Wanita Ni Kongsi Cara & Tips Untuk Membersihkan Rumah. Nampak Kesannya Memang Luar Biasa & Boleh Follow!

Share

Suasana rumah yang bersih dan rapi itulah sebenarnya dapat membuatkan seisi keluarga berasa tenang  dan bahagia berada di dalam rumah. Pun begitu, proses membersih dan mengemas rumah perlu dilakukan secara berjadual untuk menjadikan tugas lebih mudah dan ringan.

Selain itu, tidak dinafikan penggunaan alatan dan bahan-bahan pencuci yang betul juga perlu diberi perhatian khusus untuk menjadikan proses membersih lebih mudah dilakukan dan dalam masa yang cepat.

Berkongsi tentang cara dan tips berkenaan membersihkan rumah, jom kita lihat perkongsian daripada Haryati Hossen ini dan semoga ianya bermanfaat.

Permukaan berhabuk. Lap dgn kitchen/microwave wipes dulu.

Tips : Stok makanan kering dlm kc better simpan dlm storage yg bertutup (utk elak semut@haiwan lain). Kc rumah sy tak pernah pulak jadi macam ni jadi tak tau ape punca habuk² ni

Bersihkan dgn magic sponge & lap dgn kain microfiber.

 

Permukaan berkarat + berkulat. Tabur Zip + stain remover, biar dalam beberapa minit. Yg ni sy guna waterjet jadi spray terus, tak tunggu pun

Selepas.

Selepas.

 

Tips : Jenguk² la bahagian ni at least 2 minggu sekali pun ok utk tengok ada tak najis haiwan perosak @ habuk @ kulat. Lap je dgn air paip pun dah ok.
Permukaan cermin berkulat.

Tips : Masa cuci sinki, lap sekali bahagian tingkap. Lap dgn kain & air paip je pun dah cukup bersih.

Spray dgn clorox mold remover, sental dgn span kasar, lap dgn kain microfiber.

Tips : Lap dgn span+sunlight @ wet wipes Vinda pd permukaan dapur gas+dinding setiapkali lepas masak. Lepas tu lap dgn kain basah. Last sekali lap dgn kitchen towel. Leceh ke? Sebab tu ai malas masak.

Jangan lap direct percikan minyak@sambal dgn kain nanti kain jd sangat kotor. Boleh lap direct dgn kitchen towel @ wet wipes.

Sebelum.

Selepas.

Tips : Spray Clorox Molder Remover dlm toilet bowl 2x seminggu. Tak perlu berus pun takpe, flush terus pun boleh. Insya’Allah tak sempat kotor toiletnye.

Serbuk Zip + spray clorox


Sental dgn berus kecik + magic sponge + span kasar. Ini tak cukup sental sebab dah tak larat.

Tips : Standby magic sponge dlm toilet, amik masa beberapa minit utk lap manja² dinding toilet 2-3 hari sekali. Kalau nak tunggu keladak berkumpul sampai berminggu², memang jenuh nak bersihkan.

Lap dgn magic sponge + zip cream. Boleh juga lap dgn kitchen wipes. Keluarkan drawer satu-persatu.

Berkeladak.

Tips : Tangan kena sentiasa bersih sebelum tekan suis. Standby wet wipes @ hand sanitizer dalam kereta@handbag utk bersihkan tangan.

Magic sponge + air. Tak perlu sental kuat², guna tenaga biasa² je


Kain microfiber basahkan. Tuang floor cleaner & lap. Lepastu lap lagi sekali dgn air paip.

Tips : Kain tu memang kena bilas dgn air bersih tiapkali nak lap. Sy rasa sy bilas setiap 2 lane tiles tu  prefer air direct dari paip (bukan dlm baldi) sebab lebih bersih bila bilas kain tu.

Selepas.


Selepas dilap dgn magic sponge + zip cream cleanser

Pintu ni ada mcm² kekotoran – kesan tangan yg kotor, taik cicak, habuk, etc.
Oven cleaner utk sental minyak² yg dah keras..nak lagi cepat, kikis dgn scraper.


Antara yg berkesan utk cleaning process. Sentiasa ada ready stock dalam rumah ni,alhamdulillah

Tambahan : Pengurusan sampah.

1. Beli tong sampah tertutup – utk elak bau busuk.
2. Jangan beli tong sampah besar – utk elak kite penuhkan tong tu sampai berhari².
3. Plastik sampah – beli yg ngam² saiz tong utk elak sampah melimpah keluar. Bonus utk yg ada bau wangi.
4. Penapis makanan – tapis dulu sisa makanan sebelum buang ke dlm tong. Lebih baik buang dlm plastik kecik dulu – ikat – baru buang.
5. Cuci tong sampah anda.
6. Buang sampah (ke tong di luar rumah) setiap hari. Masukkan dlm plastik mydin/tesco pulak takut² ada bocor.
7. Asingkan sampah pampers, sisa makanan, kertas/plastik, etc.

P/s : Sy tak rajin bab² bersih ni (ada org lagi rajin, hari² cuci tong sampah) tapi sy geli bau busuk & benda² kotor. Nak tak nak kena jd pembersih jugak.

Sumber : Haryati Hossen

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN