“Walaupun Buta Abah Tak Penat Travel Naik Bas & Guna Tongkat Untuk Berdakwah.” Perkongsian Pu Amin Buat Netizen Tersentuh Hati.

Share

Biarpun pelbagai kontroversi melanda dirinya, namun Pendakwah Bebas yang kian meningkat namanya ini begitu kental semangatnya.  Tidak mudah patah semangat biar pelbagai rintangan dan dugaan melanda.

Rupa-rupanya kekuatan beliau datangnya dari insan yang cukup mulia dalam hidupnya. Patutlah anak yang hebat datangnya dari ayah yang hebat.

Berkongsi kisah insan kesayangannya yang tidak diketahui ramai, Mohd Noor Awang Ngah, 64, yang merupakan ayah kepada PU Amin rupa-rupanya adalah orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan (buta) sejak dilahirkan.

Amin, 29, atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim biarpun OKU namun itu bukan satu penghalang buat bapanya menjelajah ke seluruh negara untuk mengajar al-Quran kepada orang buta.

“Walaupun Abah buta tapi hatinya celik. Dia boleh membaca dan hafal al-Quran. Dia juga buat banyak buku Braille untuk orang buta baca. Kalau bergerak sendiri, Abah akan menaiki komuter atau bas untuk pergi berdakwah. Bayangkan dengan tongkat sebagai peneman, dakwah tetap berjalan.

“Dia tak penat ke seluruh negara untuk ajar al-Quran kepada orang buta. Dahulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar al-Quran di Brunei Darussalam.

“Kini walau diri makin dimamah usia, Abah masih bertenaga untuk ajar al-Quran. Alhamdulillah ada Mama yang kuat dan adik beradik yang membantu. Semoga Abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak,” katanya.

Malahan, daripada bapanya beliau meminjam semangat untuk terus berjuang.

“”Abah selalu cakap, dalam berdakwah ada sedikit pedih kerana itu adalah lumrah. Pesannya jangan berhenti berdakwah meski dihina dan dikecam masyarakat. Setiap kali saya dihina dan dikecam, Abah akan menitiskan air mata,” katanya.

Menurut Amin, dia mudah tersentuh apabila melihat orang cacat penglihatan kutip derma, jual tisu, menyanyi tepi jalan dan golongan OKU diperlekehkan.

Dalam masa sama, Amin berterima kasih kepada kedua ibu bapa angkatnya yang membesarkannya sejak usia empat hari lagi.

“Tidak dilupa buat ayah dan mak saya yang membesarkan saya sejak kecil. Mereka memberi galakan dan ilmu hingga saya di tahap ini.

“Hanya Tuhan saja yang membalas syurga buat abah mama kandung dan mak ayah saya yang membesarkan saya,” katanya.

Sumber: IG pencetusummah_amin

IKLAN