Wanita Ni DIY Ruang Rehat Jadi ‘Open Wardrobe’ Dalam Masa Seminggu Je. Memang Praktikal, Teratur & Jimat Ruang!

Share

Mengemas antara aktiviti wajib ibu-ibu di rumah, tapi part ni memang tak keterlaluan andai dikatakan kerja di rumah yang sangat memenatkan.

Bagi ibu ini, dia punya cara tersendiri dalam memastikan ruang di dalam rumah tidak bersepah terutama pakaian.
Dengan menjadikan ruang rehat di bahagian atas rumah sebagai ‘open wardrobe’ puan Aimi Ismail

menerusi Kelab Kaki Deko berkongsi cara yang digunakan untuk membolehkan ruang nampak lebih luas dan teratur.

Open wardrobe project
+ tempat lipat baju yg berlori-lori tuu
Kos: +-RM400 (termasuk vinyl 2boxes)
Almari, upgrade yg ada. Sumpah jadi hijau


[Edited]
Bahan-bahan:
-plywood (tebal 12mm): 1 keping 8kakiX4kaki
(saya mintak kedai potong ikut ukuran, atas 3 keping (4kakiX1.5kaki), bawah 2 keping (4kakiX1kaki)
-besi L: 12inci,10inci
-mulig bar: 5
-cat Jotun: 1L
-vinyl: 2kotak (36 keping, 1 kotak) Lazada
-storage, dust cover beli kat Lazada
-frame, cermin lekat di almari beli kat Eco


Ni ruang rehat tingkat atas
Memang dari asal buat tempat iron baju
Dan tempat gantung baju kerja mama baba dan baju sekolah anak2 yg siap diiron untuk seminggu.


Cuma upgrade supaya lebih organize dan sedap mata memandang, tenang di jiwa…cewahhhh
Sebab bilik semua dah full
Tunggu organizers for socks, handsocks, tie sampai… Socks anak beranak selalu tak cukup pasangan

Moga bermanfaat
_mamaEnsem~

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN