan pendapatan akibat pandemik.
Setelah keadaan reda aku memikirkan untuk mencari pekerjaan yang sesuai untuk menjana pendapatan.Namun bukan senang nak dapat kerja…bukan aku sorang kene takde pendapatan,ramai yang lain.Puas aku menghantar resume ke sana sini bak kata PM namun hampa …takde sapa nak amik.
Kecewa ,sungguh kecewa.Aku mana ade skill dalam bidang lain selain supir kapal terbang.Ramai member lain menjana pendapatan dari saham dan forex tapi aku mampu tengok ajala.Duit yang ade pun hanya untuk membayar hutang selepas morotorium kelak.Nak belajar tentu learning curve sangat lama since bidang itu risiko tinggi.
Pilih kerjaya jana pendapatan
So apa cara nak dapat duit pantas?Puas fikir dan belek apa ada di tangan akhirye aku decide jadi supir di darat pula.Oh ye pandu apa?Setelah survey pilihan yang ade aku fikir kerjaya ini maybe boleh menghasilkan pendapatan yang ok buat sementara.Kerja apa tuan tuan?Ehailing rider.
Dalam aviation kelayakan untuk fly setiap pesawat di namakan type rating.Civil Aviation Authority Malaysia(CAAM) dah endorsed dalam lesen aku kapal boleh aku fly ade dua ATR72-600 dan B738NG.Bukan macam di darat ye sahabat semua.Kita nak pandu BWM,Merc or Proton belasah jek.Takde undang-undang nak larang.Asal boleh memandu kira boleh dah tu.Eh apa kene type rating dengan Rider Ehailing.Sabar aku nak cite la ni.
So aku pun apply la nak jadi rider ehailing.Rupanya banyak sungguh company ehailing dekat Malaysia.Apply punya apply(bukan free tau…kene bayar nak jadi pekerja ehailing ni) sedar tak sedar aku dah ade 4 type rating.Perh banyak siot.Apa beza setiap company ni?
Meh aku cite kat bawah.
1.LalaMove-Register free but beg kene beli harga RM120.As rider tugas seharian adalah rebut job dalam apps disediakan.Susah gila nak dapat job.Baru dengar jek notification job dah hilang kene rembat.Apa maksudnya.Mean ramai gila rider.Semua ni maybe macam aku pilot yang kehilangan kerjaya or bidang lain yang kene buang.Oh ye tugas penghantaran dibayar ikut distance ‘goods’ yang dihantar.
Range dari semurah RM4 hingga semahal RM40.Ikut la distance berapa jauh kita hantar.Secara purata 1km dapat la RM0.80 sen.Korang rase berapa lama aku bertahan job ni?Dahla dekat Putrajaya(rumah aku) job takde…kene pergi ke USJ untuk dapat job.Dengan moto besar yang main clutch dan full riding gear memang cari nahas buat keje ehailing ni.3 jam jek main dalam bandar aku dah give up.Letih wei main clutch plus moto punya berat.
2.DahMakan-Instead aku kene rebut job,job datang ke aku.Senang skit kan.Itu teori la.Rupanya aku kene pergi ke hub catering dia.Jauh la pulak.Ade di PJ n USJ.Coverage penghantaran makanan dari PJ anta ke Putrajaya.Sesuai for big bike cam aku pakai but upah sangat la ciput.Sudahnya upah dapat cukup bayar minyak moto jek..Cancel ..takleh g la benda ni.
Roster In sebiji airlines
3.FoodPanda-Wah ini sebiji cam airlines.Hahah…y?Sebab dalam airlines ade 3 eleman ni
a)OTP(On Time Performance)-Masa fly seboleh elakan delay.Tapi delay bukan sebab aku as Captain suka suka nak delay weh.Biasa disebabkan oleh cuaca or teknikal.Untuk foodpanda aku kene follow time app kasi masa anta makanan.So rahsia nak OTP yang cun?Sudah semesti main moto kecik.Jangan pakai moto besar wei.Moto kecik takyah pakai clutch,minyak jimat and nak menyelit senang.Mana plak aku nak cri moto kecik..aduh…
b)CheckIn-SOP for fly is..seblm masuk dalm kokpit kene cx in kat komputer di ofis.FoodPanda plak aku kene cx in di Kawasan ditetapkan.Aku main Putrajaya aja sebab nak cx in 10 minit dari rumah aja.But it quite amaze for me.App dan SOP yang disediakan oleh FoodPanda agak sistematik.Dah cx in just tunggu kene assign job by system.Biasa dalam Putrajaya tugas aku anta Fast Food(Mcd,Kepci,Beger King) ke serata client di sini.Sebut client paham paham la kan perangai.Ade yang baik dan ade tak (dipandang jek aku ni cam kuli)..eh memang kuli pun wei.Aku bukan Capt dalm pesawat dah.Tak sedar diri aku ni.Haahhahha.
c)Roster-Ini paling mengujakan aku.Sebiji airlines weh.Kami di airlines akan ade roster or jadual fly yang disediakan sebulan awal.Dalam roster ni kami akan tahu besok nak fly mana,berapa sector dan siapa FO( First Officer) dan pramugari yang bertugas.In case demam ade dua option ,satu MC satu lagi swap with other for off days.For FoodPanda sama weh.Beza aku sorang jela rider.Mana ade First Officer dan pramugari ikut aku dah.Jika aku tak dapat bertugas aku kene offer swap to others riders.Mantap memang mantap system ni.Tak terfikir plak ehailing ni sama cam airlines.
Ejen jual Kambing Perap
So ini lah tugas aku ketika ini.GIG or hustle job orang kata.But..ade tapi.Dulu sejam aku fly leh dapat minima RM6xx sehari,but now dah terbalik sehari max keje bagai nak rak (dengan panas lengit,hujan,kene marah customer,hitam terbakar muka n tangan) boleh dapat RM50 to RM70 aja.Cukup ke nak bayar expenses aku?Memang tak cukup …but inilah rezeki Allah kasi for family aku buat masa sekarang.Kesian sangat kat anak aku umur 8 tahun ni.So small tapi dah terpaksa lalui kesusahan ni.Maafkan papa ye nak.I try to max to find suitable job for our family to be like before.
Disebabkan itu maka aku n wife decide untuk jadi ejen jual Kambing Perap dan juga steak yang dibawah masuk dari New Zealand.Raya Haji tak lama dah sahabat semua.Apa lagi boleh la order dua jenis daging ni kat aku.Support dari korang maybe akan ubah nasib aku kelak dalm biz ni.Mana tahu kan ..rezeki semua dari Allah.Sekarang ade promo for kambing perap tau..cepat cepat order.Steak plak…pew….kalau sapa pernah makan kat kedai steak mesti tau harga yahudi kan.Ni aku offer harga melayu…hahah
Oklah panjang gila coretan aku..ade ke orang baca…kalau ade tu aku ucap thanks..ni FBlog aku nampakya.Aku start menulis supaya ini akan jadi rekod digital apa aku lalui 2020 ni.
Ok gaiss…sapa nak order Kambing Perap or Steak bleh tgk komen n juga gamba aku upload …till then safe ride..ahah..dulu safe flight..adios
kept K
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sering bersiaran di televisyen dan dikenali sebagai pendakwah selebriti, nama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, sudah sinonim dalam kalangan masyarakat. Beliau merupakan pendakwah selebriti yang sering menjadi tetamu jemputan di radio dan televisyen terutamanya dalam topik keibubapaan dan fiqh wanita. Kini, beliau aktif mengendalikan seminar dan program khususnya keibubapaan.
Kecil molek sahaja orangnya dan bibir tak pernah lekang dek senyuman setiap kali bertutur. Berpendirian tegas dalam setiap perkara yang dilakukan sudah cukup membuktikan anak kelahiran Klang, Selangor ini seorang wanita hebat. Hasil perkahwinan dengan Ustaz Muhidin Mokter, pasangan ini dikurniakan 6 cahaya mata.
Aktif bersiaran di kaca televisyen sejak 2010 melalui saluran TV Al Hijrah (TVAH) sebelum menjadi tetamu untuk saluran TV yang lain. Beliau sebelum itu bergelar pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2000 hingga 2012.
Sepanjang bergelar pensyarah, banyak pengalaman diperoleh terutamanya mengenai personaliti dan akhlak individu terutama anak muda.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun sebagai ibu dan isteri, beliau menyatakan masa bersama anak-anak ibarat emas.
“Saya anggap waktu bersama anak adalah masa terbaik untuk mengetahui aktiviti mereka. Biasanya saya akan luangkan masa dengan mereka antara waktu maghrib dan isyak. Dari situ saya boleh mengetahui permasalahan mereka dan perancangan untuk hari esok.
“Memandangkan sikap saya yang tegas dalam mendidik anak-anak, konsep perbincangan jadi keutamaan. Setiap apa yang dilakukan oleh anak, saya akan ambil tahu demi kebaikan mereka.
“Menghukum anak bukanlah jalan penyelesaian. Jadi cara terbaik saya lebih suka menerangkan setiap kesalahan mereka,” katanya.
Bercerita mengenai cara beliau mendidik enam permata hatinya, tiada apa yang lebih. Cuma aspek pemakanan amat ditekankan iaitu dengan mengamalkan pemakanan sunnah dan solat berjemaah selain disiplin dalam pengurusan waktu.
“Alhamdulillah kesemua anak dapat menerimanya dan saya bersyukur anak sulung sudah pun melanjutkan pengajian di universiti, dua sedang belajar di sekolah menengah dan tiga lagi mengikuti pembelajaran dari rumah di bawah pemantauan saya dan suami.
Di samping itu, aktiviti kebajikan salah satu aktiviti keluarga setiap kali kami berkumpul.
“Biasanya kami sekeluarga akan melakukan aktiviti kebajikan dengan melawat rumah orang tua, anak yatim dan membantu orang gelandangan.
“Dari situ sikap tolong-menolong dapat dipupuk dan secara tidak langsung mendedahkan kepada anak-anak nilai kasih sayang dan prihatin kepada insan yang kurang bernasib baik,” katanya.
“Jika ada waktu cuti yang panjang, saya dan suami akan membawa anak-anak bercuti bagi melihat suasana di tempat orang bagi memastikan mereka bersyukur dengan nikmat yang diperoleh hari ini,”ujar ustazah Isfadiah.
Berkongsi kunci kebahagiaan rumah tangga, pasangan ini mengakui saling melengkapi adalah rahsia bahagia.
“Sebagai isteri, kena hormat pada suami dan mengkaguminya. Kedua, adalah sentiasa prihatin dengan keperluan dan kena tahu dan ambil perhatian apa yang suami sukai. Kena saling melengkapi, complete each other bukan compete ye dan paling utama adalah solat berjemaah inilah yang paling penting, tarik sahaja tangan suami untuk solat bersama,”ujar Ustazah lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.