Hari raya tak lama lagi, tentu ada yang sedang merancang untuk ke pasaraya atau kedai kek membeli bahan-bahan membuat kek dan biskut.
Bagi yang baru berjinak-jinak membuat sendiri kuih di rumah tentu tak tahu yang mana satu bahan yang terbaik untuk menghasilkan ekk atau biskut yangs edap dan rangup.
Mana taknya, di pasaran terdapat pelbagai bahan-bahan yang sama tetapi pelbagai jenama. Tentu pening dibuatnya. Dalah satunya adalah pemilIhan butter. Rupanya terdapat dua jenia butter iaitu Butter Blend dan Pure Butter. Tentu ramai yang tak tahu. Selama ni beli jenam yang sama asalkan namanya ‘ butter’.
Menarik perkongsian ini, wanita ini berkongsi info dengan menjelaskan dua jenis perbezaan butter.
IKLAN
Ambil perhatian ye penjual kek, kuih & biskut. Mohon telus dengan bahan² yang anda guna. Kalau guna Buttercup, FarmCows & seangkatan dengannya, jangan sesekali claim guna pure butter. BUTTERCUP BUKAN PURE BUTTER. Buttercup tu brand 😅. Saya tak kisah anda pakai buttercup @ pure butter, yang penting anda jujur & telus. Hak masing² nak guna apa pun.
Saya ada tengok iklan di FB jual biskut raya sebalang RM10-RM15 dan seller tulis dia guna pure butter. Bila ditanya, rupanya seller guna Buttercup. Kesian pembeli tertipu & sebagai seorang pembeli, anda wajib ragu² dengan harga yang terlalu murah jika seller bagitau dia guna pure butter. Yang jual guna Buttercup, Planta & telus bagitau pembeli, Tahniah! Anda penjual yang jujur.
IKLAN
Sebagai seorang baker pulak, anda seharusnya aware yang Buttercup bukan pure butter. Seorang baker mesti tau beza antara Buttercup & pure butter sebab ni antara bahan asas dalam pembuatan kek, kuih & biskut. Buttercup, marjerin diperbuat dari palm oil & campuran lain manakala butter dari lemak tenusu.
P/S : ni bukan isu sedap tak sedap ye. Sedap tu subjektif. Saya tak nafikan banyak je kek, kuih, biskut guna buttercup, planta ni sedap. Saya cuma nak highlight tentang perbezaan bahan antara buttercup & pure butter saja.Ada orang memilih pure butter atas faktor kesihatan, bukan nak rasa sedap semata². Sebab tu pentingnya seller telus & jujur.
Bertangas Guna Bahan Dapur, Mak-mak & Anak Dara Elok Amalkan Dua Minggu Sekali
Bertangas sebenarnya elok diamalkan seawal remaja. Kaum wanita digalakkan bertangas bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik. Bertangas sangat mudah. Hanya guna bahan di dapur sahaja.
Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang. Bagi wanita yang telah berkahwin dan sudah melahirkan anak, lagi-lagilah digalakkan melakukannya.
Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas. Amalan bertangas boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim.
Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh dijadikan panduan.
BERTANGAS GUNA BAHAN DAPUR DI RUMAH
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa
CARA-CARA:
1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.
2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.
4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
5. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh.
KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:
1.Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.
2.Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.
3.Mengurangkan masalah keputihan.
4.Melancarkan haid.
5.Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.
Siapa yang suka berkebun, salah satu tanaman yang wajib ada di tanam adalah pokok bendi. Tabam pokok ini memang berbaloi tanam. Kalau tanam berbuah tak berhenti, jika betul penjagaannya.
Sebagaimana wanita ini kongsikan caranya. Katanya jika asyik tak jadi tanam bendi, guna caranya mengunakan benih bendi yang dah tua.
Ramai yang suka bunga ros hinggakan sanggup beli di kedai bunga walaupun mahal untuk diletakkan atas meja. Jika pergi cameron highlands tu sudah tentu wajib beli bunga ni.
Buat mereka yang suka bunga ros tapi tak tak tahu cara nak tanam pokok ini, boleh ikuti perkongsian puan Roshazareeza Ruslan ini yang berkongsi cara menanam, penjagaan dan penyakit yang menyerang pokok bunga ros.
Jika sebelum ini asyik beli je, tanam sendiri pula pokok ini, hari-hari boleh tengok pokok ini dengan haruman yang segar. Berminat nak tanam, cuba ikuti perkongsian ini.
Di sini Cik Rose selitkan cara menanam bunga Ros. Amat berguna bagi yang mula nak berjinak-jinak dengan bunga Ros. Ada caranya. Orang kata, bunga Ros ni manja dia lain sikit. Perlu perhatian lebih. iyeke? Kenalah cuba tanam, nanti korang tahu.
Cik Rose rasa mula-mula je macam kita kena beri perhatian yang lebih berbanding bunga lain. Tapi, bila dia dah mula berbunga, emmm tengoklah. Memang happy tahap maksimum bila dia dah start berbunga!
Eh selingan gambar lagi, nak tunjuk bunga Ros yang mula banyak berputik bunganya. Tengoklah ni :
Antara tips-tips untuk menanam Bunga Ros adalah :
1) Pokok bunga ros memerlukan tanah hasil campuran tanah kompos ( yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar) , air, matahari dan sumber nutrien baja. Campuran tanah kena betul. Jangan letak satu jenis tanah je. Cik Rose tak ada sukatan terperinci, Cik Rose letak ikut agak-agak ja. Iya, betul. Masa alih anak pokok ke pasu lebih besar, kena pastikan tanah kita tu betul campurannya. Jangan main salin pasu je tau.
2) Pokok bunga ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit. Ini sangat betul.
Masa Cik Rose beli anak pokok tu, penjual tu ada beritahu. Siram di bahagian tanah, jangan terkena bunga. Nanti bunga rosak. Hanya siram sekadar membasahkan tanah.Pastikan air disiram dengan jarak dan tekanan yang rendah. Ini dapat mengelakkan tanah tidak lagi gembur dan tidak lagi sesuai.
Macam Cik Rose, akan siram setiap pagi sebelum pergi kerja dan lagi sekali pada waktu petang, lepas balik kerja. Untuk siraman pada waktu petang, Cik Rose tak siram dengan jumlah air yang banyak. Cukup sekadar membasahkan tanah, bergantung pada keadaan cuaca juga.
3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Cik Rose beli tiga jenis baja dah setakat ni. Hihi. Tak adalah letak semua sekali. Semuanya secara berkala. Cik Rose try and error je kalau bab-bab baja ni.
Ada yang kata, guna air basuhan beras dan ikan diletakkan bersama-sama kulit pisang pada pangkal pokok bunga ros kerana kulit pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.
Tips ni Cik Rose baru tahu. InsyaAllah, akan cuba nanti. Ada yang pernah cuba tak? Boleh kongsikan hasilnya dengan Cik Rose?
4) Selain itu, kulit udang, dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. Oh ini belum pernah cuba lagi.
5) Pokok bunga ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan dahan dan pengeluaran bunga. Kaedah Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak. Jangan dibiarkan je lepas bunga-bunga tu layu. Korang kena cantas tau. Nanti lagi banyak bunga yang akan tumbuh.
6) Jika korang nampak daun menjadi kuning dan akhirnya gugur, ini kerana kekurangan air. Air yang berkurangan membuatkan pokok bunga ros telah kekurangan air. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini. Ini terjadi pada pokok bunga ros kuning Cik Rose. Sedihnya!
Di bawah ni gambar masa baru alihkan ke pasu. Elok je dia. Tapi, lepas beberapa hari daunnya berubah kekuningan. Aduhai di mana silapnya. Sebab tu Cik Rose dapatkan banyak maklumat mengenai penjagaan pokok bunga ros.
Penyakit yang selalu menyerang pokok bunga ros ialah:
1.Thrip-kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk ,bunga, dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan ‘terbakar’ seterusnya perlahan-lahan mati.
Kawalan penyakit – Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan.
Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu, di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros .
Blackspot- Merupakan penyakit sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.
Apabila diserang akan mengakibatkan 50 -50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah.
Moga dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang juga mempunyai minat yang sama dengan Cik Rose. Seronok sebenarnya tanam bunga ni. Terapi minda dan mata. Sejuk mata memandang.
Cuma kita perlu rajinlah. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Dan juga jangan abaikan pokok-pokok kita walau sehari. Kesian dia nanti merajuk tak nak berbunga. hihi.
Petua orang tua-tua, selalulah bercakap-cakap dengan pokok bunga kita. Nanti pokok bunga tu bertambah subur dan mengeluarkan bunga yang lebat! Cubalah. Cik Rose memang selalu je berbual dengan pokok-pokok bunga Cik Rose ni ha. Hihi. Macam faham je bunga ros Cik Rose. Hikhik.