Siapa yang tak kenal dengan artis Sasha Saidin yang merupakan ahli kumpulan Elite yang terkenal era tahun 1990an.

Sasha yang merupakan kakak kepada Zain Saidin ini sentiasa mendapat perhatian ramai dengan kecantikkan yang dimilikinya.

Wajah ‘Baby Face’ Usia 48 Tahun, Sasha Saidin Kongsi Tip Cantik

Kagum dengan wajah kekal jelita dan tidak mamah usia, Majalah Keluarga sempat menembual Sasha bertanyakan rahsia ‘mantain’ cantik dirinya.

Mana taknya kala menginjak usia 48 tahun pada penghujung tahun ini Sasha tetap mantain cantik!

Tidak lokek berkongsi rahsia kecantikkan, Sasha berkata salah satunya amalan mengunakan pelembap untuk memastikan kulitnya tidak kering, cukup tidur dan membasuh muka sebelum tidur.

IKLAN

Wajah ‘Baby Face’ Usia 48 Tahun, Sasha Saidin Kongsi Tip Cantik

“Secara asasnya kena cukup tidur. Kemudian jika saya memakai solekan, saya selalunya akan mencuci muka sebelum tidur. Bersihkan muka biar muka ‘bernafas’.

“Pakai tone. Dan paling penting pada usia begini, sangat penting memakai pelembap dengan banyak pada kulit. Sangat, sangat penting pelembap. Pakai yang ada sun screen. Tambahan pula keadaan cuaca panas sekarang ini.”

Tidak gemar bersolek

IKLAN

Dalam pada itu, Sasha mengakui dia tidak gemar bersolek malah sikapnya begitu sejak kecil kecil lagi. Ibunya pernah menyuruhnya memakai bedak dan secalit lipstik untuk menjaga penampilan sebagai artis.

“Saya tak suka bersolek. Sehingga mak suruh pakai bedak dan lipstik takut orang kenal. Sampai saya kata biarlah, ‘this is me’,” katanya sambil tersenyum manis mengimbau kenangan lalu.

Wajah ‘Baby Face’

Wajah ‘Baby Face’ Usia 48 Tahun, Sasha Saidin Kongsi Tip Cantik
Bak kata perpatah, ke mana kuah kalau tidak ke nasi. Kecantikan ibu kepada Adam Arya ini telah diwarisi oleh ibu genetik ibunya yang berketurunan Inggeris.

IKLAN

Malah, dengan wajah ‘baby face’ membuatkan Sasha dianggap sebagai kanak-kanak yang masih kecil. Namun apabila telah dewasa, wajah demikian telah memberi kebaikkan kepada dirinya.

Wajah ‘Baby Face’ Usia 48 Tahun, Sasha Saidin Kongsi Tip Cantik Wajah ‘Baby Face’ Usia 48 Tahun, Sasha Saidin Kongsi Tip Cantik

“Semasa saya kecil, saya kelihatan muda dari usia. Ketika sekolah pun saya kelihatan seakan budak kecil.”

“Namun sekarang, ia memberi ‘advantage’ kepada diri saya, apabila ramai yang kata, saya kelihatan muda dari usia. Begitu juga dengan Zain yang mewarisi genetik ibu,” katanya ketika ditemui di Ideaktiv Sdn Bhd sebentar tadi sebelum pulang ke Dhubai pada hari Jumaat.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI