Wanita kongsi wajah anak mirip Zara Qairina – “Tetapi tidaklah sama 100 peratus. “Kalau nak kata sama persis, tidaklah sangat, cuma mirip sekali imbas sahaja.” Itulah reaksi Maria Liza Noriozaman apabila ada segelintir pengguna media sosial menyamakan wajah anak sulungnya, Marsya Ilmi Zairul, 19, dengan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Wanita Kongsi Wajah Anak Mirip Zara Qairina – “Tetapi Tidaklah Sama 100 Peratus”
Menurut penolong pegawai tadbir itu, dia tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi perhatian selepas gambar anaknya dikongsi dalam grup WhatsApp keluarga.
Walaupun ada pihak yang kurang setuju dengan perbandingan berkenaan, Maria Liza dan keluarganya memilih untuk melihat komen-komen itu daripada sudut positif selagi tiada unsur menghina.
“Bila saya tengok (gambar), Ya ALLAH, rasa macam berderau jantung sebab ada yang kata muka Marsya seperti Zara Qairina, tetapi tidaklah sama 100 peratus. Jadi, saya kongsikan di Facebook.
“Saya ambil pendekatan positif sahaja terhadap setiap komen mengenai gambar arwah dan Marsya. Cuma secara peribadi, usahlah dibandingkan keperibadian mereka kerana anak saya pun ada karakternya yang tersendiri,” katanya.
Sebagai ibu kepada tiga anak, Maria Liza mengakui sedikit bimbang apabila wajah anaknya dikaitkan dengan arwah memandangkan Marsya masih menuntut di sebuah sekolah berasrama di Gerik, Perak.
“Saya sebagai ibu ada juga rasa risau sebab kita semua mengikuti kes Zara Qairina sejak awal lagi. Setiap kali bila dengar cerita pasal Zara Qairina, memang menangislah sebab kita membayangkan anak kita.
Ads
“Dalam masa sama, ada juga yang mendoakan dan mereka sentiasa ingat bahawa #JusticeforZara tidak terhenti di situ, jadi saya ambil yang positif sahaja,” ujarnya.
Mengulas kemungkinan bertemu dengan ibu kepada Allahyarham, Noraidah Lamat, untuk melepaskan rindu, Maria Liza menyatakan dia terbuka dengan cadangan itu.
“Saya tiada masalah, cuma mungkin dari segi kekangan masa dan jarak perjalanan memandangkan kami tinggal di Sungai Buloh, anak saya pula bersekolah di Gerik.
“Insya-ALLAH saya okey sahaja. Kalau lihat gambar mungkin kebetulan sama, tetapi secara realitinya tidak pasti kerana pandangan setiap orang berbeza-beza.
Ads
“Apa pun, semoga sang ibu sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini kerana tiada mak yang ingin kehilangan anak,” katanya lagi.
Pangsapuri terbakar, tiga beranak berdepan detik cemas, alami sesak nafas. Tiga sekeluarga berhadapan detik mencemaskan apabila unit kediaman mereka yang terletak di tingkat 16 Putra One Residences, Persiaran Bukit Rahman Putra 1, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Pangsapuri Terbakar, Tiga Beranak Berdepan Detik Cemas, Alami Sesak Nafas
Insiden yang berlaku sekitar jam 6.30 pagi itu melibatkan seorang lelaki bersama dua orang anaknya. Ketiga-tiga mangsa dilaporkan mengalami kesukaran bernafas akibat asap tebal, namun sempat menyelamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.36 pagi dan sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah digerakkan ke lokasi, yang terletak kira-kira 3.7 kilometer dari balai berkenaan.
“Setibanya pasukan di lokasi, api sedang marak dan telah memusnahkan kira-kira 80 peratus daripada unit kediaman tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan media.
Tambah beliau lagi, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 7.05 pagi, dan tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.
Sewa RM5,000 satu hari! Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida sanggup berhabis demi anak perempuan kesayangannya bagi mengikuti pengajian di Barcelona, Sepanyol.
Muat naik video di Instagram milik DS Vida telah meraih tumpuan ramai apabila membuat ‘house tour’ kediaman yang didiami oleh anak perempuannya, Cik B di Barcelona.
DS Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 54, turut ditemani anak lelakinya, Kacak meluahkan rasa syukur setelah memasuki kediaman Cik B
Dalam video tersebut, jelas menunjukkan perwatakan Cik B gembira dengan kediaman tersebut.
“Cik B suka rumah ni. Its my dream house,” ujar Cik B dengan gembira.
Wow! Sewa RM5K sehari
Video ‘House Tour’ membuatkan ramai kagum melihat dekorasi kediaman berkenaan. Melihat bilik tidur, bilik bacaan dan tandas bersaiz ruang yang besar membuatkan ramai teruja.
Paling mengejutkan, DS Vida secara spontan mendedahkan kadar sewa rumah tersebut adalah sebanyak RM5,000 sehari.
Sejurus itu Cik B menunjukan riak terkejut dengan sewa yang tinggi itu.
“Alhamdulillah mujur Cik B suka.”
“Saya nak Cik B belajar bahasa Sepanyol dan ada vibes-vibes baharu.”
“Bilik ini harga dia RM5,000 sehari, dan duduk selama tiga bulan,” kongsi Vida.
ADA VIBES SERAM
Meninjau ruangan komen, wargamaya teruja melihat kediaman yang mempunyai banyak bilik. Namun saiz bilik yang besar dan persekitaran kediamanan ada yang beranggapan ia ada unsur vibes seram.
Kanak-kanak tercekik ‘gummy mata’ meninggal dunia. Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik mata meninggal dunia. Murid Tahun 4 yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy’ mata dalam kejadian pada petang Selasa menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.
Kanak-kanak Tercekik ‘Gummy Mata’ Meninggal Dunia
Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP meninggal dunia pada jam kira-kira 11 malam.
Perkara itu disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, yang menghubungi Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp.
“Saya baru dapat berita. Fahmi baru saja menghembuskan nafas terakhir. Ibu arwah baru ‘call’ saya tadi beritahu Fahmi dah tak ada.
“Jenazah akan dikebumikan di kampung nenek arwah di Permatang Binjai, Penaga, dijangka pada jam 11 pagi hari ini.
“Saya tidak ada di sana (HPP), jadi saya tak tahu maklumat lebih lanjut. Apa-apa saya maklum semula,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Mohamad Fahmi berada dalam keadaan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia dikatakan tersedak.
Bagaimanapun, ketika berjalan ke tandas, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.