Wanita Ni Kongsi Idea Suami Buat Hantaran Atau Hadiah Hari Jadi Guna Barang Eco Jer. Jimat, Mudah & Kreatif!

Share

Idea yang kreatif, itu yang boleh disimpulkan apabila melihat anak patung barbie yang digubah cantik menjadi hantaran dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah didapati.

Idea ini dikongsikan oleh wanita yang hanya dikenali sebagai Eybu AyuHairies‎ menerusi Kelab kaki deco barang eco / mr .diy. Menurut wanita ini lagi,  idea tersebut datangnya dari suaminya sendiri yang turut sama-sama membantu menyediakan barang hantaran tersebut.


Hantaran / Hadiah Birthday girl dari barang2 EcO..

“Saya dapat idea buat hntaran anak patung barbie dari kedai eco. Adik lelaki saya nak bertunang. Tapi saya tak tahu nak bagi hantaran apa. Kebetulan lalu area barang2 hantaran.Ada ternampk hantaran anak patung barbie.

“Niat nak beli tapi mahal RM60. Lepas tu suami bagi idea suruh buat sendiri. Jadi kami bajet dalam RM30, pergi ke kedai Eco. Dari situ kami dapat idea, beli bakul kecil, coklat dan anak patung barbie pun ada jual.

“Semua 100% barang Eco. Saya buat hantaran ini dengan mengambil masa sehari je, dalam 2 atau 3jam. Suami saya yang banyak membantu dan kami buat hantaran sama,” ujarnya lagi. 

Barang-barang yang dibeli di kedai eco.

 

Asingkn.1ank ptung 2pek cekelat.xkesah nk pkai ckelat ape..😁
Tebuk lubng.utk isi ank ptung.sya gunakn pisau..panaskn lalu tebukkn.

 

Gamkn keliling bakul kecik.tekan kuat2..supaya lekat.doubleside tape tu
Susun ckelat dri bwh smpai ats.lekatkn..
Ini..sya gamkn.lilitkn lgi gam.hnya camtumkn ckelat..

Terpulang nak tambah apa-apa.
siap.

 

 

 

 

 

Terima kasih..

Selamat mencuba..😁

IKLAN