Kasih seorang ibu kepada anaknya tiada galang ganti. Biarpun anak sudah menginjak dewasa, kasih tetap tidak berubah.
Setiap ibu dunia sanggup berkorban apa sahaja demi anak untuk memberikan kebahagiaan tanpa sempadan buat anak-anak.
Begitulah sambutan meriah yang diadakan buat anak tersayang bagi Abby Abadi dan Norman Hakim, tetap mesra bagaikan sahabat baik biarpun masing-masing telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan lain.
Abby Abadi menerusi instagramnya, terbaharu memuatkan naik perkongsian majlis meraikan anaknya.
Beliau melahirkan rasa syukur dikurniakan anak yang mendengar cakap dan rezeki yang melimpah buat keluarga.
Apa yang pasti, riah wajah yang ceria dan hubungan keluarga yang harmoni walaupun sudah berpisah, dua keluarga ini sentiasa mendapat pujian daripada warganet.
Ads
Nyata, biarpun ibu ayah berpisah, hubungan erat anak-anak tetap harmoni.
Sweetnya lihat dua buah keluarga ni!
Momen paling indah 24/3/2021 Walaupun mungkin kecil pada org lain tapi besar ertinya pada kami & @danishhakimofficial Walaupun motor je pun, bersyukur ye Abang.. Nanti ALLAH tambah lagi Terima Kasih ALLAH utk nikmat anak2 yg mendengar kata & nikmat kasih sayang yg KAU rezekikan pada kami. Pegang hati2 kami utk terus bergelar hambaMU yg sebenar2 hamba hingga akhir nyawa.. Amin.
Hati mana yang tidak sebak mendengar khabar duka apabila banjir besar yang melanda negara sejak Sabtu lepas.
Selepas pasca banjir, rata-rata di media sosial kisah duka saban hari dikongsikan oleh mangsa banjir. Pelbagai usaha bantuan kerjaaan dan NGO dan persendirian yang diberikan kepada yang terlibat termasuk sumber kewangan, makanan serta khidmat cuci rumah.
Cakna kesukaran rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak tegas dengan mengarahkan barisan kabinet menteri yang sedang bercuti dan berada di luar negara supaya segera pulang ke Malaysia untuk bersama rakyat dalam waktu sukar ini.
Kenyataan ini dinyatakan menerusi ucapan ketika melawat mangsa banjir yang dimuat naik di Instagram milik beliau semalam ( 24/12/ 2021; Jumaat)
“Saya arahkan semua menteri yang bercadang untuk bercuti ke luar negara untuk BATALKAN.
Dan menteri yang berada di luar negara ketika ini untuk PULANG SEGERA untuk bersama-sama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan.”
Menjadi harapan sebagai ibu bapa kita mahu mendidik anak-anak dengan cara terbaik.
Kalau boleh biarlah dari mula mengenal ABC Dan Alif Ba Ta, kitalah orang pertama mendidiknya agar menjadi anak yang soleh dan solehah.
Lalu, sewajarnya fahami 10 tip ini untuk memudahkan kita terus istiqomah mendidik anak-anak sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nurkhomsiah Bakrim ini.
10 Tips Ajar Sendiri Anak Mengaji:
1) #MOTIVASI_TERTINGGI
– Ibu bapa perlukan motivasi untuk mengajar sendiri anak mengaji. Motivasi tertinggi yang boleh dijadikan pegangan ialah maksud sabda Rasulullah S.A.W;
“Sesungguhnya, orang yang paling terbaik antara kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
Jika perlu, tampal ayat motivasi ini di tempat yang senang dilihat sebagai self-reminder.
Kemudian, pilih seorang idola yang terbukti berjaya. Saya bersyukur dan bertuah, ibu saya sendiri adalah guru mengaji pertama kami 5 beradik. Kesabaran dan kesungguhan ibu sangat membuat saya terinspirasi.
InshaaAllah.. Dengan motivasi dan inspirasi, diri akan lebih bersemangat dan bersabar dalam mendidik. Pada masa yang sama, didikan mengaji diletakkan sebagai priority dalam kehidupan. Kesibukan urusan dunia tidak seharusnya dijadikan alasan.
I love a saying goes, “Nobody is too busy. It’s just a matter of priority.
2) #MENCIPTA_ROH_MENGAJI
– Pendidikan terbaik ialah melalui teladan. Di rumah, perlu wujud budaya al-Quran sehingga anak-anak bermula bayi sudah terbiasa melihat al-Quran dan mendengar bacaannya.
Automatically, mereka sedang install mindset bahawa mengaji al-Quran adalah kepentingan dalam kehidupan. InshaaAllah, sampai satu tahap mereka jadi berminat untuk belajar mengaji kerana pendedahan awal yang sangat positif.
– Ikut pengalaman, mengajar mengaji anak kedua lebih mudah berbanding anak sulung kerana sikapnya yang suka meniru si kakak. Bak kata Ummi PROFAZZ, “Corak didikan pada anak pertama sangat mempengaruhi didikan anak-anak seterusnya. Abang Long atau Kak Long is the trendsetter.”
3) #DISIPLIN_RUTIN_HARIAN
– Tetapkan masa yang sesuai dalam sehari yang menjadi rutin mengaji bagi anak-anak di rumah. As working parents, kami memilih masa antara Maghrib dan Isyak sebagai exclusive time for kids. Si Ayah sangat berdisiplin menetapkan peraturan “No Gadget & No TV At Night.” Selepas mengaji dan solat Isyak, anak-anak diajak masuk tidur.
Masa mengaji lebih fleksibel pada hujung minggu atau public holidays.
– Ya, tentu ada juga ‘cheat days’. Anak-anak tidak dapat mengaji seperti biasa kerana factor kesihatan (ibu/anak), balik kampung, pergi bercuti dan emergency. Sungguhpun begitu, rutin ialah 90% perkara sama yang kita lakukan secara berulang-ulang hampir setiap hari. Sebenarnya, anak-anak kecil sangat sukakan rutin. Sampai satu tahap, saya terharu bila kami sedang travel dalam kereta, anak sendiri akan cakap “Eh, Mommy! Hari ni kita tak sempat mengaji la.”
4) #REKOD_PERKEMBANGAN_MENGAJI
– Satu fail khas disediakan bagi setiap anak untuk merekod perkembangan mereka sendiri dalam pembelajaran Agama dan Akademik termasuk bab belajar mengaji al-Quran. Anak-anak melihat sendiri progress pembelajaran mereka dengan menampal stickers comel pada columns yang sesuai.
– Anak-anak sudah tahu impian dan cita-cita mereka untuk tamat belajar membaca empat buku Al-Furqan sebelum memulakan naskah al-Quran. Teknik ini boleh menjadi benchmark untuk memotivasikan ibu dan anak untuk terus konsisten, inshaaAllah (Rujuk gambar)
5) #KENALI_ANAK_SENDIRI
– Setiap anak itu mempunyai characteristics, types of children dan learning preferences yang tersendiri. Banyakkan membaca dan cari kreativiti dalam mendidik.
Ibu bapa seharusnya menjadi individu yang paling mengenali sikap dan cara belajar berkesan bagi setiap anak. Tiada umur yang specific untuk anak bermula mengaji al-Quran. (Rujuk semula Point No. 2)
– Mewujudkan roh mengaji itu paling utama supaya sampai masa terbaik mental readiness seorang anak kecil untuk bermula. Walaupun begitu, ada masa kita perlu juga bersikap tegas dalam kelembutan. Maksudnya, menetapkan masa untuk bermain, masa belajar dan masa berehat. Bukan mengikut 100% kehendak anak.
Contohnya,
“Kakak nak tengok video Omar & Hana kan? Jom, Mommy ajar satu muka surat Al-Furqan dulu. Sekejap je ok.”
6) #BAHAN_BANTU_MENGAJAR
– Banyak pilihan bahan bantu mengajar mengaji al-Quran di pasaran. Buatlah pilihan yang terbaik berdasarkan maklumat yang betul dan keperluan. Kami memilih Set Al-Furqan kerana tertarik dengan first impression cover page 4 tahap buku yang warna-warni. Setiap muka surat buku berwarna pink dan terdapat gambar-gambar dalam Buku 1 yang menarik minat anak-anak kecil yang baru hendak bermula.
– Bahan bantu mengajar ini adalah tetap sepanjang tempoh belajar mengaji. Diletakkan di tempat yang anak-anak mudah nampak dan capai. Bila minat sudah ada, pasti kita terkejut dan bersyukur anak sendiri yang akan ambil buku mengajinya dan ajak ibu bapa mengajarnya.
7) #PENGGUNAAN_VIDEO
– Pendedahan video mengaji boleh dijadikan antara usaha terawal ibu bapa untuk memupuk sikap mahu belajar mengaji. Kanak-kanak kategori visual dan auditory juga sangat berminat dengan kaedah ini. Belajar mengaji tidak kelihatan terlalu formal.
– Video boleh sahaja dipasang semasa anak-anak sibuk bermain atau ketika travel dalam kereta (jika ada VCD player). Anak kategori kinestatik yang suka bergerak pula mungkin lebih sesuai menggunakan flash cards untuk permulaan belajar mengaji.
8) #BERI_PUJIAN_DAN_REWARD
– Keyakinan diri dan motivasi anak boleh meningkat dengan pujian dan penghargaan. Hargai setiap kejayaan kecil anak. Contohnya,
“Alhamdulillah, pandainya kakak mengaji ! Dah sampai buku 3. Siapa bagi kakak pandai? —> ALLAH ”
– Letakkan target yang relevant dan berjanjilah reward yang mampu dikotakan. Contohnya, “Adik nak baby playset macam Himmah (sepupu) tu ye? Lepas Adik mengaji sampai page 5, inshaa Allah Mommy belikan nanti.”
. 9) #KUALITI_VS_KUANTITI
– Pentingkan kualiti berbanding kuantiti.
Rasulullah S.A.W berpesan, amalan terbaik dilakukan sedikit tetapi berterusan. Konsep ini juga sesuai diaplikasikan dalam mendidik anak mengaji. Tiada paksaan. Sedikit demi sedikit secara konsisten dan penuh kesabaran.
– Jika anak bermula sedikit lambat pun terus berikan dorongan. It’s always better late than never. Jangan malu anak lambat bermula. Malulah jika anak langsung tidak bermula.
Sesekali selitkan cerita hebat..
Mengapa kita perlu belajar Al-Quran ?
Apa manfaat jadi Pencinta Al-Quran ?
Siapa contoh Pencinta Al-Quran yang Allah sayang ?
Tugas kita hanya menyampaikan.
Allah yang memberi kefahaman.
10) #DOA_DAN_TERUS_BERDOA
– Yakinlah, doa seorang ibu itu sangat dahsyat. Maka, teruslah berdoa dengan yakin suatu hari nanti anak itu bukan sahaja mampu mengaji al-Quran dengan baik tetapi juga menjadi Pencinta Al-Quran yang baik akhlaknya. Tiada daya kekuatan melainkan segalanya terjadi dengan izin Allah. Sesungguhnya, Allah menilai usaha. Natijahnya, Allah tentukan sama ada di dunia & di akhirat.
– Semakin kita berkorban, semakin kita bahagia. Mendidik anak mengaji perlukan pengorbanan jiwa, masa dan tenaga. Alangkah indahnya jika Allah rezeqikan anak itu pandai mengaji berkat usaha tanpa jemu ibu bapa yang melahirkan dan membesarkannya. Proses mengajar ini adalah muhasabah pengajar al-Quran sendiri untuk terus memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih sabar dan ikhlas, inshaa Allah.
“AL-QURAN ITU CAHAYA DI ALAM KUBUR,
MOTIVASI BUDAYA AL-QURAN TERUS SUBUR.”
Perkongsian Johan Raja Lawak berkenaan caranya mendidik anak-anak cukup dikagumi. Walaupun nampak moden, namun ilmu agama sangat dititikberatkan.
Tidak hairanlah apabila penyampai ini menjadikan Tauhid (ilmu mengenal Allah) sebagai pendidikan asas yang diterapkan dalam keluarganya.
Pemilik nama sebenar, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz mengakui itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang bapa selain mendedahkan dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengajar ilmu agama.
“Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka. Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar.
“Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut. Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya.
Menurutnya, Tauhid adalah perkara penting dan menjadi keutamaan bagi umat Islam memandangkan ia adalah ilmu asas yang akan memandu seseorang muslim itu dalam mengenal Pencipta.
“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu.
“Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.
“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” katanya.