Wanita Ini ‘Belanja’ Resipi Mi Kari Netup Pong Pong, Siap Kongsi Tip Buat Kuah Jadi Lebih Sedap. Simple Tapi Padu!

Share

Kecur  liur tengok gambar resipi Mi Kari ni. Itu belum lagi rasa. Dengan hanya melihat gambar sahaja kita sudah membayangkan keenakannya. Rasanya pastilah lagi hebat.

Resipi yang dikongsikan oleh puan Afy AL Habibi ini cukup mengujakan dan buat kita semangat nak cuba.

Siap dikongsikan tip untuk mendapatkan kuah yang sedap dan padu. Nak tahu caranya, jom baca resipi yang admin kongsikan ini.

Resepi Mi Kari Netup Pong Pongg
Baca nama resepi pun tak menahan. 😆
Huu memang cikgu tak tipu. Meletup macam mercun sedap dia set mi kari cikgu tunjuk semalam. Berbaloi sakit pinggang lepas ambik gambar. Sekejap tunduk. Sekejap tegak. Ke kiri ke kanan demi kawan-kawan semua.
Warna kuahnya pun cikgu suka.


Oren-oren begitu.
Lari dari warna merah coklat biasa.
Bukan macam cikgu masak gulai ayam Kelantan sebelum ni.
Kawan cikgu wajib kena cuba okeh.
Tengok caranya sampai habis.

Bahan-bahan

– telur rebus
– fishball putih (dicelur seketika)
– fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
– tauhu (digoreng)
– kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– limau kasturi
– cili merah
– daun sup
– bawang goreng

Cara membuat:

Jom kita mulakan masak Kuah Mi Kari Netupp.
(untuk saiz hidangan 4-5 orang makan)

Choppp sebelum tu cikgu lupa masukkan dalam gambar lagi satu bahan penting;UDANG KERING.

Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering

Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti

Panaskan sedikit minyak.
Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
(Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya)

Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.

Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar Rempah Kari Cikgu Afy
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah

Masukkan rempah campuran tadi.

Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada.
Kacau sehingga sebati.
*cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu*
Guna api paling perlahan sahaja.

Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.

Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawaMasukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa

Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak.
Kira-kira 7-8 minit.

Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun tak mengapa)

Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.

Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)

Perasakan kuah peringkat kedua. Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.

Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.

Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN