“Walaupun Motor Je, Bersyukur Ye Abang.” Rai Hari Jadi Anak, Abbay Abadi Luah Syukur Nikmat Anak Dengar Kata Dan Rezeki.

Share

Kasih seorang ibu kepada anaknya tiada galang ganti. Biarpun anak sudah menginjak dewasa, kasih tetap tidak berubah.

Setiap ibu dunia sanggup berkorban apa sahaja demi anak untuk memberikan kebahagiaan tanpa sempadan buat anak-anak.

Begitulah sambutan meriah yang diadakan buat anak tersayang bagi Abby Abadi dan Norman Hakim, tetap mesra bagaikan sahabat baik biarpun masing-masing telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan lain.

Abby Abadi menerusi instagramnya, terbaharu memuatkan naik perkongsian majlis meraikan anaknya.

Beliau melahirkan rasa syukur dikurniakan anak yang mendengar cakap dan rezeki yang melimpah buat keluarga.

Apa yang pasti, riah wajah yang ceria dan hubungan keluarga yang harmoni walaupun sudah berpisah, dua keluarga ini sentiasa mendapat pujian daripada warganet.

Nyata, biarpun ibu ayah berpisah, hubungan erat anak-anak tetap harmoni.

Sweetnya lihat dua buah keluarga ni!

Momen paling indah 24/3/2021 Walaupun mungkin kecil pada org lain tapi besar ertinya pada kami & @danishhakimofficial Walaupun motor je pun, bersyukur ye Abang.. Nanti ALLAH tambah lagi Terima Kasih ALLAH utk nikmat anak2 yg mendengar kata & nikmat kasih sayang yg KAU rezekikan pada kami. Pegang hati2 kami utk terus bergelar hambaMU yg sebenar2 hamba hingga akhir nyawa.. Amin.

 

Terima Kasih Abang @danishhakimofficial menjadi anak yg baik & mendengar kata. Dan Terima Kasih juga sayang adik2 Abang semua tanpa batas.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah sempena ulang tahun kelahiran anak Abby dan mendoakan dua buah keluarga ini bahagia.

Sumber: abby_abadi112

Belian murah Book Rack Study Living Room Storage Organizer di sini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN