Bagi pencinta kucing, penjagaan rapi si bulus dari segi pemakanan, kesihatan dan penampilan semestinya dijaga demi keselesaan mereka. Sama seperti manusia, kucing juga mempunyai alatan kebersihan tersendiri yang boleh digunakan untuk mereka.

Namun, tular baru-baru ini seorang doktor veterinar terkejut dengan statement seorang individu yang menggunakan peluntur untuk memandikan kucing mereka!

Dr. Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali atau dikenali sebagai dr.ima_vet di platform Twitter menegaskan, tips mandikan kucing menggunakan peluntur seperti yang tular di media sosial itu adalah satu perkara yang sangat ‘tidak masuk akal’ dan tidak logik.

“Peluntur biasanya kita gunakan untuk bersihkan meja, bersihkan sangkar, bersihkan benda atau alatan yang bukan hidup, untuk bersihkan dari kontaminasi, virus dan sebagainya.

“Tapi bukan direct pada you punya haiwan, bukan direct pada kucing, it is very dangerous,” katanya dalam nada yang kesal menerusi satu video maklum balas berdurasi 59 saat yang dimuat naik di Twitter.

Sebaliknya ujar beliau, bahan peluntur hanya boleh digunakan untuk membersihkan atau menghilangkan virus yang tidak boleh dilihat dengan mata yang kasar.

IKLAN

Difahamkan, walaupun peluntur dikategorikan sebagai agen pembersihan, namun bahan itu selayaknya digunakan untuk membasmi kotoran degil seperti pada baju dan bukannya haiwan.

Jelasnya, sekiranya seseorang ataupun haiwan tertelan peluntur, mereka boleh terkena keracunan makanan dan jika terhidu, mata akan menjadi pedih.

“Kalau terhidu boleh menyebabkan masalah pernafasan, even air also tak boleh tahan dengan bau peluntur tersebut,” katanya lagi dalam video itu.

Viral Tip Mandikan Kucing Guna Peluntur, Doktor Vet Beri Penjelasan ‘Tak Masuk Akal’

Jelasnya dalam nada yang tegas, peluntur yang terkena pada kulit juga membolehkan seseorang itu mengalami risiko kulit terhakis dan rosak.

IKLAN

Difahamkan, situasinya juga sama sekiranya ia digunakan pada badan haiwan yang berbulu seperti kucing, bulunya akan turut rosak.

Menurut Dr. Salehatul Khuzaimah lagi, penggunaan peluntur pada haiwan amat bahaya kerana ia mempunyai bahan yang tidak bersesuaian digunakan terhadap benda bernyawa.

Apatah lagi haiwan pula tidak mampu ‘bercakap’ untuk mengadu bahawa mereka sakit atau tidak selesa sejurus dikenakan bahan peluntur tersebut pada badannya.

Sementara itu, beliau membuat perumpamaan dalam nada ‘reverse psychology‘, sekiranya mereka (pemilik) berani untuk menggunakan peluntur pada diri sendiri maka tidak hairanlah jika bahan tersebut digunakan pada haiwan.

IKLAN

“Unless saya tak tahulah kalau you sendiri berani pakai peluntur dekat you punya rambut ataupun badan so tidak mustahil kalau you berani buat dekat kucing atau anjing you,” katanya mengakhiri video itu.

Sumber: Dr Ima

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI