Raya semakin hampir! Suasana kian meriah dengan persiapan Aidilfitri—beli baju raya, tempah biskut raya, kemas rumah, dan tentunya, mencari duit raya baru untuk diberikan kepada anak-anak serta sanak saudara.
Setiap kali menjelang Hari Raya, pasti ramai yang ingin menukar wang kertas baru sebagai tanda tradisi dan kemeriahan sambutan.
Bagi yang sedang mencari duit raya baru RM10, berita baik buat anda!
CIMB telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka perkhidmatan penukaran duit raya baru bernilai RM10 di beberapa cawangan terpilih.
Ads
Bermula 17 Mac- 31 Mac
Perkhidmatan ini akan berlangsung mulai 17 Mac hingga 31 Mac, memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan wang kertas baharu sebelum tiba Syawal.
Jadi, jika anda ingin memastikan sampul duit raya anda penuh dengan wang kertas baru , bolehlah merancang lebih awal untuk menukar duit raya di cawangan CIMB yang terpilih. Jangan lepaskan peluang ini!
Kes dua beradik lemas di Sungai Linggi, Mahkamah Tinggi Syariah sahkan beragama Islam. ‘Misteri’ mengenai status agama dua beradik yang maut selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas minggu lalu akhirnya terjawab. Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada Selasa mengesahkan kedua-dua kanak-kanak tersebut beragama Islam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan, pengesahan itu dibuat dalam satu prosiding pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
“Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan bahawa kedua-dua mangsa adalah beragama Islam dan diperintahkan dikebumikan mengikut cara Islam.
“Jadi, pengebumian mangsa akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah di sini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menjelaskan bahawa waris telah memberi kuasa kepada JHEAINS untuk menguruskan tuntutan jenazah.
Sebelum ini, laporan menyebut JHEAINS mengambil tanggungjawab menguruskan jenazah selepas timbul persoalan mengenai status agama kanak-kanak terbabit.
Menurut Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah, pihaknya menerima permohonan rasmi daripada polis untuk menyemak status agama kedua-dua beradik itu kerana nama mereka dalam dokumen peribadi adalah nama masyarakat Cina.
“Kita dah buat semakan berkenaan status agama dua beradik itu selepas bapanya memaklumkan anaknya telah diislamkan di Kelantan.
“Namun semakan dengan Jabatan Agama Islam Kelantan mendapati tiada rekod bahawa dua beradik itu telah diislamkan, begitu juga di JHEAINS,” katanya.
Tambahnya, pihak berkuasa agama hanya bergantung kepada pengakuan bapa kanak-kanak itu mengenai pengislaman anak-anaknya, dan lelaki tersebut telah membuat pengakuan bertulis kepada polis.
Difahamkan, dua beradik berusia enam dan lapan tahun berkenaan lemas selepas kenderaan yang mereka naiki bersama bapa dan seorang wanita menggelongsor ke dalam sungai. Sewaktu kejadian, kereta itu diparkir di tebing sungai dengan enjin dimatikan sementara bapa mereka keluar untuk merokok.
Diaplikasi Tik Tok, seorang ibu menarik perhatian ramai kerana menggunakan kaedah luar biasa dalam mendidik anaknya.
Menurut Syuhada Zahri, dia bertindak menyerahkan anak lelakinya ke balai polis gara-gara gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru setiap hari.
Tidak tahu cara bagaimana lagi dalam memujuk anaknya menyiapkan tugasan sekolah, dia akhirnya mendapatkan kerjasama dengan pihak polis.
“Kita simpan kenangan.
“Al kisah semalam, cikgu whatsapp tak siap kerja sekolah. Bila tanya kat rumah, jawapan dia, mesti dah siap kat sekolah. Pastu takda kerja sekolah.
Malas nak bising-bising dah. Umur makin meningkat ni. Mama serah je kat polis,” ujarnya.
Tambah hebat lagi bila mana perancangan itu mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis.
“Elok lak polis bagi kerjasama padu. Yang datang bawa gari tu tak menahan. Yang dah tunjuk lokap tu lagi huru-hara Syauqi. Yang standby kereta polis tu merealisasikan hajat mama nak bentukkan Syauqi anak comel ni.
“Alhamdulillah semalam seharian tak pegang dah hp. Kerja sekolah dah siap. Semoga kekal la hendaklah,” tambahnya lagi.
Perkongsian itu menerima lebih 1.9 juta tontonan malah meraih pujian ramai.
Sumber: TikTok syuhadazahri_911
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur terkenal, Tupperware Brands (Tupperware), yang telah diisytiharkan muflis semalam, kini bersetuju menjual perniagaannya kepada sekumpulan pemberi pinjaman dengan nilai AS$23.5 juta (RM102.1 juta) secara tunai, serta lebih AS$63 juta (RM273.8 juta) dalam bentuk ‘diskaun hutang’.
Ia sekali gus membatalkan rancangan syarikat itu untuk melelong asetnya secara terbuka.
Tupperware mengumumkan perjanjian terbabit sewaktu sesi pendengaran mahkamah kebankrapan di Wilmington, Delaware.
Hakim kebankrapan Amerika Syarikat (AS), Brendan Shannon, berkata beliau akan segera menjadualkan sesi pendengaran mahkamah berasingan untuk mempertimbang kelulusan penjualan aset syarikat terbabit.
Jelasnya, ia langkah terbaik mengambil kira situasi sukar dan mencabar syarikat Tupperware.
Tupperware, syarikat yang berpangkalan di Orlando, Florida, memfailkan perlindungan kebankrapan bulan lalu, dengan tanggungan hutang sebanyak AS$818 juta dan mengemukakan rancangannya untuk mencari pembali dalam tempoh 30 hari.
Bagaimanapun, terdapat satu kumpulan pemberi pinjaman kepada Tupperware yang menentang rancangan penjualan syarikat terbabit, termasuk menyuarakan keinginan untuk menuntut aset.
Dengan perjanjian baharu ini, ia akan membolehkan pemberi pinjaman membeli nama jenama dan operasi Tupperware di beberapa pasaran utama, kata peguam syarikat itu, Spencer Winters, dalam pendengaran mahkamah.
Tupperware memaklumkan mereka akan memberi tumpuan awal terhadap pasaran termasuk AS, Kanada, Mexico, Brazil, China, Kore, India dan Malaysia, disusuli pasaran lain antaranya di Eropah dan Asia lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman, dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat akan menamatkan operasi di pasaran yang mempunyai liabiliti yang tinggi.
Semasa pendengaran mahkamah minggu lalu, Tupperware berhujah bahawa pemberi pinjaman iaitu pihak membeli Tupperware dengan diskaun tinggi tidak seharusnya dibenarkan mengeluarkan pemiutang lain.
Selain itu, mereka juga dihalang daripada mendapat manfaat daripada hasil jualan.
Di pihak pemberi pinjaman yang turut berhujah dalam sesi sama berkata, lelongan yang dicadangkan oleh Tupperware akan menghalang mereka daripada menggunakan pertukaran hutang sebagai sebahagian tawaran untuk mendapatkan aset Tupperware.
Syarikat pemberi pinjaman yang kini bersedia mengambil alih Tupperware termasuk Alden Global Capital, Stonehill Institutional Partners dan Bank of America.
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...