Perkahwinan yang bahagia adalah dambaan setiap pasangan terutamanya wanita. Setiap onak yang mendatang, pastinya dilaluinya bersama suami tercinta. Lebih manis lagi, mempunyai suami yang penyayang dan setia bersama.
Namun, kadang kala, ada juga badai yang mendatang. Orang luar, memperkatakan suami hal menambah ‘cawangan’ atau berkahwin lain. Biarpun bukan niat suami, hanya gurauan rakan-rakan, tetapi ada hati yang terguris. Pastinya seorang yang bernama isteri. Ikuti luahan hati seorang isteri ini secara terbuka di laman facebooknya ‘Aishah Jauhara yang menjelaskan rasa terkilan sikap segelintir yang menjadikan kahwin lain atau tambah isteri sebagai bahan gurauan. Moga kita semua muhasabah diri ye.
Lama dah saya pendam. Kadang saya cakap direct, kadang saya terus komen, kadang saya diamkan saja.
Mungkin bagi sesetengah orang, ianya rasa biasa, gurau², tak serius, lawak jenaka saja.
Ads
Tapi bagi saya, tidak.
Saya sangat sensitif bilamana baca komen² pada sesetengah post fb suami saya. Post tersebut takda unsur kontroversi bagi saya, tapi orang lain yang jadikannya sedikit sensasi.
“Tambah isteri ke tuan?” “Macam ustaz je yang kahwin ni.” “Bila nak tambah yang kedua, ketiga, keempat?” “Wah, payung emas!” “Bro macam tak happy je pakai baju ada gambar bini, senyum la sikit.”
Entah apa yang bermain di fikiran kalian.
Macam tak fikir isteri dia tengah baca komen tu. Mak pak mertua dia, adik beradik ipar dia, even mak ayah dia sendiri baca.
Ads
Respect each other to be respected.
Tahukah anda, komen² seperti ini tidak membantu langsung dalam mengeratkan ikatan suami isteri sedia ada. Jangan jadi pihak ketiga secara tidak sedar.
Kalau nak tambah ‘cawangan’, tambah sendiri² la ye dak, tak perlu nak ajak (hasut) orang lain.
Mesti ada yang cakap, cool aje. Kita mesti tahu suami kita macam mana orangnya. Atau kang ada yang cakap saya tolak poligami mentah². Haha.
Jangan salah faham ya, kami suami isteri alhamdulillah takda masalah dan salah faham apa pun. Orang lain yang sibuk² mengusik suami kahwin lagi, sedangkan orang tu sendiri pun tak berani ?
Ads
Dan saya tahu, suami jenis yang macam mana. Kuncinya, setia dan percaya.
Bukankah mendoakan kami suami isteri lebih baik?
ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو يصمت
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata baik, atau diam” (HR Bukhari & Muslim)
Sebab bagi saya, gurauan itu bukan satu unsur jenaka untuk saya, isterinya.
Ada yang memahami tak? Atau yang pernah mengalaminya juga?
Sebarang nasihat, dialu²kan untuk hambaNya yang hina ini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila dikurniakan seorang anak lelaki, realitinya untuk kandungan seterusnya sebagai ibu ayah teringin pula untuk memiliki anak perempuan.
Pun begitu, rezeki dikurniakan anak lelaki atau perempuan adalah anugerah dariNya, Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Manakala membaca coretan ibu ini yang dikurniakan berderet lima anak lelaki dan anak keenam barulah dianugerahkan anak perempuan, cukup disyukuri!
Ini perkongsian.
Saat Allah memberi khabar gembira,
Saat pertama kali memeluk putera pertama.
Airmata laju tanpa disekat. Ya Tuhan, Kau Kurniakan kami Khalifah kecil pelengkap.
Saat hadir putera kedua, Engkau sempurnakan sahabat buat Abangnya.
Putera ketiga menyusul, Biarpun satu-satunya anak yang lahir secara pembedahan. Menambahkan bilangan makmum jemaah kami.
Hingga menyusul pula putera keempat.
Engkau lunakkan hati kami, bahawa Engkau sempurnakan pengusung jenazah kami dari setiap penjuru.
Lahir putera kelima, maka bergembiralah daku menjadi Permaisuri di kalangan sang Raja dan hulubalangnya.
Saat itu, hanya berserah. Andai tiada puteri, maka aku redha atas ketentuanMu. Kerana aku tahu, hikmahNya nikmatNya lebih besar nilainya disisiMu.
Hinggalah saat redha itu sepenuh hati.
Lalu hadirnya puteri disambut tangan ayahnya,
Indah khabar dari Mu. Lahirnya Puteri pertama sebagai berwalikan pertama ayahnya.
Tiada rasa yang indah melainkan kesyukuran tidak terhingga. Engkau berikan kami Puteri di kalangan hero yang ramai. Ditatang disayang sepenuh jiwa dan raga. Dimanja ayahnya tanpa sedikit rasa jemu dan curiga.
Namun, Takdir indahnya bersulam cinta.
Di usia kelahiran sang puteri meniti hari.
Hadiah dihari ulangtahunku.
Terima kasih ya Allah untuk khabar gembira anakanda ketujuh. Disaat sempurna sudah pelengkap dan permata hati, Kau berikan jua nikmat tidak terhingga.
Terima kasih ya Allah menjadikan aku salah seorang ibu yang ramai anaknya. Ya Allah, cantikkan akhlak mereka secantik akhlak Alquran dijiwa. Kuatkan aku menjadi ibu yg penyayang buat mereka.
Ya Allah, Jagakan mereka sebaiknya.
Buatkan hatiku damai dan redha, tenang meniti saat tibanya masa dan ketika.
Sesungguhnya, nikmatMu sukar dijangka.
Siapa sangka pada usia 63 tahun, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah sekali lagi mendapat khabar gembira bakal menimang cahaya mata ke lima pada tahun hadapan.
Juga jarak usia 37 tahun bukan penghalang untuk dikurniakan zuriat lagi.
Kandungan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin sudah berusia 12 minggu dijangka akan bersalin pada Februari 2020.
Melahirkan rasa syukur, penyanyi bersuara merdu ini berharap cahaya mata kelima merupakan anak perempuan.
Alhamdulillah (isteri) akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang (anak).
Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.
Hasil perkahwinan bersama isterinya diserikan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 20 bulan dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Dalam pada itu menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk Jamal Abdillah mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki menerusi perkahwinannya yang terdahulu. Kini, mereka mengikuti jejak langkahnya menceburi bidang nyanyian.
Berdepan dengan kedegilan anak-anak kadang kala boleh buat mak ayah buntu dalam mendidik. Pelbagai ragam anak-anak mengundang rasa marah mak ayah. Kesabaran pun mulai tipis.
Tips dikongsikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ini mungkin boleh diamalkan oleh mak ayah. Kita usaha mana yang termampu.
1. Pastikan anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.
Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak surah Al-Fatihah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika atau sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibu bapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatihah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Sumber : Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di