Baru-baru ini tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian cemas seorang wanita dalam farmasi direntap rantai leher emas serta di tumbuk di bahagian muka ketika penjenayah merampas barang kemasnya.
Siapa sangka, dalam kedai yang kita rasakan selamat tetap berlaku kejadian yang tidak dingini. Justeru, jadikan berita sebagai iktibar untuk kita berhati-hati semasa memakai barang kemas. Malang tidak berbau, jadi elakkan memakai barangan kemas yang boleh menarik perhatian penjenayah.
Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu berlaku di Setapak Kuala Lumpur pada 8.47 malam itu yang melibatkan dua individu yang menyaksikan suspek berbaju hitam mencederakan mangsa ketika di kaunter pembayaran.
Antara rakaman CCTV
Ads
Suspek telah di tangkap
Bagaimanapun sekitar jam dua pagi, mereka telah ditangkap oleh pihak berkuasa di sebuah hotel di Jalan Pudu. Bagaimanapun, didapati barangan kemas sudah djual kepada pihak ketiga. Suspek yang berusia 31 dan 40 tahun didapati mempunyai banyak rekod jenayah termasuk penggunaan bahan larangan.
Ads
Ads
Apa yang pasti, jaga keselamatan diri ketika keluar, jika perlu elak memakai barang kemas sehingga menarik perhatian peragut atau penjenayah.
Kasih sayang seorang abang kepada adiknya tidak pernah pudar. Pemergian adik bongsu tersayang pada 12 Jun akibat kemalangan meninggalkan kesan mendalam di hati pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki.
Yang berkongsi kesedihan kehilangan adiknya, Jefri Adzman Aksan, beliau menitipkan ucapan sempena ulang tahun arwah adiknya. luahanan dalam instagramnya bahawa tidak menyangka akan memandikan jenazah adiknya.
“Happy birthday adik… tiap-tiap tahun abg nyanyikan lagu birthday utk adik, tapi lagu birthday adik tahun ni abg dendangkan surah al-fatihah …”
A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Jefri…23 jun, hari ni… harijadi adik. Yeop abg sulong. Kau adik bongsu. Yeop dulunya berfikir “syukur aku ada adik lelaki yang jika yeop pergi dulu ada seorang yg boleh uruskan jenazah yeop, mandikan jenazah yeop dan bantu keluarga yeop di saat pemergian yeop”.
PERANCANGAN YANG MAHA BERKUASA
Tapi ternyata apa yg kita rancang dan fikirkan, bukanlah perancangan YG Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui…Bila yeop memandikan adik, pilu rasa di hati kerana pada yeop ini tak sepatutnya berlaku. Jef kau punya harapan dan perancangan yg sangat hebat utk masa depan mu. Kita pun merancang pelbagai projek utk memperbaiki kedudukan keluarga kita. Tapi sekarang perjuangan mu sudah berakhir. Tiada lagi perlu kau fikirkan dan risaukan. Yeop rasa lost kejap kerana kehilangan orang kanan yeop yg yeop sentiasa boleh harapkan. Kau sentiasa penuh keceriaan dan positivity yg kita akan berjaya bersama dan sebenarnya kau banyak mengajar yeop macam mana sebenarnya utk ‘live my life’.
PENGAJARAN JANGAN BERTANGGUH UNTUK BERSAMA KELUARGA
Semenjak pemergianmu barulah aku banyak mengenali kebaikan kamu sehingga aku kagum, bangga dan sedikit jealous. Walau bagaimana busy kau dik, you always have time for your family and people in general. Aku tabik kau dik, pasal pada abg itulah kelemahan abg. Balance tu… Berat kepada kerja sehingga kurang bersama family… Kau ajar abg, benda yg paling penting adalah mengekalkan silaturrahim dan ukhwah dalam hidup kita ni. Kita semua nak berjaya untuk family tapi selalunya meninggalkan family yg nak kita bahagiakan tu sehinggalah satu hari kita sedar yg kita sudah tidak ada masa. Kita tangguh-tangguh masa bersama keluarga dan satu hari Allah ambil masa tu dari kita. In Shaa Allah abg akan ingat pengajaran ni sampai bila bila dik. I love you so much and happy birthday. Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yg beriman. Jaga mak dik. Nanti kita jumpa balik. Terimakasih adik ku yg sangat ku sayangi semoga kau tenang di sana, Terimakasih Allah SWT kerana meminjamkan jefri kepada kami utk 35 tahun. Sesungguhnya dia menjadi cikgu kepada kami abg dan kakak-kakaknya… Al-fatihah. Happy Birthday dik. #happybirthdayjefriadzman
Pemergian yang mengejutkan namun seorang ibu, Syahierah Zainal reda pemergian anak keduanya yang disahkan mengalami jangkitan kuman.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia dan suami sempat meluangkan masa bersama bayi mereka pada hujung minggu dengan melakukan rutin harian serta mendodoikannya sehingga tertidur.
Apa yang membuatkan dia amat terkejut kerana bayinya itu tidak menunjukkan sebarang simptom sedang sakit malah ceria dan sihat seperti biasa sebelum disedari sudah membiru serta tidak sedarkan diri.
Memulakan perkongsian awalmya, ujar ibu ini sekitar jam 11 malam, suaminya melihat bayi mereka seakan tidak bergerak dan badannya nampak biru sebelum cuba mengangkatnya yang sudah lembik.
Disebabkan panik, Syahierah telah meminta bantuan jiran-jiran dan segera membawa bayinya yang berusia 7 bulan ke klinik berhampiran.
Tanpa disangka, dalam masa sejam sahaja, anak keduanya itu disahkan sudah tiada tanpa menunjukkan sebarang simptom.
“Sabtu ahad kita luang masa sama-sama, Ahad tu kita tangkap gambar, kita main, baik sangat awak. Kita balik rumah lepas maghrib papa mandikan awak, mama siapkn main-main dengan awak. Jam 8++ pm mintak papa tidurkan rapi awak mengamok tak nak tido dgn papa.
9++pm mama datang pujuk dodoi2, awak tertido macam biasa. Last mama tinjau awak tido dekat tempat yg sama. Mama keluar bilik duduk depan dengan abang.
10++ -11 pm papa masuk bilik nak tidokan abang, papa nampak awak kt tempat yg sama last mama tgk awak tido, papa nampak awak dh tak begerak, badan awak dh biru. Papa agkat awak dh lembek, papa jerit “ma anak dh biru!” mama mcm nk gila mintak tolong jiran2.
11:20 bawak ke klinik terdekat, doc sahkan awak dh takde😔 gelap dunia mama. Dalam sejam je Allah amek awak, awak pergi macam tu je. Sekelip mata. Mama takde dengar pun awak nangis, sikit pun awak tak tunjuk apa2 simptom. Sakit sangat mama nk terima nak. Mama salahkan diri mama sebab mama last yg tidokan awak. Mama pikir awak tersedak susu/lemas sebab mama. Mama rasa brsalah sangat.
Ramai datang teman awak sekali malam tu, tunggu sampai 4am polis datang, 5am kita sampai kt bilik jenazah forensik. Mama kena balik tinggalkn awak dekat forensik. 8:30am io call mintak datang ke forensik, Awak kena postmortem sebab nak tahu punca kematian.
Mama tak izinkn, mama taknak awak kena belah. Mama tak sanggup nak tengok awak sakit lagi.. tapi doc n io berkeras, akhirnya mama terpaksa akur. Io amek statment dr mama papa.
9:40am awak start postmortem, doc cakap 3-4jam je, tapi lama mama tunggu awak nak, 3pm baru selesai. Result postmortem keluar, doc explain satu2. Doc cakap awak bukan pergi sebab lemas/tersedak susu, takde pun tanda2 tu. Tapi doc jumpa benda pelik dalam badan awak.
Bukan tersedak susu tapi jangkitan kuman
Rupanya awak kena infection nak, limpa, usus, perut awak penuh dengan kuman, infection. Awak pergi mungkin disebabkan infection tu. mama tak sangka sangat sebab awak sihat, awak gemok, ceria, awak kuat senyum, langsung takde tanda2 awak sakit.
Awak tak demam, batuk or apa, najis awak pn ok. Tapi doc tak dapat detect kuman tu dr mana, kuman apa or bila kuman tu dah ada. Tak tahu punca datang dari mana. Doc kata kes ni rare, sampel kuman dihantar ke lab, 3-4 bulan baru tahu final result. Dalam surat kematian awak, punca kematian “PENDING ANYLYSIS”
Bila dengar, mama rasa lega awak pergi tak terseksa. Awak pergi masa tidur, dalam diam tanpa rasa sakit. Awak betul2 taknak susahkn mama papa. Tak nak bagi mama papa tengok awak pergi. Rasa bersalah mama hilang bila tahu awak bukan lemas, tapi mama terkejut sebab awak memang tak sakit nak.
Postmortem dah selesai doc cakap dah boleh amek jenazah Naura untuk mandi. Papa n atok tak bagi mama tengok sebab dorang takot mama tak boleh terima kadaan jasad awak yang dah dibedah, dorang takot mama pitam lagi.
Tapi mama berkeras, walau macam mana kadaan awak masa tu takpe, mama redho. Mama nak mandikan awak buat kali terakhir.
Tapi bila tengok jasad awak, mashaAllah cantiknya awak sayang, sempurna jahitan postmortem awak, muka awak macam awak tengah tidur, jasad awak macam biasa mama papa selalu mandikn, cuma kali ni mama papa mandikan dalam kadaan awak dah tak bernyawa.
Mama papa kafankan awak, mama papa sempurna fardhu kifayah yang terakhir untuk awak. Mama cium awak buat kali terakhir, wangi sangat awak, bersih suci muka awak, anak syurga.
Kami hantar awak sampai ke negeri abadi awak sayang. Mama cuba sebaik mungkin sempurnakan amanah mama ni.
7 bulan je Allah pinjamkan awak untuk mama, mama tak puas lagi gomol awak, perit sangat mama nak terima tapi Mama redho, mama dah lepaskan awak, mama dah terima qada’ qadar Allah.
Awak dah bermain-main dengan kawan-kawan kat syurga💕. Lega bila Mama tahu awak bahagia dekat sana. Doakan mama kuat ye sayang, kat sana nanti tarik mama papa abang ya. Awak selalu ada dalam hati mamapapa, abang Noah. Selamat jalan wildan syurga”.
Bak kata orang, dalam dunia ni kita ada 7 orang yang muka sama dengan kita. Betul ke?
Seperti yang tular baru-baru ini, ada seorang pelajar perempuan yang dikatakan seiras dengan penyanyi popular dan juga pelakon, Alif Satar.
Dalam rakaman video yang dikongsikan di laman tiktok itu kelihatan beberapa orang gadis teruja untuk perkenalkan rakannya yang memiliki wajah seiras seorang selebriti. Bila kamera merakamkan rakannya itu, ternyata wajah gadis itu seiras Alif Satar!
Selain dari itu, sekumpulan wanita ini juga turut memuat naik satu video menggunakan lagu penyanyi yang disenangi ramai tersebut iaitu lagu ‘Lelaki Seperti Aku’.
Video tersebut telah dimuat naik semula oleh laman era.je dan mendapat perhatian pelantun lagu ‘Cukup Indah’ di mana dia meninggalkan komen ‘ini kah rupaku kalau bertudung?’.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut akui gadis iras Alif Satar ini memang hampir sama wajah mereka. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut: