Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, didoakan buat semua keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir dipermudahkan urusan mereka.
Tidak dapat dibayangkan kesukaran yang mereka lalui kini hingga ada yang masih terpaksa bermalam di dalam kenderaan masing-masing malam tadi bersama anak-anak kecil dan sebagainya apabila laluan untuk pulang ke rumah mereka ditenggelami air berikutan hujan lebat di Lembah Klang sejak pagi semalam.
Memetik berita yang dikongsikan di Selangor Kini, difahamkan jalan-jalan utama di Setia Alam yang menghubungkan Meru dan Bandar Bukit Raja di Klang dinaiki air antara dua hingga tiga meter sejak lewat malam tadi menyebabkan ramai pengguna jalan raya yang terkandas tidak dapat pulang ke rumah masing-masing.
Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang melanda negeri ini sejak Jumaat lalu, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban dan memberi keselesaan kepada golongan berkenaan.
Bantuan bukan hanya tertumpu kepada sumbangan keperluan asas tetapi turut meliputi penyediaan tempat berteduh dan pemindahan sementara.
Ads
Berikut bantuan tempat perteduhan dan penempatan sementara yang ditawarkan:
-Masjid Negeri Shah Alam menyediakan ruang untuk menempatkan mereka yang terkandas. Makanan dan minuman turut disediakan
Ads
-Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menawarkan Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam sebagai tempat perteduhan. Kafe juga dibuka. Hubungi 03 5519 7667
-Surau Al-Munawwarah di Seksyen 13, Shah Alam membuka penempatan untuk mangsa banjir berteduh. Makanan turut disediakan oleh kejiranan perumahan berhampiran
Ads
-Gudwara Shah Alam menawarkan kemudahan penginapan di tingkat satu premisnya yang beralamat 10, Jalan 18/49, 40200, Shah Alam. Hubungi 012 379 0124 (Belbir Singh)
-Thompson Hospital Kota Damansara menawarkan wadnya yang tidak digunakan untuk individu memerlukan penempatan sementara. Hubungi 03 6287 1111
-Pusat Sehenti Bencana DUN Lembah Jaya dibuka sebagai persediaan menghadapi banjir. Premis itu terletak di Dewan MPAJ Lembah Jaya. Hubungi 017 879 2399 (Iman)
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Kegembiraan menyambut orang baru dalam keluarga kini bertukar duka apabila suami yang disayangi pergi buat selama-lamanya.
Lebih memilukan, sang suami pergi selepas tiga hari wanita ini menamatkan tempoh berpantang.
Akur dan reda dengan ujian yang diberikan oleh Allah swt, inilah perkongsian duka Yang dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Jueazur menerusi aplikasi TikTok.
Menerusi video pendek dikongsi oleh wanita ini, memaparkan kenangan-kenangan bersama Allahyarham suaminya dan dia pada masa yang sama turut berterima kasih atas doa yang dikirim oleh orang ramai.
“Terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya. Semoga doa itu diangkat Allah SWT. Semoga syurga buat suami saya. Esok Jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi. Allah sayang sebab tu Allah uji. Terima kasih.
Malah isterinya juga tidak menceritakan asbab suaminya meninggal dunia dan dia bersangka baik dengan setiap aturan Allah S.W.T. Namun ada saudara terdekat mengatakan arwah meninggal akibat buatan orang.
“saya tlong jwp..manusia klu dah hati hitam mmg kjm.mcm2 blh buat.ini adik ipar sy.al fatihah u arwah.🥺
Ramai mengalami sakit kepala dan bila ini terjadi, ramai antara kita akan mencari minyak angin untuk melegakannya. Pun begitu tahukah anda, bahawa ada teknik urutan yang perlu dilakukan untuk melegakan rasa sakit kepala tersebut. Berbanding andai sekadar meletakkan minyak semata-mata, ia tidak berhasil.
Nak tahu lanjut, info ini telah dikongsikan oleh Diane Sera dan ayuh kita hadam bersama.
Ini perkongsiannya:
Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari adalah panadol dan minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening, Argghhhh!! Mandi minyak kapak teruslah!! Senang!Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut memang tak dapat nak control. Mula rasa moody dan nak muntah bila pening, mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas!
Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Tahukah anda bahawa 99% urutan pada otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu dan urut pada otot tersebut?
Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan Myofascial Trigger Points. Simpulan otot ini yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang, tetapi boleh menjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh.
Titik punca / trigger points merupakan tumpuan ‘hyper-irritable’ dalam otot atau fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak mengikuti corak dermatome biasa.
Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang dan ketat. Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan, pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.
Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial (myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi.
Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi.
Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot yang terletak di bahagian belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata) – ianya dinamakan “sakit di dalam tengkorak” Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada tulang rangka bahu dan sudut leher.Fungsi ‘splenii’ ini bekerjasama untuk memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama.
Penyebab gejala sakit kepala
Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius.
Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.
Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam otot sternokleidomastoid atau simpulan di dalam otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dgn tulang selangka.Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.
Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala.Myofascial Trigger Points boleh membantu menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain.
Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur berkurangan kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan. Proses pengurutan pada trigger point dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal.
Kredit : Diane Sera, Cert. Sport Massage (UKM) via Viral oh Viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berpuasa di perantauan mungkin merupakan sesuatu yang mengujakan bagi yang pernah menjejakkan kaki di bumi Madinah. Apatah lagi saat menanti detik berbuka puasa, duduk bersama-sama jemaah lain di dataran Masjid Nabawi untuk menanti masuknya waktu Maghrib untuk berbuka puasa.
Dapat bersama-sama berbuka dengan tamar dan air, meskipun sajian ringkas namun ianya menjadi detik yang cukup istimewa dan pastinya akan terus dirindui.
Bersempena dengan itu bagi menyemarakkan lagi Ramadan kali ini, Karangkraf menganjurkan program Iftar Ala Madinah@Karangkraf bagi tujuan memberi orang ramai merasai suasana berbuka puasa seperti berada di Masjid Nabawi menjelang Ramadan tahun ini.
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.
Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.
Menurutnya, ramai pihak yang terjejas terutama dari segi pendapatan susulan penularan Covid-19 hingga ada yang dibuang kerja, ditambah pula kos sara hidup dan harga makanan yang semakin meningkat ketika ini.
“Dalam masa sama, kami turut menggalakkan mereka yang berkeluarga untuk datang berbuka puasa di sini dan mereka juga boleh membawa makanan sendiri untuk berkongsi bersama-sama dengan kita serta orang awam.
“Kalau boleh, kita nak mereka duduk satu keluarga, tapi yang mana datang secara bersendirian atau dengan kawan, akan diasingkan ikut Muslimin dan Muslimat.
“Yang penting kita nak wujudkan kembali suasana berbuka ala Madinah dan Mekah, untuk mereka yang merindukan kemeriahan dan suasana Ramadan itu sendiri, maka kita bawa konsep ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Tazkirah Sebelum Berbuka
Firdaus yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf berkata, menariknya program kali ini, orang ramai akan disajikan dengan pengisian tazkirah berdekatan masjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.
“Di samping itu, ada beberapa imam kita daripada Karya Bestari dan WUIF yang akan bergilir setiap hari untuk bacaan tazkirah dan mengimamkan solat maghrib dan solat terawih sepanjang program berlangsung,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup.
“Kita juga galakkan pihak lain yang ingin sertai kita untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank),” jelasnya.
Firdaus turut mengajak mana-mana individu yang ingin menjadi sukarelawan bagi mengendalikan program berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat di talian 0192133315.
“Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian yang sama,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.