Wakafkan Masjid Jutaan Ringgit, Mahu Dikebumi Di Rumah Allah,” Ini Kisah Hebat Pengasas RHB, Rashid Hussain Yang Ramai Tak Tahu

Share

Harimau mati meninggalkan belalang, manusia mati meninggalkan nama. Ungkapan ini cukup sesuai untuk menggambarkan sisi seorang dermawan bernama Tan Sri Abd Rashid Hussain.

Dalam satu perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Farhan Che Hassan, anak muda ini bercerita kisah betapa dermawannya pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB Ini. Beliau telah mewakafkan sebahagian besar hartanya untuk kepentingan Islam dan umatnya demi mencari redha Allah.

Tan Sri Rashid Hussain

Ini termasuklah pembinaan Masjid Sri Sendayan, Seremban yang mula dibuka baru-baru ini, yang merupakan antara beberapa masjid yang diwakafkan oleh jutawan Muslim itu.

Masjid yang boleh menampung kira-kira 5,000 jemaah itu dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar telah dibeli dan diwakafkan oleh Abd. Rashid untuk kegunaan umat Islam. Dua lagi masjid yang dibina beliau adalah Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi. Kemudian, beliau mendirikan pula Masjid Hussain 2 di Seremban.

Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat

Korang tau RHB Group? maksud dia RASHID HUSSAIN BERHAD.
Rashid bin Hussain, nak cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.

Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara.
Haa masjid ni beliau yang sumbangkan.

Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan beliau yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang memakan belanja RM 100 juta lebih kurang.

Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”.
Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.

Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba2 nya☝🏻

Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang dtg beribadat pada beliau dan ramai org dapat manfaat dari Rumah rumah Allah di dunia ini.

Kita yang tak kaya dunia ni tak nk usaha kaya akhirat ?

Sembahyang pun malas malas ….
Saya lah ni.(Amar Sufi Ali)

P/S : Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.

Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang datang beribadat pada beliau dan ramai orang dapat manfaat dari Rumah-Rumah Allah di dunia ini.

IKLAN