Bijak mengurus kewangan menjadikan hidup lebih selesa sebenarnya. Pun begitu ada segelintir merasakan bila wang diurus penggunaannya, seakan terasa disekat untuk berbelanja.
Jadi cubalah pandang lebih jauh dan fahami teguran daripada anak muda ini da pengurusan kewangan. Jom semak.
Ini nasihat kewangan untuk orang muda:
1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Buka RM1,300.
2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)
Ads
3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada Grab Food, Food Panda dan macam2. 4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.
4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.
5. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak. 6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu free.
6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu free.
7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah. 8. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.
Ads
8. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.
Sejak kebelakangan ini ramai pula yang gemar menggunakan kemasan lantai vinyl dengan rekaan seperti lantai kayu yang nampak begitu bergaya jika digayakan di ruangan rumah.
Bukan sahaja ‘menang’ pada pilihan rekaannya malah disebabkan mudah dipasang tanpa perlukan kepakaran tinggi, juga menjadi sebab ramai ingin mencuba membuat pemasangan sendiri.
Di sini dikongsikan antara teknik pemasangan lantai vinyl dengan gaya pemasangan tulang ikan yang boleh difahami dengan mudah sebagaimana perkongsian daripada Net Azr.
Semoga ianya memberi manfaat untuk yang merancang melakukan diy pemasangan lantai vinyl di rumah. Selamat mencuba!
Susunan cara 1 tu rapat ke dinding..
Mmg akan menjimatkan penggunaan vinyl. Mudah tuk hampa nk potong vinyl tu tadi sebab potongan menegak ja.Kurang wastage nanti.
Jimat vinyl, jimat la duit hampa.
Susunan cara 2 tu pun boleh..tapi akan guna banyak vinyl nanti.. Sebab pa? Sebab tepi dinding nanti hampa kena potong senget.. Banyak wastage vinyl akan terjadi..so bazir ja.. Kalau expert yang buat, depa boleh potong bagi sama..
Kalu nubis cam kita ni haa, tangan pun terketaq2 nak potong, jangan harap nak sama dan ngam tuk sambungan vinyl..
Hampa paham dak? Kak hampa nak buat video pun malu. Kalau xfaham, hampa tanya la na..
Sekian sedikit perkongsian dari kak yang tak seberapa ni.
Kalau ada otai2 yang expert, sila betulkan kalau salah.
Hari ni kak pasang lantai guna gam tarik bulan(dunlop, ca blue) sebab ni pasang kat bahagian depan umah.. Tahan ayaq.
Customer tak mau corak tulang ikan.. Kalau dak kak belanja hampa video tadi.
Sini kak sertakan video cara nak sapu gam ni.. Sambil2 kak hampa ngah pening gam ni.. Sampai ke bulan dah ni ha.
Penceraian menyebabkan ibu bapanya tidak berhubung dan bekas ratu cantik Malaysia ini membesar tanpa kasih sayang dan sentuhan seorang bapa.
Sehinggalah bapanya meninggal dunia ketika usianya 8 tahun. Waktu itu barulah dia tahu itulah bapanya manakala ibunya sibuk dengan urusan kerja.
Itu antara sebahagian picisan kisah hidup primadona filem, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek.
Memori sedih ketika zaman kecilnya itu tidak pernah padam, sebaliknya terkunci kemas di sanubari hingga tiada siapa mampu menebaknya.
Kasar tapi terselit ‘gegirl’
“Sebagai anak sulung dalam keluarga, mak saya terpaksa membesarkan adik-beradik yang lain. Jadi, saya terpaksa tinggal di kampung dan dibesarkan oleh nenek. Sehinggalah umur 4 tahun saya di ambil oleh mak dan dibawa ke Kuala Lumpur.
“Bayangkan usia saya begitu saya tinggal keseorangan bila mak keluar bekerja hanya jiran yang melihat sesekali. Dari umur 4 tahun sehingga menginjak ke usia 19 tahun, saya dibesarkan sebagai anak tunggal. Tidak ada adik dan bayangkan mak tiada, semua kerja saya lakukan sendiri. Memang sangat ‘tough’ waktu itu.
“Semua urusan saya lakukan sendiri. Mak tak pernah memanjakan saya. Jadi saya membesar sebagai seorang wanita yang kasar tapi ada juga terselit ‘gegirl’. Sebelum jadi Miss Malaysia, ramai yang nak jadikan saya penyanyi dan saya pun teringin tapi mak tak benarkan. Memang mak ‘bantai’ memang dia buat betul-betul. Paling hebat saya pernah kena adalah dipukul dengan papan dinding rumah kayu.
‘Selain itu, dengan tali paip akibat kesalahan yang saya lakukan. Saya ni jenis yang suka tolong orang. Ibaratnya saya ‘robin hood’ sehinggakan salah orang saya yang kena. Walaupun waktu itu saya agak nakal dan tidak siapkan kerja rumah. Tapi pelajaran saya okey,” ungkap Erra Fazira yang membuka bicara dalam program di Balik Idola.
Jadi penyanyi
Tawaran sebagai penyanyi diterima dan ibunya setuju dengan syarat tamat sekolah terlebih dahulu. Pertama kali dapat duit usai menyanyi, Erra meminta ibunya berhenti kerja.
“Waktu itu mak cakap boleh ke saya tanggung semuanya, rupanya tanggung jawab sangat berat. Bukan hanya wang ringgit tapi masa harus dikorbankan pada usia muda. Kemudian, datang pula tawaran berlakon.
“Pertama kali berlakon filem Sembilu. Daripada orang yang tiada apa-apa membawa kepada saya dikenali ramai apabila filem itu Box Office,” ujar Erra lagi yang mengakui setiap lagu yang menjadi siulan dan filem yang box office adalah hadiah terindah dalam hidupnya.
Anak anugerah terindah
Selain berkongsi mengenai kisah zaman kecilnya, Erra Fazira secara eksklusif turut bercerita mengenai fasa sukar bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya usai perceraiannya bersama Engku Emran
“Tiada orang yang berkahwin nak jodohnya pendek. Tapi itu semua aturan Allah. Alhamdulillah dengan jejaka E saya dianugerahkan Allah anugerah terindah, iaitu anakanda saya Engku Aleesya. Pertama kali dia berada di dalam dakapan saya, pertama kali mata bertentang mata mengalir air mata saya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang.
“Paling sedih bila terpisah dengan anak. Rasanya ini dugaan Allah sebab apa yang saya suka, Allah ambil. Bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima berpisah dengan anak. Orang tak tahu, ingat saya tak anak ambil anak. Ada kisah di sebaliknya. Tidak ada ibu yang berpisah dengan anak, berkongsi. Biarlah…orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak bersama bapanya.
Sanggup sakit demi anak
Dibesarkan oleh ibu tunggal tanpa mengenal erti kasih sayang seorang ayah, membuatkan Primadona filem melayu ini tidak mahu anaknya mengalami nasib yang sama.
“Saya tak boleh dengar, sangat sensitif bila orang bercerai kemudian bergaduh rebutkan anak. Saya sensitif sebab saya dah lalui ketika kecil, saya dipisahkan dari bapa. Jadi bila jadi pada saya, saya berazam tidak mahu lalukan itu pada anak saya.
“Anak saya wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya. Walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini saya sakit tidak mengapa, asalkan anak saya bahagia. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, anak saya bahagia dan matang dari usianya dalam menerima keadaan ini,” katanya lagi sambil mengalir air mata.
Allah itu Adil
Akuinya, dia hanya dapat bersama anak dalam seminggu tu dua hari. Sehingga ke hari ini bila terpisah dengan anak, dia menangis.
“Ia bukan suatu yang mudah. Tetapi demi kebahagiaanmu anak, mom korbankan. Biar dia terima kasih sayang yang secukupnya. Saya yakin Allah itu adil. Saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,” ujar pelantun lagu Yang terindah Hanyalah Sementara ini.
Nak jadi anak terbaik
Erra berpegang pada prinsip sesusah mana pun kita, ada orang lain yang lebih sakit dan susah. Itu yang membantu Erra dalam mencari kekuatan diri.
“Ada orang lain yang lebih sakit dan susah dan selalu cakap pada diri ada orang lain yang lebih susah dari saya. Macam mana pun dalam hidup, jangan mudaratkan orang lain.
“Untuk Alesya, awak tahu mom sangat sayangkan kami. Mom nak kamu besar jadi anak solehah berjaya di dunia dan di akhirat. Mom cakap selalu pray to Allah. Susah pun Pray, rindu Mom pun pray.
“Untuk mak, Erra cuba jadi anak yang terbaik, nak jadi anak yang dibanggakan. Doakan Erra diberi kesihatan yang baik dan jaga mak sehingga ke akhir hayat. Erra sayangkan mak,”ungkap Erra.
Siapa sahaja yang tidak kenal pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah, sebagai Misha dalam sitkom Spanar Jaya? Pasti mereka yang sempat menonton sitkom tersebut tidak akan lupa persona dan kejelitaan Wardina.
Walaupun pelakon berdarah kacukan ini jarang dijumpai di televisyen sekarang, Wardina yang kini menetap di Brisbane, Australia, masih aktif di media sosial.
Beliau kini telah tamat pengajiannya dalam bidang psikologi yang menurutnya, berasa terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan dari segi itu.
Wardina menjadikan ikatan kekeluargaannya sebagai kekuatan dirinya untuk menjalani tugasnya sebagai seorang anak seni dan sebagai ikon yang digemari ramai.
Pelakon Spanar Jaya ini jarang memuat naik gambar bersama keluarga dan suami tercinta, Ikhwan Johari, tetapi kali ini, anak sulungnya, Amna Nafeesa, mendapat perhatian orang ramai terhadap peralihannya daripada anak dara ke dewasa.
Bukan sekadar kejelitaan Amna yang serupa ibunya malah kebijaksanaannya juga! Amna, 18, telah berjaya menamatkan pengajiannya di International Diploma Programme yang merupakan program pra-universiti melibatkan pelajar berumur 16 hingga 19 tahun.
Semoga artikel hari ini memberi inspirasi kepada para pembaca di luar sana. Kami di Keluarga mendoakan agar keluarga Wardina kekal bahagia dan semoga adik Amna Nafeesa terus membanggakan keluarga dan negara pada satu hari nanti.
Dr Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak berjaya dengan meletakkan harapan tinggi sejak kecil. Ketahui pendekatan beliau membentuk anak berdisiplin dan berjaya.