Masak rendang ni ada pelbagai cara dan rasa mengikut negeri. Menu yang wajib untuk meraikan hari raya. Namun, kini, masakan rendang sentiasa dihidangkan tanpa mengira masa.

Bagi yang teringin nak makan rendang sekali lagi, apa kata cuba pula resipi istimewa ini. Kali ini resipi ini dikongsikan oleh puan Faidhatul Arfah Ahmad iaitu Rendang Ayam Pedas Perak.

Lebih menarik, bahan-bahannya tidak diblender sebaliknya diracik halus. Katanya lagi, petua daripada arwah moyangnya bertujuan bahan-bahan masakan menjadi ‘ubat’ apabila digigit semasa makan. Ada logiknya juga petua ni. Patutlah orang zaman dahulu panjang umurnya ye.

Nak cuba resipi ni, jom ikuti selanjutnya resipi ini.

____________________________________________

IKLAN

Resepi rendang ini arfah belajar dari mak, ia resepi turun-temurun dari opah, arwah moyang(mak opah). Mak & opah cakap rendang yg sedap ialah semua bahan di mayang / racik halus. Zaman dulu takde blender hihihi. Dan ia menjadi ubat bila kita gigit dan makanya hihi.

Resepi rendang ni langsung tidak mengunakan minyak masak yaa. Hanya mengunakan santan. Minyak yg terhasil adalah dari santan sebab kita masak rendang ini sehingga kering & lama. Mak suruh belajar buat sebab mak pun dah tak larat nak tunggu rendang masak berjam-jam, ini cara masa secara tradisi turun-temurun 

IKLAN

Resepi Rendang Ayam Pedas Perak

Bahan-Bahan 
1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)
2) 15 biji bawang merah (di racik halus)
3) 13 biji bawang kecil (di racik halus)
4) 5 biji bawang putih (di racik halus)
5) 12g kunyit hidup (di blender)
6) 80g halia tua (di racik halus)
7) 33g lengkuas (di blender)
 4 helai daun limau purut (racik halus)
9) 8 batang serai (racik halus)
10) Gula melaka secukup rasa
11) 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yg di inginkan)
12) 2 helai daun kunyit (di racik halus)
13) 1kg santan
14) 90g kerisik
15) Garam secukup rasa

IKLAN

Cara-Caranya 

Wanita Ini Kongsi Resipi Arwah Moyang. Masak Rendang Tak Perlu Blender, Racik Halus Je, Rasa Sedap Jadi ‘Ubat’Bila Makan.

1) Masukan ayam yg telah di cuci bersih ke dalam kuali.
2) Masukan semua sekali bahan yg di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia & serai yg di racik halus-halus. Masukan juga bahan yg di blender iaitu cili boh, lengkuas & kunyit hidup. Dan masukan ke semua santan. Masak dalam api yg sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakan hangit. Tutupkan kuali dgn penutup sesekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan yaa.
3) Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahan kan api guna api yg paling slow yaa dan masukan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yg di racik halus & kerisik tunggu lagi dlm 30 minit – 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2jam – 3jam bergantung kepada portion yg kita masak. Kalau nk bg berkuah sedikit jgn masak sampai kering sangat okee .
4) Akhir sekali masuk daun kunyit yang di racik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan boleh di tutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula just tambah sedikit air, jgn guna minyak masak.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat :’)
NOTA : Rendang yg bahanya di blender & di racik halus akan memberi kelainan dari segi taste / rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis. Hee

Sumber : Faidhatul Arfah Ahmad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI