Mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun pelakon berdarah kacukan Siam ini cukup bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar Rashid, isteri kesayangan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob ini, kehidupannya cukup membahagiakan dan sangat bersyukur serta berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri.
“Bila dah ada anak kehidupan suami isteri sudah berbeza. Sebab itu saya seboleh mungkin tak nak ‘miss’ momen anak, Raden Muhammad Rafael membesar. Kebetulan anak kami masih kecil jadi tak semua tawaran berlakon saya terima. Walaupun ini kerjaya yang saya minat, namun keluarga adalah keutamaan.
“Saya memang suka dengan keluarga besar jadi apabila suami cakap dia nak tiga lagi anak dengan saya, memang tak ada masalah sebab saya sendiri datang dari keluarga yang besar. Walaupun ramai tapi hubungan kami sangat rapat. Itulah yang ingin saya praktikkan dalam rumah tangga kami. Kalau sebelum ini saya dan suami, Raf Yaakob cadang nak tambah ahli keluarga lepas anak dah lebih 3 tahun, tapi sekarang kami dah tak mahu rancang. Jika ada rezeki kami terima,” ulas Mawar lagi.
Bukan mudah bergelar ‘ibu segera’ pada anak-anak, Rayyan dan Raysaa yang dah besar sebab tanggung jawab cukup berat. Bila anak buat salah, Mawar akui akan tegur dengan berhemah.
“Suami banyak main peranan dalam membantu mendidik saya dan anak-anak. Alhamdulillah, keluarga kecil kami sangat bahagia. Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar lagi yang mengakui menjadi seorang ibu kena ada sifat sabar yang tinggi dan tidak pilih kasih antara anak-anak.
Kemesraan bukan dibuat-buat
Melihatkan kemesraan pasangan ini di media sosial, ramai yang memuji tak kurang ada mulut nakal yang mengatakan itu sekadar kemesraan yang dibuat-buat. Namun, bagi empunya diri, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak suka mengambil peduli akan kata-kata orang.
“Saya tidak kisah dicemuh dan dikutuk warganet kerana saya dan suami diajar hidup berkasih sayang oleh keluarga masing-masing, sejak kecil lagi. Acuan kehidupan kami sama. Sebab itu antara saya dan Raf cepat serasi. Selepas kenal enam bulan, kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.
“Kalau warganet mahu mengata saya dan Raf suka menunjuk-nunjuk, itu terserah. Ia sama sekali tidak menyekat saya untuk terus memuat naik gambar atau video di laman sosial. Bagi saya, laman Instagram (IG) adalah diari kehidupan yang boleh dijadikan kenangan dan tatapan anak cucu pada masa depan,” ujar pelakon Tq Captain ini lagi.
Bakal keluar produk kosmetik
Mengulas lanjut mengenai kerjaya masing-masing, Ujar Mawar mereka kini dalam proses untuk mengeluarkan produk kosmetik sendiri.
“Walaupun sibuk dengan berlakon dan juga keluarga, namun saya mahu cuba benda baru. Jadi, saya memilih untuk membuka bisnes dan perancangan ini adalah bersama dengan ahli keluarga. Soal aktif berlakon taka da masalah kerana itu memang minat saya sejak dahulu lagi. Memang saya akan teruskan walaupun sudah ada bisnes kelak.
“Mungkin keluarga yang akan uruskan manakala saya lebih fokus soal pemasaran produk ini kelak Tetapi tak bermakna saya buat sambil lewa kerana dalam menjayakan sesuatu kita kena fokus dan ada usaha ke arah itu. Sebab itulah saya sanggup masuk kelas belajar tentang ilmu bisnes kerana selain mahu menjadi pelakon versetail, saya juga mahu tampil sebagai seorang usahawa yang berjaya,” jelas Mawar lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri adalah teman hidup suami, pengatur rumah tangganya, ibu anak-anaknya. Malah isteri dicipta daripada tulang rusuk suami. Namun, jodoh, ajal dan maut itu, adalah rahsia Allah SWT yang tiada siapa tahu. Hari ini kita masih bersama tetapi mungkin esok lusa kita sudah tiada di dunia ini.
Begitulah isteri disisi suami. Selama ini hidup bergantung harapan dan kasih sayang, namun apabila ajal datang memanggil, tiada siapa yang mampu menghalang.
Terharu membaca luahan hati seorang isteri atas pemergian suami. Sudah ditakdirkan, suami pergi dulu dijemput Ilahi. Perkongsian Ummi Aishah Umaira ini sungguh menyentuh hati.
Selasa. Pagi tu awak cerita dekat saya awak mimpikan arwah paklang n maklang. Awak jalan dgn dorg kat satu taman. Awak cakap cantik sangat taman tu.
Rabu. Sekali lagi awak ceritakan pasal mimpi awak. Tpi kali ni awak cakap paklang datang hulur tangan kat awak n awak sambut tangan paklang. Saya hanya mampu diam dan senyum dengar cerita awak. Tapi hati dah mula tak tenang.
Khamis. Saya lihat awak mcm sihat sgt. Mcm orang yg x sakit. Awak kemas rumah. Awak main dengan Umaira. Saya gembira sgt tgk awak.
Jumaat. Seperti kelaziman awak. Awak akan bangun jam 2.30-3.00 pagi. Awak kejut saya bangun tahajjud sama². Lepas tahajjud awak duduk termenung. Lepastu awak pesan supaya sayangkan Umaira dan jaga dia baik². Saya iyakan semua. Lepastu awak tidur semula sekejap.
5.00 pagi awak bangun lagi dan kejutkan saya utk berjemaah solat subuh. Umaira masih lagi tidur. Selesai solat subuh awak buka Quran. Awak baca al-Mulk. Saya dengar. Sayu sangat. Lepas siap awak cakap awak penat. Awak nak tidur skjap. Awak baring atas sejadah. Saya bangun n keluar kejutkan adik² awak. Saya masuk semula dalam bilik n awak panggil saya. Awak cakap awak sakit dada. Saya suruh awak baring atas katil. Saya sapukan minyak angin saya urutkan dada awak. Lepastu awak tertido. Saya turun ke dapur. Sediakan sarapan untuk awak. Tak lama lepastu sy dengar Umaira nangis. Saya bergegas ke bilik. Sy tgk awak tidur lena. Saya dukung Umaira pergi ke dapur buatkan susu. Kemudian saya ke bilik semula kejutkan awak. Awak tak bangun. Kaki awak sejuk. Saya kejut lagi awak tak bangun. Saya dah tak keruan. Risau. Saya dengar Ayah balik dari masjid. Saya panggil ayah tengokkan awak. Ayah mengucap panjang. Ayah cakap awak dah tak ada. Allahuakbar… Gelap seketika dunia saya. Airmata ni tak mampu lagi nak tahan. Saya terduduk. Mak datang peluk saya. Awak dah pergi tinggalkan kami semua.
Awak… Saya tahu awak dah penat sangat lawan sakit awak kan. Rehatlah awak. Saya redha. Saya bersyukur sangat ada suami macam awak. Walaupun Allah pinjamkan awak hanya seketika utk saya. Tunggu kami datang nanti ye awak. Semoga awak tenang di sana. Jangan risau.. Umaira saya akan jaga dengan penuh kasih sayang.
Lepas ni dah xde lagi dah yang nk jadi imam saya. Dah tak ada lagi yang akan bergurau dan nasihatkan saya. Dah tak ada lagi teman tahajjud saya. Dah tak dapat dengar lagi bacaan Al-Mulk setiap kali sebelum tidur. Semuanya awak dah bawa pergi. Insyaa Allah saya akan teruskan apa yang awak selalu buat. Saya akan ajar anak kita sekali. Saya akan ceritakan semuanya tentang awak pada Umaira. Terima kasih awak sebab didik saya selama ni.
Kucing Kelabu/Angah/Rul dalam kenangan 15/08/1987-07/12/2018 Al-Fatihah.
Maaf buat sahabat sahabat angah semua kerana lambat maklumkan. Saya baru ada kekuatan untuk ceritakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja Bayam Brazil pasti ramai yang mengenali salah satu sayuran yang cukup enak dimakan. Selain dibuat ulam, sayur ini juga sedap digoren belacan mahupun digoreng salut tepung untuk dijadikan kudapan.
Buat ibu-ibu yang nak tanam sendiri pokok ini, jangan risau ia sejenis tumbuhan yang mudah untuk ditanam dan cepat membesar. Cuma kenalah ada caranya.
Bagi yang nak jimatkan ruang tanah, ikut cara Pn Zainol Yunus ini dengan menggunakan botol plastik terpakai. Selamat mecuba!
Salam sahabat BDR semua. Dulu akk pernah janji nak tunjukkan step by step cara nak tanamb.brazil pada botol plastik. Boleh jimat tanah, ruang dan mudah nak basuh kalau ada ulat.Gambar agak tak tersusun. Akk explain pada setiap gambar tu. Kepada ahli baru..selamat mencuba.
Cara-cara membuat:
2. Bawah botol pun perlu ditebuk.
3. Botol siap ditebuk..boleh guna besi panas.
4. Cara nak masukkan tanah ke dalam botol.
5. Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.
6. Sebelum cucukkan batang b.b pada botol…masukkan air supaya tanah lembap…lebih mudah nk tanam batang bayam brazil.
7. Batang yg telah ditanam pada botol.
8. Ini contoh yang dah lama ditanam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.