“Walau Kekurangan, Pelajaran Diutamakan.” Tiada Printer Di Rumah, Keluarga Pelajar Ni Bantu Lukis Untuk Siapkan Tugasan. Inspirasi!

Share

Bukan semua keluarga berkemampuan untuk membeli peralatan sekolah anak-anak seperti komputer, mesin pencetak atau printer dan sebagainya. Namun itu tidak bermakna, anak-anak diabaikan untuk belajar. Ada pelbagai kaedah dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Asalkan ada usaha dan keinginan.

Demikian juga perkongsian seorang guru Adly Razali di sebuah sekolah di Kota Bharu ini.  Guru ini memuat naik hasil kerja anak muridnya di laman facebook tahun lepas. Bagaimana kegigihan sebuah keluarga pelajarnya yang tidak mempunyai alat pencetak. Namun, hasil kerja yang diberikan tetap sama kerana mereka melukis sendiri. Usaha ini telah membanggakan ramai para pendidik di sekolah tersebut.


Kerja sekolah PKP tempoh hari. Murid saya tahun 1 tiada printer. Tapi bagus keluarganya siap tolong lukis. Arahan kerja asalnya tak perlu lukis hanya tulis sahaja (bagi yang tiada printer) tapi abe-abe (abang) kak-kak dio (dia) tolong lukis.

Banggo cikgu! Semoga menjadi insan hebat suatu hari nanti anok (anak) weyh…
Menurut guru ini lagi, pelajar yang bernama Zuhair ini, mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya walaupun keluarga ini serba kekurangan tetapi sifat kasih sayang antara keluarga ini tinggi tiada bandingnya.

Mereka saling membantu menyiapkan kerja sekolah murid ini menunjukkan betapa biar serba kekurangan namun pelajaran tetap diutamakan.
Takde jumpa lagi setakat ni yang family tolong lukiskan untuk adik dia

Kata Adly lagi, pelajar ini merupakan salah seorang penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan bukan daripada keluarga yang senang.

Saya sebagai cikgu seni memang nak anak murid saya minat seni. Saya sendiri pelukis juga, pernah wakil Malaysia ke China dan Kanada. Semoga menjadi inspirasi kepada murid dan ibu bapa dalam mengambil cakna pembelajaran anak-anak. InshaAllah.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

IKLAN