Biasanya lepas beli barang dapur, ibu-ibu pasti akan simpan semua dalam peti sejuk. Kita ingatkan, semua bahan yang disimpan dalam peti sejuk boleh tahan lebih lama, bukan?
Sebenarnya, bukanlah semua bahan dapur boleh disimpan dengan cara yang sama. Ada yang tak sampai dua hari dah layu. Terpaksa beli baru jika nak guna.
Mungkin kaedah yang dikongsikan puan Asmawati Ayob dapat membantu ibu-ibu menyimpan bahan masakan lebih lama.
Salam kawan2. Ok hari ni sy cuti..jd bersenang lenang dirumah. *walopon keja umah menimbun tetaplah rasa senanglenang gituu
Ok hr ni sy nk bg tips utk mak2 bagi memudah kn kerja di dapur..iaitu mcm mn nk simpan bahan2 masakan supaya kamu2 tidak perlu berulang alik ke kedai acheh..smpai acheh tu pon dh kenal muka kamu walopon pakai mask .
Ads
Satu2 nya tips hr ni adalah…FROZEN kan semua bahan masakan. Halia, lengkuas, serai, daun sup, daun saleri, daun limau purut, daun kunyit, daun kari, daun pandai dan petai (sambal belacan pon daku prozen ).
Ads
Ni utk sesiapa yg x mampu nk tanam la kan bahan2 di atas. Kalau yg ada pokok dan sejenis tanam apa pon subur elok..xyah la frozen..pi lah petik kt kebun kamu yg seluas 0.03 hektar tu
Ads
*syarat before frozen. Bahan2 tu semua jgn basah. Barulah dia segar elok ok.
Cara frozen ni dpt jimat duit, jimat masa dan jimat tenaga uols. Jadi tiada alasan utk tidak memasak. Walaopon kadang2 dtg jugakkkk penyakit M tu kan..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercakap dengan anak-anak pun kena tahu caranya. Jika silap, bimbang mendatangkan kesan buruk pada perkembangan dan tingkah laku anak-anak. Jadi cara bagaimana harus kita praktiskan agar menjadikan komunikasi antara kita ada anak-anak adalah komunikasi yang baik dan kesannya memberi kebaikkan bersama?
Perkongsian wanita ini berkenaan perkongsian Ustazah Norhafizah Musa dalam menjelaskan tentang bagaimana cara berurusan dan bergaul dengan anak-anak ini boleh dijadikan panduan. Rupanya ada 4 perkara penting dan hal ini dijelaskan untuk kita bersama dapat praktiskan. Jom semak.
Assalamualaikum semua .
Kata Ustazah Norhafizah Musa, pandanglah anak-anak.Bila pandang anak-anak, berurusan dengan mereka dan bergaul dengan mereka, cuba hadirkan 4 perkara ini:
1. Pandanglah mereka sebagai HASIL TANGAN kita, pandang mereka sebagai tanggunjawab kita.
2. Pandang mereka dengan BELAS IHSAN kerana adanya kecuaian kita pada mereka.
3. Pandanglah mereka dengan KASIH SAYANG kerana andai mereka merasai kekurangan kasih kita, mereka tak akan jumpa gantinya pada yang lain (selain Allah dan rasul).
4. Pandanglah mereka sebagai ASET kita dunia dan akhirat, supaya harapan kita terus segar dan tidak kecewa dengan segala usaha.
Sama-samalah kita saling ingat mengingati dan menjadi ibu bapa yang berjaya jadi lebih baik dari semalam. Sentiasa belajar dari kesilapan dan tak jemu berubah ke arah kebaikan.
Meriah betul gambar ni. Mungkin beginilah rupanya kut kalau Che Sar ada anak setahun sorang haha fuhhh lap peluh. Seronok yang amat masa ni, holiday trip berjemaah bawa anak-anak dan keluarga geng jurujual berkonvoi 5 buah campervan ronda New Zealand. Itu cerita tahun lepas. Che Awang dah tanya “Tahun ni kita nak pergi mana pulak?” Hehehe.
Tinggal beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban, tentunya saat melapah daging menjadi suatu perkara yang dinanti-nantikan oleh penduduk setempat. Suasana bergotong royong juga turut terasa meriah bila mana dilakukan bersama-sama.
Usai proses melapah, tiba pula proses agihan daging dilakukan dan kebiasaannya akan dibungkus kemas. Menyentuh tentang membungkus daging korban ini, terpanggil seorang doktor untuk memberi peringatan kepada pihak AJK korban, AJK Masjid dan orang ramai untuk jangan menggunakan plastik hitam.
Apa sebabnya, jom semak perkongsian penuh daripada Dr Rosli Abd Jalil ini.
Jangan guna plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban!
Pesan kepada AJK Masjid,pesan kepada AJK korban, dan pesan kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidil Adha esok, JANGAN gunakan plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban.
Ni Sebabnya
Plastik hitam dikhaskan untuk bungkus sampah, BUKAN untuk bungkus daging atau makanan, ia dibuat dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan proses kitar semula tersebut adalah tidak hygenik dan ianya terdedah kepada kuman dan kotoran!
Disamping itu, bahan kimia dan bahan pewarna untuk pemerosesan plastik hitam adalah dari sumber bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan sangat toksik kepada tubuh badan kita.
Sekiranya plastik hitam bersentuhan dengan daging yang masih basah dan berdarah maka akan berlaku tindakbalas kimia dan ianya akan menyerap ke dalam daging tersebut dan secara tidak langsung ia akan merbahayakan pada tubuh badan kita.
Daging juga boleh tercemar dengan kuman dan kotoran yang ada pada plastik yang dikitar semula itu.
Sebaiknya
Sebaliknya gunakanlah plastik putih yang lutsinar untuk tujuan pembungkusan daging korban.Islam menggalakkan kebersihan.
Saya menulis berpandukan bacaan dan pengetahuan tentang keburukan plastik sampah hitam kitar semula. Di negara maju seperti USA, Canada dan beberapa negara Eropah mereka telah mengharamkan penggunaan plastik sampah hitam kitar semula untuk digunakan sebagai pembungkus makanan dan yang saya tulis TIDAK SESUAI untuk digunakan ketika membungkus daging korban.
Kajian di USA mendapati plastik kitar semula (recycled plastic) semula mengandungi bahan kimia BROMINE DAN PLUMBUM. BROMINE adalah bahan yang bertanggungjawab kepada bertambahnya penyakit kanser, perkembangan anak-anak (developmental disorder), reproduksi isu, perubahan hormon thyroid dalam badan dan PLUMBUM pula penyebab kanser.
Atas faktor di atas juga, Negara jiran kita iaitu Indonesia melalui kajiannya di Jabatan Veterinar telah menggesa rakyatnya untuk tidak menggunakan beg plastik sampah hitam kitar semula (Berita 27 Julai 2019) untuk digunakan sebagai pembungkus makanan termasuk daging korban. Fikirkanlah bahawa Islam sangat menggalakkan kebersihan dan mengutamakan kesihatan untuk penganutnya!
Kalau masak sotong pun, perut dibiarkan di dalam kerana telur sotong ini lembut sifatnya dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati ketika membasuhnya bagi mengelakkan ia dibawa lari mengikut aliran air. Selain itu, ia juga berisiko untuk pecah jadi berhati-hati lah ketika memasaknya.
Tapi, bila dah alang-alang jumpa bila beli barang basah tu boleh la cuba untuk masak sendiri guna tip yang dikongsikan dibawah ini untuk elak telur sotong jadi keras lepas masak.
PETUA MASAK TELUR SOTONG
PANDUAN CARA BUAT KARI TELUR SOTONG dan SOTONG supaya tidak jadi keras
Bahan-bahan Kari Sotong
Jadi inilah rempah yang saya nak bancuh untuk sotong + telornya = 1kilogram- semuanya disatukan dan dibancuh kental dengan air
Sukatan rempah untuk 1kg-1.2 kg daging@ayam@ sotong@udang ( dibancuh kental dengan air) sahaja
Serbuk kari ikan babas 50g
Serbuk kari ayam daging babas 80g
Serbuk cili babas 50g
Serbuk kurma adabi 20gram
Serbuk garam masala babas 15g
Serbuk rempah sup adabi 15g
Serbuk ketumbar 10gram
Isi biji pala 1 ditumbuk
Tidak guna santan tapi diganti
2 sudu plain yogurt
1 sudu besar paste tomato tin
Air guna 2 cawan sahaja
Petua masak telur sotong
Telur sotong untuk kari tidak boleh dimasak lama akan menyebabkan telur sotong jadi keras. Jika nak masak sotong dan telurnya:
1. Masukkan sotong dulu ke dalam rempah yang telah pecah minyak cuma 1 minit saja.
Kemudian diangkat sotong tadi dan masuk ke dalam bekas.
2. Baru masukkan air ke dalam tumisan rempah tadi (selepas dikeluarkan sotong). Tujuan masukkan air adalah supaya rempah mengembang dan mengeluarkan rasa yang sedap.
Tunggu sehingga kuah jadi pekat.
3. Bila kuah dah pekat masukkan telur sotong bersama sotong tadi dalam 3-4 minit saja.
Kemudian tutup api.
** Jika ada telur sotong yang masih belum benar benar masak tidak mengapa. Walaupun api ditutup, kepanasan kuah masih mampu untuk menyempurnakan sotong dan telur tadi masak. Sekiranya, ia lebih masa nescaya telur akan jadi keras.
TIPS MASAK KARI TANPA SANTAN
1. Bagi rasa kari lebih sedap pula, saya guna ‘plain yougurt’ dan ‘tomato paste tin’. Kalau tidak dimasukkan pun tak apa tetap sedap juga.
2. Masakan ini tak perlu guna ‘air asam jawa’ sebab rasa rempahnya sudah cukup sempurna segala rasa. Tidak semua masakan berlauk perlu dimasukkan air asam jawa.
3. Bagi saya masakan berasaskan ‘ikan’ sahaja yang perlu guna air asam jawa atau asam keping sebab nak hilangkan bau hanyir ikan.
** Sekiranya isi lauk kari dah habis boleh tambah sotong, udang, ketam dan masaklah sekejap supaya sebati. Tambahlah air 1 cawan cukup, kuah boleh buat cicah roti jala pula.