Bercakap dengan anak-anak pun kena tahu caranya. Jika silap, bimbang mendatangkan kesan buruk pada perkembangan dan tingkah laku anak-anak. Jadi cara bagaimana harus kita praktiskan agar menjadikan komunikasi antara kita ada anak-anak adalah komunikasi yang baik dan kesannya memberi kebaikkan bersama?

Perkongsian wanita ini berkenaan perkongsian Ustazah Norhafizah Musa dalam menjelaskan tentang bagaimana cara berurusan dan bergaul dengan anak-anak ini boleh dijadikan panduan. Rupanya ada 4 perkara penting dan hal ini dijelaskan untuk kita bersama dapat praktiskan.  Jom semak.

Assalamualaikum semua .

Kata Ustazah Norhafizah Musa, pandanglah anak-anak.Bila pandang anak-anak, berurusan dengan mereka dan bergaul dengan mereka, cuba hadirkan 4 perkara ini:

IKLAN

1. Pandanglah mereka sebagai HASIL TANGAN kita, pandang mereka sebagai tanggunjawab kita.

2. Pandang mereka dengan BELAS IHSAN kerana adanya kecuaian kita pada mereka.

3. Pandanglah mereka dengan KASIH SAYANG kerana andai mereka merasai kekurangan kasih kita, mereka tak akan jumpa gantinya pada yang lain (selain Allah dan rasul).

IKLAN

4. Pandanglah mereka sebagai ASET kita dunia dan akhirat, supaya harapan kita terus segar dan tidak kecewa dengan segala usaha.

Sama-samalah kita saling ingat mengingati dan menjadi ibu bapa yang berjaya jadi lebih baik dari semalam. Sentiasa belajar dari kesilapan dan tak jemu berubah ke arah kebaikan.

IKLAN

Wanita Ni Kongsi Pesanan Ustazah Norhafizah Musa. Rupanya Nak Cakap Dengan Anak Kena Pandang Cara Begini!

Meriah betul gambar ni. Mungkin beginilah rupanya kut kalau Che Sar ada anak setahun sorang haha fuhhh lap peluh. Seronok yang amat masa ni, holiday trip berjemaah bawa anak-anak dan keluarga geng jurujual berkonvoi 5 buah campervan ronda New Zealand. Itu cerita tahun lepas. Che Awang dah tanya “Tahun ni kita nak pergi mana pulak?” Hehehe.

sumber : Sarah Rahim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI