Wanita Ni Kongsi Tip Tanam Terung Berbuah Lebat, Guna Baja Buangan Sisa Dapur Je. Pokok Tahan Lama 7 Bulan Masih Berbuah

Share

Semenjak PKP yang dilaksanakan tahun lepas, ramai yang memiliki hobi baru untuk memenuhi masa yang banyak dihabiskan di rumah. Selain dekorasi rumah, aktiviti tanam sayur antara yang menjadi pilihan ramai.

Antara sayur yang ditanam adalah sawi, kubis, cili, terung dan banyak lagi. Semua sayuran jenis yang mudah hidup serta tak memerlukan ruang yang luas. Boleh sahaja ditanam di tepi halaman rumah atau di dalam bekas besen dan polybag misalnya.

Bgai ibu-ibu yang nak cuba tanam terung, boleh lihat perkongsian dari puan Nur Zaliana  ini. Beliau berkongsi tip bagaimana menjaga pokok terung hanya dengan menggunakan sisa buangan dapur sebagai baja serta untuk kawalan serangga perosak, Zaliana menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja seperti campur beberapa bahan lalu disemburkan pada pokok terung.

Benih terung kedai ECO sudah 7bulan usia pohonnya masih keluarkan hasil Alhamdulillah

*Cara saya jaga kawasan kena lah sentiasa bersih,baja buangan sisa dapur seperti kulit bawang air cucian veras air cucian ikan mol kompos kulit pisang baja tinja ayam proses.

Saya amik masa sekurang2 nya 2minggu sekali gembur dan merumput membaja untuk elak kan serangga lalat buah DLL tanam serai wangi serai masak tanam kunyit. Siraman air 1hari sekali tidak siram bila hujan turun, pruning daun time buah rancak berbuah.

Bunga

*Untuk kawalan serangga itu sendiri saya guna cili padi-bawang putih-minyak masak blend tapis dan sembur pada bawah daun2, time berbunga lebat saya goncang2 kan pokok tips ini saya ikut Tuan (Nur Amirul Nur Azmi) supaya buah lekat.

14 pohon 3 bulan pertama masih berbaja kini tiada buh baja, cuma buat kawalan serangga air dan merumput

*Ada yang tanya tak pakai baja bijik (NPK/UREA) ke jawaban saya setakat ini Tiada.

 

*Seronok tanam terung produktif berperingkat dengan kata lain tak pernah putus,pokok tahan lama,dan yang paling penting boleh berkongsi dengan jiran-jiran.

Sunber: Nur Zaliana  via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!

 

IKLAN