Ads

Dinobat Wanita Ikon Selangor, Nurulhidayah Mahu Tiada Wanita Tercicir

Wanita Ikon Selangor 2026/2027 menjadi pengiktirafan bermakna buat Datin Seri Nurulhidayah Ahmad Zahid yang mahu menyatukan wanita daripada pelbagai latar belakang serta memastikan tiada golongan itu tercicir dalam arus pembangunan.

Bagi Nurulhidayah, 48, setiap wanita mempunyai kekuatan tersendiri yang wajar diketengahkan, sama ada mereka bergelar profesional, usahawan mahupun suri rumah.

Beliau percaya, melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran, golongan wanita mampu saling melengkapi serta bersama-sama memberi impak positif kepada masyarakat.

Dinobat Wanita Ikon Selangor, Nurulhidayah Mahu Tiada Wanita Tercicir
NURULHIDAYAH Ahmad Zahid dinobatkan sebagai Wanita Ikon Selangor 2026/2027.

“Harapan saya agar golongan wanita terutama di Selangor dapat lebih menonjol dan menyerlahkan lagi bakat mereka.

“Tidak kisah sama ada wanita itu bergelar ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat atau CEO rumah tangga, masing-masing mempunyai peranan tersendiri.

“Apa yang penting ialah mereka diberi ruang untuk berkembang dan terus melangkah ke hadapan tanpa ada yang tercicir,” katanya.

Wanita Ikon Selangor 2026/2027 Mahu Bakat Wanita Terus Berkembang

Dalam era digitalisasi hari ini, Nurulhidayah melihat wanita mempunyai peluang lebih luas untuk mempelajari perkara baharu, membina jaringan serta mengembangkan potensi diri.

Kemudahan mendapatkan maklumat dan membina hubungan menerusi pelbagai platform juga membuka lebih banyak ruang untuk golongan wanita meningkatkan kemahiran serta meneroka peluang dalam bidang yang diminati.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO turut menerima Anugerah Bintang Selangor (Pembangunan Bakat). Menurutnya, kedua-dua pengiktirafan berkenaan menjadi pemangkin untuk beliau terus menyokong serta mengangkat potensi wanita dalam pelbagai bidang.

Dalam majlis sama, Dr. Reynu Rajan dipilih sebagai Wanita Ikon Waja, manakala Nur Hazreen Mohd. Ramzi menerima pengiktirafan Wanita Ikon Muda.

Ads

Acara kemuncak Majlis Gala Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2026/2027 dijadualkan berlangsung pada 26 September ini dengan 26 finalis terpilih bersaing dalam empat kategori iaitu Wanita Ikon, Wanita Ikon Muda, Wanita Ikon Waja dan Wanita Ikon Inspirasi.

Finalis Terus Menyumbang Kepada Komuniti

Sementara itu, Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), Datuk Normaziah Sheikh Mohamed berkata, kesemua finalis akan kembali ke negeri masing-masing untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada komuniti.

Pelaksanaan projek berkenaan berteraskan lima fokus utama iaitu ekonomi, pendidikan, budaya dan nilai, kesihatan serta keselamatan.

Finalis juga akan menyertai Sesi Bicara Ikon, sebuah platform perkongsian ilmu, pengalaman dan inspirasi bersama masyarakat.

Ads

Menerusi sesi tersebut, mereka akan berkongsi kisah perjuangan, cabaran, kepimpinan serta pengalaman yang membentuk kejayaan masing-masing, sekali gus menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita dan generasi muda.

Jelajah Ikon Pantau Impak Program CSR

Sepanjang tempoh itu, KWIM turut mengadakan Jelajah Ikon ke negeri-negeri terlibat bagi melihat sendiri pelaksanaan projek CSR, berinteraksi dengan komuniti serta menyaksikan impak yang berjaya diwujudkan oleh para penerima.

Usaha tersebut membolehkan program yang dilaksanakan tidak hanya berhenti pada peringkat perancangan, sebaliknya memberi manfaat secara langsung kepada komuniti berdasarkan keperluan di setiap negeri.

“Kami mahu setiap Wanita Ikon menjadi pemimpin yang terus menyumbang kepada masyarakat, membimbing kaum hawa lain, menggerakkan program berimpak dan menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Ads

“Selama dua tahun, mereka akan bersama kami dalam memperjuangkan agenda pemerkasaan wanita,” katanya.

Wanita Ikon Selangor 2026/2027 Galas Tanggungjawab Lebih Besar

Pengiktirafan sebagai Wanita Ikon Selangor 2026/2027 yang diterima Nurulhidayah bukan sekadar satu pencapaian peribadi, sebaliknya membawa tanggungjawab lebih besar untuk terus membuka ruang kepada wanita agar berani menyerlahkan potensi diri.

Pengiktirafan tersebut juga selari dengan hasratnya untuk melihat lebih ramai wanita diberi peluang meningkatkan keupayaan masing-masing tanpa mengira latar belakang atau peranan yang dimainkan dalam kehidupan.

Tidak kira apa juga peranan yang digalas, setiap wanita mempunyai nilai dan kekuatan yang mampu memberi manfaat kepada keluarga serta masyarakat.

BACA LAGI : Nurulhidayah Zahid Syukur Suami Terima Gelaran Datuk Seri, Anggap Satu Amanah Besar

Sumber : Utusan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

A. Aida Tak Halang Azeva Bercinta, Tapi Mahu Bakal Menantu Mampu...

Azeva jadi rebutan ramai lelaki termasuk selebriti, namun A. Aida tegas mahu anaknya fokus membina kerjaya dan kukuhkan kewangan terlebih dahulu.