Dalam menghias rumah, kemasan lantai turut berperanan mencipta gaya dan keselesaan ruangan. Umpamanya memilih pemasangan kemasan kayu vinyl. Ianya bukan sahaja nampak cantik malah memberi keselesaan.
Pun begitu, semua itu memerlukan sejumlah kos yang besar. Namun untuk lebih menjimatkan, praktis DIY harus dilakukan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Encik Khairul Ezuwan ini, melihat perbezaan kos yang ketara bila pemasangan dilakukan sendiri. Kerja-kerja ini lebih seronok dilakukan bila anak lelakinya juga membantu.
Jom semak perkongsian ini.
Dah siap.Dulu Saya ingatkan RM3,000 @ RM4,000 untuk buat lantai vinyl ni . Rupanya kos kurang dari RM1,000 untuk keluasan 300 sqft dengan DIY.
Sebab ramai yang berminat nak tahu pasal pemasangan lantai vinyl DIY ni saya kongsikan sikit mengenai kos, alatan yang digunakan untuk pemasangan dan lokasi nak dapatkan bahan.
Ads
Saya gunakan Luxury PVC Plank dengan ketebalan 3mm, panjang setiap satu keping 3 kaki dan lebar 6 inchi . Satu kotak mengandungi 16 keping .harga setiap kotak cuma RM58. Untuk keluasan 300 sqft ruang yg saya buat ni menggunakan 13 kotak kesemuanya. Gam pula menggunakan gam khas vinyl glue satu tong berharga RM68, satu tong DIY cukup untuk keluasan 300 sqft ni. Saya beli 20 kotak Vinyl adhesive, lepas siap pasang masih berbaki 7 kotak yang tak guna & 2 tong vinyl glue , satu tong lagi langsung tak terusik.
Kalau ikut kos sebenar untuk pasang lantai keluasan 300 sqft ni :
Vinyl adhesive 13 kotak = (RM58 x 13 ) = RM754
Ads
Vinyl glue 1 tong = (RM68 x 1) = RM68
Jumlah kos = RM822
Alatan yang saya gunakan untuk DIY ni punya sangat simple (ini diy tau bukan kontraktor professional)
Pernah tak cuba buat krim marjerin? Resipi ini cukup mudah malah anda boleh pelbagai perisa ini untuk memikat selera si anak untuk bersarapan. Selain roti, boleh juga disapu pada kek. Kalau nak cuba sendiri , ini resipi yang dkongsikan oleh puan Masni Bahari.
Jom kita buat krim majerin untuk anak2 kita kesekolah..x la jemu meka asyik dok calit dgn palanta skaya ja..yg akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin n gula ja..tp akak nak dia lebih rasa sedap n lemak skit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal..jom intai apa yg akak derhaka tu
Cara membuat:
Campur semua bahan kecuali perisa. Kisar sampai kembang dan jadi putih gebu. Bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap..dah boleh sapu pada roti..majerin ni boleh ja simpan dalam peti ais..akak nak bagitau ya..kalau nak buat krim ni jangan sesekali guna butter ya..sebab butter cepat cair.
Koko perisa coklat..
Hijau perisa pandan..
Putih perisa vanila..
Kuning perisa jagung..
Pink perisa strawberry..
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..
Dari Bazar Ramadan Kini Katering, Bisnes Air Balang Sukses, Wanita Ini Luah Syukur
Air Balang memang popular di mana-mana saja ada. Sama ada di pasar malam atau pasar pagi. Tambahan pula, bila bulan Ramadan, memang air balang akan jadi tumpuan.
Kini air balang seakan trend lantaran sering kelihatan ada di majlis kahwin. Bayangkan tetamu diberi pilihan lebih 10 balang air berlainan perisa. Pasti rambang mata!
Siapa sangka, perniagaan air balang ini menjadi pencetus kepada Noraziyah Aziz atau mesra disapa Wawa Aziz, pemilik kepada Katering Air Balang Jom Juice untuk menjadi bisnesnya! Bukan calang-calang impian wanita ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa sangka bermula hanya berniaga di tapak bazar Ramadan, sejak 2018 bermulanya operasi katering air balang Jomjuice dipasaran hingga meraih perhatian ramai.
Menurut Wawa Aziz, perniagaannya yang bermula sejak lima tahun lalu tercetus apabila menyedari banyak balang minuman yang tidak digunakan setelah sebulan berniaga di Bazar Ramadan.
Sikap tidak suka membazir, wanita yang berusia 38 tahun ini mendapat idea untuk menjadikan air balang sebagai satu bisnes katering.
“Tercetus idea untuk mencuba berniaga di Bazar Ramadhan. Llepas sebulan berniaga di bazaar, saya mula fikir apa nak buat dengan balang-balang yang banyak ni. Di situ saya terfikir untuk buat katering berasaskan air sahaja.
“Kenapa tidak buat sesuatu diluar kotak. Sebagai tetamu, kita mesti ‘excited’ apabila ada makanan dan minuman yang enak. Begitu juga dengan air balang dengan pelbagai perisa,” ujar wanita ini yang pernah bekerja di sektor perbankan dan sektor oil & gas.
Mengakui, pada awal usahanya itu mendapat kritikan namun dia terus melangkah yakin dengan keputusannya. Katering Air Balang Jom Juice dikenali ramai. Bahkan dalam tempoh itu, tertubuhnya Rizwa event & Services pada penghujung tahun 2019.
CABARAN TETAP ADA
Meniti kejayaan dalam sesuatu yang dilakukan bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga dengan bisnes air balang ini. Nampak aja jual air tetapi tetap ada cabaran yang mendatang.
Lebih lagi, perniagaan ini bersaing dengan katering kenduri kahwin yang sudah tentu sedia lengkap dengan pakej makanan dan minuman.
Mujur suami, Matrizan Abu Hasan menjadi tulang belakang serta ahli keluarga lain ibu dan ayah serta adik beradik yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk dirinya untuk menyahut cabaran dalam perniagaan ini.
“Cabaran dalam perniagaan ini adalah diri saya sendiri sebagai wanita. Biasanya ia dimonopoli kaum lelaki. Pada masa yang sama sudah tentu tenaga, mental dan kesabaran adalah cabaran utama. Begitu juga dengan isu semasa kini misalnya dengan kenaikan harga barang yang naik mendadak.”
Namun katanya persaingan itu bukan noktah untuk menyerah, sebaliknya membuatkan dirinya lebih berusaha untuk menjadikan jenamanya air balangnya, JomJuice mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Tidak dapat kami nafikan, semua produk di pasaran ada keistimewaan dan daya tarikan mereka yang tersendiri.”
“Kami di JomJuice sendiri sentiasa cuba memperbaharui rasa juice dan minuman dari semasa ke semasa supaya menjadi lebih baik dan insyaAllah lebih sedap serta 100% segar.”
LUAH SYUKUR
Namun pada awal 2020, Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk Malaysia yang memberi kesan kepada banyak sektor ekonomi. Begitu juga dengan perniagaan wanita yang berbintang zodiak, taurus ini.
Bagaimanapun tidak pernah patah semangat, bangkit semula tahun 2022 dengan semangat juang untuk memajukan jenamanya. Kini perniagaannya kian berkembang. Meluahkan rasa syukur rezeki kurnia-Nya, wanita ini berharap air balang akan terus mendapat permintaan ramai.
“Akibat Covid-19, sektor perniagaan kami selama hampir lebih setahun sedikit merudum.
“Alhamdulillah bangkit semula pada Jan 2022 dengan semangat baru. Saya berharap industri F&B khususnya akan terus berkembang dan brand JomJuice itu sendiri akan terus dikenali ramai.
“Juga kami berhasrat menjadikan air balang yang dulunya hanya dikenali di pasar-pasar malam dan jualan di pesta menjadi perniagaan komersial. InsyaAllah kami sedang mengumpul modal untuk ke arah itu.
Setiap apa yang kita lakukan pastinya ada perancangan untuk masa akan datang. Begitu juga dengan ibu kepada dua orang anak ini. Dia mempunyai impian untuk memiliki sebuah cafe dengan konsep tersendiri.
“InsyaAllah,doakan perniagaan kami berjalan lancar. Mempunyai modal yang mencukupi dan sekali gus berjaya melaksanakan cafe impian kami dalam tahun ini,” ujarnya penuh yakin.
PENGORBANAN SEORANG IBU
Tidak dinafikan untuk berjaya dalam bidang perniagaan, banyak pengorbanan dilakukan. Bagaimanapun dengan adanya ada support system yang kuat, apa jua halangan yang datang dapat diatasi dengan mudah.
“Saya bersyukur mempunyai dua orang anak yang sangat memahami. Pernah, suatu ketika, anak sulung saya sembilan tahun pernah menulis ayat di kertas,”Ummi hari sabtu ni boleh tak kita pergi main badminton” .
“Kertas itu dilekatkan di dinding bilik untuk saya baca. Itu adalah harga pengorbanan yang satu hari semuanya akan berbayar. Mereka sangat-sangat membantu dan memahami,terutama suami.”
Apa yang pasti, ibu kepada dua orang anak ini, punya matlamat hidup yang jelas dalam dirinya untuk terus berjuang demi sebuah kejayaan.
“Penat lelah hidup adalah hutang yang perlu di bayar demi sebuah kejayaan yang luar biasa. Saya buat demi redha Allah, tetap bangun walau tewas berkali-kali.
“Juga memberi manfaat pada orang lain. Jika tak mampu jadi yang terbaik, Jadilah manusia yang baik-baik .InsyaAllah, suatu hari nanti akan berjaya.”
Memasuki hari keempat belas umat Islam berpuasa, tidak seperti sebelum -sebelum ini rata-rata para ibu sibuk menyediakan juadah untuk pagi raya. Namun tahun ini agak suram sambutannya disebabkan oleh virus Covid-19. Namun, ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk menyediakan biskut raya walaupun secara ala kadar.
Bagi KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, baginda antara yang tidak melepaskan peluang dalam menyediakan biskut raya yang menjadi kegemarannya.
Dalam perkongsian terbaru baginda di Instagram, Tunku Azizah memuat naik gambar biskut raya. Menurut Tunku Azizah lagi, biskut tersebut merupakan biskut tradisi keluarganya.
Bukan itu sahaja, Tunku Azizah juga turut memberitahu, sejak dahulu lagi baginda bersama-sama anakanda-anakanda perempuan turut serta melakukan persiapan lebaran nanti.
Kami adek beradek memang di didik oleh Bonda lagi kecil , di bawa masuk dapur dan setiap Ramadan kami semua buat biskut sendiri , tidak pernah order …: buat fruit cake , harissa … dan siapkan dewan utk hari terbuka ……
Dan sy teruskan tradisi itu apabila sy mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Agong …. setiap Raya , sy buat aendiri semua dan sekarang sy sedang didik anak dara saya @tpafzan@tp.jihan pula,” Ujar Tunku Azizah lagi.
Pastinya, selepas ini Tunku Azizah akan menurunkan ilmu memasak yang dimilikinya kepada dua puterinya iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah turut sama berada di dapur membuat biskut raya.
Dalam pada itu, Tunku Azozah turut memuat naik gambar biskut raya yang sudah siap dan baginda memuat naik gambar-gambar biskut yang telah dibakar di Instagramnya.
Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi daripada orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa kagum dengan cara Tunku Azizah yang cukup simple dan ‘sempoi’ kerana membuat biskut raya dengan hasil air tangannya sendiri.
Bukan itu sahaja, orang ramai juga turut memuji didikan yang dilakukan oleh baginda kepada anakandanya. Walaupun memiliki darah diraja, namun keluarga ini cukup low profile dan tidak kekok turun ke dapur untuk memasak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.