Apabila raya semakin dekat, tentu ada yang sedang mencari resipi membuat kuih raya. Paling mudah buat resipi biskut dengan bahan-bahan yang mudah.
Bila ko tengah berpantang lepas
bersalin..baby tido je cepat2 adun biskut..buat biskut simple2 je asalkan ada utk anak2 lain fefeling nk Raya.. nutella swiss cookies ni mmg pebret anak-anak.
Bahan-Bahan
Butter seketul
Gula castor 1 cawan
Esen vanilla sikit
Tepung gandum 1 cawan 1/2
Tepung jagung 1 cawan
Chocolate rice 3 sudu
Nutella
Badam cincang
Cara penyediaan:
Butter,gula castor ngn esen vanilla pukul manja pakai senduk kayu.. dah sebati masukkn tepung gandum ngn tepung jagung..uli sampai jd doh xlekat kt tangan..masukkn chocolate rice.. gaul rata.. acukn kemudian letak nutella dan tabur badam cincang.. bakar 160′ selama 20 minit.. ikut la oven memasing
Sumber: Juju Minhad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah dengar atau makan Bergedil Biskut? Bunyi macam janggal kan, tapi rupanya menu ini sangat sedap.
Menurut Puan Nuraisyah Abdullah , itulah makanan kegemaran mereka. Resipi itu diperoleh daripada arwah kakak ipar ibunya.
Bergedil biskut.. Sape pernah makan ni.. Mak saya belajar dengan arwah kakak iparnya masa muda2 dulu.. Favourite kami dari kecik.. Inti bergedil kentang kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng.. Sedap makan macam tu jer.. Tak payah cicah2 pun boleh.. Siapa berminat cubalah.. InsyaAllah rasa tak menghampakan.. 😊👍🏻
Bahan-bahan:
*Kentang dlm 6 7 biji direbus dan dilenyek
*Garam, lada sulah, cukup rasa
*Bawang besar potong dadu
*Bawang putih 2 ulas cincang halus
*Daun sup dan bawang hiris halus
*Telur sebiji
Biskut hupseng secukupnya
Cara membuat:
Telur untuk celup bergedil sebelum goreng
*sama macam buat bergedil biasa tu.. Cuma di kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng seperti biasa..
*boleh jugak guna resepi mana2 bergedil.. Cuma saya dah biasa buat dgn bergedil kentang jer.. Xpernah lagi try dgn ayam atau daging.. 😊
* yang saya buat ni xda daun sup sebab xda stok kt rumah, kalau letak mesti lagi sedap..
Pengisar yang sering digunakan untuk mengisar bahan masakan seperti bawang dan cili, atau mungkin kunyit hidup pasti akan ‘melekat’ bau dan warnanya bukan?
Mungkin anda tidak selesa apabila menggunakan untuk masak masakan lain, tapi bekas pengisar berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Jadi, mungkin petua ini boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Herba digunakan secara meluas dalam masakan, kesihatan dan kecantikan sejak dahulu lagi dan terus menjadi amalan hingga kini.
Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi.
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti ini merupakan langkah alternatif yang baik.- sumber Rencana Kesihatan Utusan Online.
Menyedari khasiat yang terkandung di dalam herba belalai gajah ini memberi keyakinan buat puan Rodziah untuk mengamalkan minuman herba ini bersama suami untuk tujuan kesihatan.
Ikuti perkongsian melalui postingnya di facebook Rodziah Md Yusof Via MAHN.
“Saya nk share jus epal + daun belalai gajah..buat tuk suami yg selalu mengadu keletihan dan ada darah tinggi. Semoga menjdi asbab kesembuhan, sesuai juga untuk darah tinggi dan kencing manis. Cuba laa..kita hanya berusaha..setiap penyakit ada ubat..In shaa Allah..”-Rodziah
Bahan-bahan:
Epal hijau
Daun belalai gajah
Air
Cara Buat :
1. Masukkan epal hijau yang telah dipotong bersama daun belalai gajah dan air ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar hingga halus dan tapiskan jus tersebut.
3. Sedia untuk dimunim.
sumber :Rodziah Md Yusof
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di