Lepas ni jika ada ubi kentang dekat dapur ibu-ibu semua bercambah, sebaiknya jangan buang. Cuba tanam guna cara ni. Ada yang dah cuba dan menjadi tanamannya. Boleh tuai hasil. Dua bulan sudah nampak hasilnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Zienie G-nie. Jom cuba sendiri untuk lihat hasilnya nanti. Hai…saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas…ni hasil selepas 2 bulan saya tanam….sebaiknya tunggu lg 2 bulan tapi sy bukan penyabar…excited nak tengok isinya. 1. Ambil ubi kentang lalu dipotong separuh. Rendam bahagian dipotong suku tenggelam selama 4 hari supaya akarnya keluar cepat. elak terendam habis dan kentang busuk, cocok guna lidi.
Ads
2. Apabila kentang sudah keluar tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian masukkan kentang.
Ads
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Apabila pucuk semakin tinggi, tambah lagi tanah. Siram pokok sehari sekali Tip tambahan:
Waktu terbaik tuai ubi kentang adalah bila daun bawahnya mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas dua bulan daun masih segar dan sebaiknya tunggu lagi dua bulan.
Ads
Apabila pokok mula meninggi, tambah lagi sedikit tanah kerana ubi kentang keluar melalui batang.
Daun kentang tak boleh dimakan. Ubi kentang juga harus tenggelam sepenuhnya dan tidak boleh terdedah kerana kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya, jika beli kentang yang hijau, ia tidak bagus dimakan.
Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas je, naik anak pokok barulah ditambah tanah lagi.
Ramai beranggapan, lelaki apabila sudah berkahwin sudah tak boleh melepak tengah-tengah malam seperti waktu bujang. Kononnya kena ‘ikat’ dengan isteri di rumah. Tak kurang yang melabelkan mereka ini takut bini. Walhal, bukan itu yang berlaku sebenarnya.
Bagi yang belum berkahwin terutamanya, mereka tidak faham kekangan yang dialami oleh insan bergelar suami ini yang mahu mengimbangkan masa antara sosial dan keluarga.
Justeru, apabila si suami ini memaklumkan kepada isteri setiap gerak geri, maka berbunyilah suara usik-mengusik yang mengatakan si suami ini takut bini.
Realitinya, si suami ini bukanlah takut bini, tetapi cuma menghormati insan bernama isteri yang sentiasa berada di sisinya.
Tapi, perkara itu sukar untuk dijelaskan menerusi perkataan kepada orang sekeliling lagi-lagi kepada rakan-rakan. Bak kata mat salleh “it’s complicated”.
Situasi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Encik Matt. Dalam satu insiden, beliau berjaya memahamkan situasi itu kepada rakan-rakannya apabila disindir kerana melaporkan kepada isteri yang dia akan pulang lambat sedikit.
Lebih dari itu, Encik Matt juga berkata dia berjaya mengubah persepsi rakan-rakannya terhadap perkara ini.
Ikuti perkongsian dari Encik Matt..
Keluar masjid selepas isyak malam tadi terus rakan ajak minum di kedai. Saya kata sekejap nak bagi tahu isteri balik lewat sedikit. Kawan mula perli cakap takut bini, saya diam sehingga mula bercakap di kedai makan.
Kita bukan takut isteri, tetapi kita perlu respect dan hargai isteri kita. Banyak masa mereka uruskan hal rumah tangga. Sibuk jaga anak, siapkan hal persekolahan anak, makan minum anak. itu belum hal kita lagi, berus gigi kita pun mereka tahu bila perlu tukar, ‘gillette’ kita pun mereka boleh tahu bila perlu tukar.
Kadang-kadang diri sendiri pun tidak terutus, makan pun tidak sempat. Mata pun boleh lebam sebab tak cukup tidur. Kita malam boleh tidur lena, tetapi tidak isteri, berjaga malam susukan anak, tukar lampin anak, betulkan posisi anak.
Lagi penat bila anak demam, sanggup berjaga malam, itu pun sempat selimutkan kita untuk pastikan kita tidur lena, taknak ganggu tidur kita agar esok tidak mengantuk ditempat kerja.
Bila kita bangun nak tolong disuruhnya tidur kembali. Tidak mengapa sayang boleh jaga anak, demam biasa-biasa je ni, abang tidur ya..Allahurabbi, banyak jasa isteri tak mampu kita nak balas, sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi mengungkit.
Apa salahnya kita suami bagi perhatian kepada isteri, jadi pendengar yang setia setiap keluhan mereka. tatkala kita sedang ‘mengeteh’ sehingga larut malam, isteri menanti kesunyian dirumah. Bagilah masa yang ada ini untuk hargai mereka, luangkan masa bersama mereka dari buang masa mengeteh setiap malam.
Selalu hadiahkan sesuatu untuk isteri tanda menghargai mereka. Ada masa, ada wang, ajak mereka shopping, masuk SPA. Tidak mengapa bang kita susah cari rezeki, ini rezeki untuk anak-anak dan isteri juga. Isteri pun faham kemampuan kita. Dia lagi faham apa perlu dan apa yang tidak perlu.Sebab dia kenal ‘Poket’ kita.
Rakan matt mula on telefon. Matt jap aku nak call isteri dah makan ke belum dia. Betullah matt apa yang ko cakap, kadang-kadang kita tidak nampak susah payah mereka. Tanya dah makan ke belum isteri dah suka, walaupon kita dah tahu dia dah makan tadi. Betullah setiap hari perlu hargai isteri.
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Ia dikenali sebagai “dysmenorrhoea” dalam bahasa inggeris.
Ada antara kaum wanita yang mengalami masalah senggugut yang serius setiap bulan. Sehinggakan ada yang tidak larat nak bangun dan ada yang berguling-guling di atas katil sambil menahan kesakitan. Paling teruk sampai boleh muntah-muntah sehingga pengsan.
Selain pengambilan ubat oleh doktor, anda yang mengalami masalah senggugut boleh mencuba petua yang menggunakan bahan-bahan semula jadi ini.
Bahan-bahan
* 8 batang serai dan diketuk-ketuk
* 1 ketul halia sebesar ibu jari
* 1 sudu besar habatussauda
* 1-2 sudu besar madu
* 4 gelas air
Cara- cara:
♦ Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
♦ Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.
KHASIAT SERAI
Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.
KHASIAT HALIA
Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.
KHASIAT HABATUSSAUDA
Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.
Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.
Tubuh yang terlalu lemah ketika mengandung amat mengganggu pergerakan. Waktu mengandung adalah saat yang sukar untuk digambarkan. Ada wanita yang melalui pengalaman yang berbeza-beza.
Ada yang sihat tanpa sebarang gangguan dan alahan tetapi ada juga yang mengalami bermacam alahan dan keletihan melampau.
Malah melalui tempoh sarat dari usia kandungan tujuh bulan hingga 9 bulan adalah saat yang getir. Ibu terpaksa membawa kandungan yang agak berat dengan perut yang sudah mula cekang dan menegang.
Selain rehat yang mencukupi, amalan pemakanan yang tepat dan sihat adalah cara bijak ibu menjaga kandungan. Maklumlah ketika mengandung ibu dilarang mengambil ubat-ubatan tertentu dan pemakanan dan rehatlah sebagai langkah bijak.
Pun begitu mengamalkan petua tradisional tidak salah, asalkan tidak memudaratkan kepada ibu mengandung. Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Perkongsiannya buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan boleh kita cuba.
Teh Penyegar Badan
Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau pun boleh cuba.
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea
Caranya:
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).