1. Biasanya ibu-ibu memilih kabinet untuk memenuhi ruang di dalam rumah, tapi kalau bijak dan kreatif tiada perabot pun menarik juga kan. Nampak ruang lebih luas, minimalis dan praktikal.

Segala-galanya bergantung bagaimana cara  dan mengikut kreativiti sendiri. Perkongsian Susun Atur Sioca ini cukup menarik dan sesuai untuk ibu-ibu praktikkan. Kaedah ini juga sesuai jika ada anak kecil. Patutlah perkongsian ini mendapat 12k ‘shared’. Setiap susun aturnya cukup sistematik, siap ada tagging untuk barangan. Mudah nak cari jadi tak adalah anak-anak akan sepahkan.

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.

Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.

 

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Saya merasa lipat baju waktu travel je kot sebab kena masuk beg, kalau tak mungkin tak merasa lipat baju haha. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri.

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

IKLAN

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai! Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala tu kena lipat tapi easy peasy ja tu. Kalau nak tanya tips urus baju, saya takmo cadang lain selain konsep ni hehe.

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas. Memang awal nampak kemas tapi bila nak guna pakai, dia akan berterabur semula. Mak saya cakap saya kemas sekali nak pakai setahun. Masin mulut ibuku. Memang saya kemas supaya senang maintain. Takmau kemas benda sama banyak kali.

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

IKLAN

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Developer buat ruang macam ni kat rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Sidai baju boleh kering. Sidai orang pun boleh kering haha, betul panas. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dll.

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

IKLAN

Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua. Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.

Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah. Haha.

Wanita Ni Kongsi Tip Kemas Rumah Tersusun, Minimalis & Praktikal. Patutlah Viral Sampai 12K!

Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.

Ps – Mak saya pun dah berjaya saya jebakkan penyakit minimalis ni. Rumah mak dulu banyakkkk barang tapi sekarang dah lapang.

Pps – Tengah PKP ni sesuai sangat nak kurangkan barang kat rumah tu. Buat mana yang mampu, jangan paksa diri. Nanti Ramadan fokus ibadah ok. ❤️

#minimaliswithsioca

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI