Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Tetapi sesetengah ibu ada bertanyakan macam mana nak buat sambal yang sedap?. Pertanyaan sebegini selalu kita dengar kan?.
Sebenarnya memasak sambal asasnya adalah sama sahaja. Tetapi kenapa sambal yang dimasak orang lain rasanya lebih sedap daripada yang kita masak. Padahal menggunakan cili kisar atau cili boh.
Mungkin cara dan bahan yang digunakan berbeza membuatkan sambal yang kita buat tak sama rasanya. Sebagai contohnya, sambal bilis, sambal sotong, sambal telur dan sebagainya lagi.
Perkongsian puan Nurul Ateekah mungkin boleh dijadikan panduan. Daripada cara membuat cili kisar sehinggalah kepada cara memasak sambal sotong. Cukup mudah dan hasilnya memang memikat selera.
CILI KERING KISAR Cili kisar nih,mak mertua saya ajar.mak mertua saya dulu seorang peniaga nasi berlauk,Dan jenis2 mee yang jual Di kedai makan Singapore. Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak ..senang, ringkas Dan mudah bila2 masa Nak Guna..bila dah ada cili kisar macam nih,Nak buat lauk jenis sambal,masak kicap, rendang,jenis2 goreng mee semua jadi mudah,Cili kisar nih boleh tahan selama 1 Bulan,Dan tidak berbau,ianya juga kurang pedas.Dekat sini saya sharekan caranya.Contoh saya masak sotong sambal,Dan resepinya sekali,Dalam resepi nih,ade rahsia sambal sotong Yang sedap..😊❤️ BAHAN2 150gram cili kering kerinting 2 labu bawang putih 5 biji bawng besar 2 cm halia 1 batang serai 1 cm kunyit 4 sudu besar minyak masak
Ads
CARANYA 1)Gunting cili kering,Dan rebuskan sehingga lembut.
2)apabila Sudah lembut..toskan airnya Dan bilas cili Yang telah direbus tadi..(sebab dekat cili kering kadang2 ade warna2 hitam,serbuk2 putih,kadang2 Pon ade ulat😊
3)kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar
Ads
4)masukkan kesemua bahan,kisar dengan sedikit air Dan minyak..kisar sehingga lumat. P/s(kenapa letak minyak??membantu cili kisar tahan lama,tidak berbau,Dan bila kisar,cili nya tidak berbiji serta cilinya betul2 hancur
5)simpan kedalam bekas Dan masukkan dalam peti sejuk..😊
Cara Masak sambal sotong agar tak kecut,.🥰
Ads
Didihkan air ,masukkan sotong,masak 4-5 minit. Angkat Dan toskan sotong. Saya Guna 500gram sotong.
1 senduk cili kisar tadi. Masukkan cili kisar tadi..masak sehingga pecah minyak Dan sehingga cilinya masak…masa masak cili nih..memang bau tumisan Tu harum Saja.
Apabila Sudah pecah minyak,masukkan sehelai daun limau purut,Dan 1 sudu perahan air asam jawa
Umumnya bila adanya musim durian, itulah saat-saat yang mengujakan dan dinanti-nantikan oleh peminat raja buah.
Bahkan sering juga kita dengar, peminat tegar buah durian ini berulang kali mengatakan “Siapa tak maka durian memang rugi”. Ini bagi membuktikan betapa sedap dan enaknya buah durian tersebut.
Namun bagi yang tidak suka makan durian, nyata mereka ada alasannya yang tersendiri. Bukan sahaja kerana tidak boleh terima bau durian yang kuat, malah jika dicuba untuk makan durian, perut pula terasa sakit, pening kepala dan mual.
Nak tahu sebab apa ini terjadi, ayuh kita baca perkongsian Dr. Hafiz Sulaiman ini.
PUNCA SAKIT LEPAS MAKAN DURIAN DAN SOLUSI
Takut kolesterol dan Lemak dalam Durian?
Durian tiada kolesterol. Yillek. Zero kolesterol. Kolesterol wujud dalam haiwan, bukan tumbuhan.
Malah durian sangat rendah lemak tepu (0.85g) per 100g durian. Malah durian tinggi lemak mono taktepu yang bagus untuk kesihatan jantung dan salur darah.
Tapii..
Kenapa pening, tekanan darah naik lepas makan durian?
Sebenarnya, puncanya mungkin kerana durian tinggi asid amino tyramine. Biasanya orang ada masalah sistem pencernaan @ “angin” akan akan mengalami masalah tak serasi tyramine ni:
– Pengecutan salur darah ( mampu cetus migrain)
– Pening melayang ( risiko cetus vertigo)
– Tekanan darah meningkat (hypertension)
– Jantung berdegup kencang (palpitation)
– Kemungkinan perut tak selesa (gastrik)
– Kembung ( angin SIBO)
– Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)
Selain tyramine, durian tinggi sulfur jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur. Risiko sama alergi lain, boleh jadi semput, bengkak mata dan pengsan. Mati? boleh jadi.
Senang cerita, semua ini berlaku jika ada angin. Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!
Jadi orang ada masalah angin jangan combo pulak makan durian dengan makanan streskan perut ini:
#1: Pulihkan Perut dengan rehatkan dulu makanan pencetus seperti makanan di atas.
#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, antioksida dan antikeradangan.
#3: Kembalikan cara hidup fitrah untuk bantu pemulihan badan. Pilih makanan toyyib, tidur awal dan aktifkan diri di waktu siang.
Jangan fikir banyak sangat. Kalau takde masalah kesihatan..Makan sahaja durian dengan penuh kesyukuran kerana durian sememangnya adalah superfood.
Makan durian bawa manfaat jika sederhana.Jika tak cakna jadi musibat kita merana.
Penantian 7 tahun untuk menimang cahaya mata sendiri akhirnya dimakbulkan Tuhan. Penyanyi dan juga pelakon, Danny X-Faktor kini bergelar ayah selepas isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria atau Lyn selamat melahirkan anak sulung mereka.
Dalam satu perkongsian di laman instagram, isteri Danny selamat melahirkan anak lelaki sulung pagi semalam.
“Inilah anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh saya dan isteri selepas tujuh tahun berkahwin. Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti menantikan saat dikurniakan rezeki zuriat. Begitu juga dengan saya dan isteri,”ujar Danny lagi.
Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 38, berkata dia berasa bersyukur atas kurniaan Allah kali kedua selepas isterinya pernah mengalami keguguran sebelum ini.
“Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah. Saya anggap seperti anugerah Allah yang sudah lama dinanti-nantikan. Sebenarnya, isteri saya pernah hamil namun mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tiga minggu,” katanya.
Di saat keluarga lain selesa mengulit mimpi, keluarga ini masih berjaga mencari sesuap nasi. lebih menyentuh hati, si atuk yang sudah uzur mengerah kudratnya mencari rezeki demi cucu-cucu yang masih kecil.
Itu yang dikongsikan oleh lelaki yang dikenali sebagai Dr Afiq Rahim dalam memuat naik perkongsian di laman Facebook mengenai seorang pakcik yang membonceng motosikal di tengah malam bersama cucu-cucunya.
Lebih menyentuh hati adalah apabila melihat warga emas itu ditemani cucunya yang masih kecil di celah longgokan barang lusuh sedang tidur keletihan. Mungkin penat membantu atuknya mencari barang-barang lusuh.
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?”
Doktor Terkejut Semasa Memandu Pada Waktu Malam 😲😰
===== Saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan hampir larut malam. Cuaca agak dingin selepas disimbah hujan lewat petang tadi.
Dalam perjalanan yang agak sepi, trafik saya tiba-tiba menjadi perlahan.
Selepas 5 minit perjalanan, trafik masih lagi perlahan.
“Traktor barangkali di hadapan” bisik hati.
Saya melihat satu persatu kenderaan mula memotong sejenis kenderaan yang saya tidak dapat kenal pasti dalam kepekatan malam.
Apabila menghampiri simpang empat yang diterangi lampu jalan, barulah saya boleh melihat kenderaan yang memperlahankan lalu lintas.
Sebuah motosikal beroda tiga yang dibonceng oleh seorang pakcik tua.
Disebelahnya penuh dengan barang-barang seperti kerusi plastik dan besi. Selebihnya tidak jelas kerna kesamaran di malam hari.
“Kasihan…” bisik hati lagi melihat keadaan pakcik tersebut.
Kami menunggu dengan sabar lampu merah di simpang empat itu. Juga saya meneliti jika ada peluang untuk saya memintas pakcik itu semasa lampu hijau.
Kemudian saya terlihat sesuatu sedang bergerak di bahagian barang sebelah motorsikal pakcik.
“Eh apa itu?”
“Apa yang sedang bergerak di belakang tu?” saya kehairanan.
Saya mengamati dengan teliti pergerakan yang sedikit tetapi kerap di belakang longgokan barang di motorsikal pakcik.
“La ilaha illallah, budak rupanya” saya terkejut.
Dua orang kanak-kanak sedang berhimpitan di belakang longgokan barang-barang pakcik.
Mereka bergerak barangkali menyesuaikan posisi badan dalam kesempitan ruang yang ada.
Kemudian lampu jalan sudah kembali hijau.
Saya mengambil peluang memintas motorsikal pakcik tersebut. Sempat yang menoleh melihat raut wajah pakcik.
Alahai, wajah yang sangat kepenatan.
Barangkali penat membanting tulang mencari rezeki.
Dalam saya menekan minyak memintas motorsikalnya, hati terdetik “Mungkin aku boleh bantu sedikit pakcik ini”
Kemudian hati bertanya lagi “Bila? Sekarang kau sedang berada di atas jalanraya.”
“Tidak, mungkin tuhan sedang berikan aku satu peluang untuk beramal” saya mempositifkan diri.
Lalu saya berhenti dalam 150 meter di hadapan pakcik dan menunggunya di tepi jalan.
Saya melambai dan menahan pakcik tersebut.
“Assalamualaikum pakcik, apa khabar? Nak ke mana tu?” saya memulakan bicara.
“Waalaikumusalam, pakcik nak balik rumah, nak. Baru habis cari rezeki” balas beliau.
“Oh begitu. Saya nak tanya, saya nampak macam ada orang di belakang barang tu?” saya menunjukkan arahya kepada pakcik.
“Oh cucu-cucu pakcik tu. Mereka tolong pakcik tadi” balas beliau.
Saya ke bahagian belakang motornya. Dua orang kanak-kanak, lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 8-10 tahun sedang tidur keletihan di bahagian yang sempit di belakang kenderaan itu.
“Maaflah nak, pakcik nak gerak dulu ye” maklum pakcik kepada saya.
“Oh kejap pakcik, ini ada sedikit wang untuk pakcik dan cucu-cucu pakcik” saya menghulurkan sedikit wang untuknya.
“Eh takpala nak. Simpanlah duit tu” beliau menolak.
“Tak mengapa pakcik. Ambillah. Saya sedekah.” lalu saya bersalam dan menyelitkan duit ke tangannya.
“Terima kasih banyak-banyaklah nak. Tuhan sahaja boleh membalasnya.” kemudian pakcik tersebut memejamkan mata dan menggenggam rezekinya sambil berdoa.
Bunyi bising kenderaan yang lalu lalang ditepi kami membataskan saya untuk mendengar apa yang sedang didoakan oleh pakcik ketika itu.
Namun beliau kelihatan sangat bersyukur dengan pemberian tersebut.
“Pakcik boleh saya ambil gambar pakcik.” saya meminta kepada beliau.
“Boleh nak” balas beliau.
Usai saya mengambil gambarnya dan cucu-cucunya, pakcik meminta diri untuk beransur pergi.
Langit malam kembali mendung. Angin sejuk menggeletarkan badan kami.
Pakcik ingin segera pulang ke rumah. Barangkali bimbang diri, cucu-cucunya dan barang mereka dibasahi hujan.
Saya tidak sempat bertanya di manakah beliau tinggal, apakah pekerjaan beliau dan apakah anak-anak tersebut bersekolah dan beberapa soalan lain.
Barangnya pula seperti peralatan berniaga di pasar malam.
Banyak lagi ingin ditanya supaya dapat saya membantu serba sedikit namun apakan daya, raut wajahnya membayangkan keletihan yang amat.
Maka kami berpisah pada malam itu.
Saya berehat seketika di dalam kereta mengenang detik tersebut.
Mata sedikit berkaca ketika itu.
Betapa kita manusia perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.
Hatta kita perlu bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat yang tuhan berikan.
Ada orang diberi rezeki bekerja di dalam tempat berhawa dingin.
Ada orang terpaksa membanting tulang memerah keringat mencari rezeki di bawah terik matahari.
Ada orang dikurniakan wang yang sedikit tetapi direzekikan anak-anak yang ramai.
Ada orang dikurniakan wang yang banyak tetapi hidupnya sepi.
Pakcik itu juga mengajar kita untuk jangan meminta-minta.
Selagi ada kudrat, berusahalah mencari rezeki yang halal.
Aduh banyak sebenarnya pengajaran saya dapat bila bertemu pakcik malam tadi.
Jika saudara – saudari yang membaca kisah syahdu ini mempunyai mesej lain yang tersirat, maka kongsikan dengan kami di bawah ini.
Mudah-mudahan membantu sahabat-sahabat lain yang membacanya.
Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami.
Alhamdulillah….
**Update: 1. Saya tidak sempat bertanya nombor akaun pakcik kerana pakcik kalut hendak pulang ke rumah.
2. Lokasi kami bertemu berdekatan simpang empat Jalan Bayam, Kota Bharu.