Wanita Ni Kongsi Cara Tanam Kacang Tanah. Mudah Sangat, Semai Benih Guna Kacang Yang Dibeli Di Kedai Runcit Je!

Share

Menanam kacang tanah menarik juga untuk kita cuba, memandangkan menanam kacang tanah tidaklah cerewet penjagaannya. Bahkan kita boleh sediakan biji benih sendiri dengan cara yang mudah menggunakan kacang tanah yang dibeli di kedai runcit sahaja. Tak perlulah mencari anak pokok dan sebagainya untuk mula menanam kacang tanah ini.

Mudah bukan?

Selain itu, menurut Puan Liyana Mohd Poad untuk menanam kacang tanah ini tidaklah cerewet penjagaannya. Cukup sekadar siram dua kali sehari dan letak baja organik seminggu sekali. Selepas dua bulan setengah ke 3 bulan, sudah boleh dituai.

Jadi untuk anda yang ingin merasai mengalaman menanam kacang tanah dan merasai menuai hasilnya bolehlah mencuba untuk pelajarinya dengan melihat perkongsian detail daripada Puan Liyana ini. Semoga bermanfaat dan ini perkongsiannya.

CARA TANAM KACANG TANAH
Beli kacang tanah dari kedai runcit. Saya beli RM3. Ambik 1/4 shj dari paket tu.Jgn membazir.

Rendam kacang tanah dgn air paip selama 3 hari 3 mlm. Rendam paras kacang shj. Jgn terlalu banyak air. Tukar air selalu sbb air akan diserap.

Selepas 3 hari, kacang akan bercambah seperti dalam gambar.

 

Boleh terus tanam dalam pasu atau polibeg. Tanam agak-agak 2cm cukup. Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros + 4 genggam pasir halus. Tak perlu cocopeat atau sekam padi.

Kebanyakan tanaman saya guna tanah ini. Tanah ni sangat poros. Boleh beli di nursery atau trusted seller atau Shopee.

Ini keadaan pokok kacang berusia sebulan setengah.

 

Penjagaan Tanaman
Jagaan paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organic seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja. Selepas dua bulan setengah ke 3 bulan, dah boleh cabut pokok dan tuai hasilnya.Kalau nak dapatkan banyak isi, tunggu 4 bulan, baru tuai.

Yang paling best tanaman ni tak gaduh ada segala macam penyakit macam pokok cili atau sayur berdaun lain. Tanam,siram,tinggal sahaja.

Dah dicuci bersih.

Sumber : Liyana Mohd Poad

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN