Selalunya kalau beli ikan siakap, mesti akan repeat masak menu yang sama iaitu siakap 3 rasa, tak pun nak lemak sikit buat masak lemak kuning. Nak variasikan menu tak reti lah pula!

Haaa sesekali nak ubah selera boleh cuba buat Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai ni. Walaupun macam pelik dan unik namanya, tetapi rasanya tidak boleh disangkal lagi, memang enak!

Ada ikan siakap tapi tak tahu nak masak apa? Bosan juga asyik masak ikan siakap 3 rasa kan. Jom cuba masak Ikan Siakap Masak Asam Jawa ala Thai ni pula hasil perkongsian Puan Suhana Mohd Khalid.

Menurutnya, menu tersebut pertama kali dicuba ketika di Langkawi. Bila balik rumah, sampai teringat-ingat sebab terlampau sedap. Jom kita sama-sama cuba buat nanti ya!

RESIPI IKAN SIAKAP MASAK ASAM JAWA ALA THAI

Bahan-bahan tumis:

IKLAN

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili padi
Sos tiram
Sos tomato
Gula melaka
Tomato
Air asam jawa secukupnya
Gula
Garam
Serbuk perasa

Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai. Unik Namanya Tapi Boleh Buat Teringat-Ingat!

Cara-cara membuatnya:

1. Lumurkan kunyit, garam dan tepung jagung pada ikan. Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan sementara membuat kuahnya.

IKLAN

Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai. Unik Namanya Tapi Boleh Buat Teringat-Ingat!

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato. Masukkan juga air asam jawa secukupnya.

3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Sedia untuk dicurahkan ke atas ikan.

IKLAN

Dah siap, sedia untuk dihidang pada keluarga!

Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai. Unik Namanya Tapi Boleh Buat Teringat-Ingat!

Sumber : Suhana Mohd Khalid

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai. Unik Namanya Tapi Boleh Buat Teringat-Ingat!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI