Setiap kali menjelang bulan ramadan, pasti lauk ini menjadi salah satu ‘wajib’ ada di atas meja bersama hidangan lain. Namun, kini telur masin sudah menjadi menu biasa. Baik dihidangkan bersama Nasi putih ataupun dijadikan bahan tambahan dalam masakan lain.
.
Mungkin cara penyediaannya yang ringkas serta boleh dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan membuatkan telur masin menjadi pilihan ramai. Terasa keenakkannya bila disalut pada ketam masak sambal ataupun nasi goreng.
Jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh puan Raja Amanina dalam menyediakan telur masin sendiri. Selamat mencuba!
.
Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul betul mendidih(orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)
Ads
*Telur Masin* -Telur Itik 50biji
*cuci bersih dan jemur hingga betul betul kering
.
Ads
-garam kasar 500gram
-air 1.5liter
-2helai daun pandan
.
Ads
-botol berpenutup *masak air, garam dan daun pandan hingga betul betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul betul sejuk ea)
*masukkan telur itik ke dalam botol dan tuangkan air garam yang dimasak
.
*tutup kemas2 dan jeruk lebih kurang 2minggu(14-15hari)
*setelah 2minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4hari lagi
*kalau dah cukup masin boleh toskan air garam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini dia makanan dan minuman untuk awet muda yang wajar kita semua kaum perempuan amalkan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Dikatakan jika hidangan ini diambil selalu anda akan rasa lebih bertenaga dan nampak berseri.
Oleh itu, usah tunggu lagi. Ayuh kita pelajari resipi penyediaannya sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Khairunissa untuk manfaat bersama. Selamat mencuba!
Luk Mei ni ialah makanan tradisi Korea,Cina & Jepun sejak ratusan tahun dulu.
Bertuah betul diri dapat resepi ni
Hari ini saya share dengan korang semua supaya korang pon boleh sihat dan awet muda.
BAHAN-BAHAN:
– Cendawan Tremella @ WHITE FUNGUS (Khasiatnya hampir sama dengan sarang burung )
– Barli (optional)
– Jujube (Kurma Merah)
– Longan Kering
– Gula batu
– Daun Pandan.
Cara masak:
1) Rendam barli 30 minit dan cendawan sampai lembut dan kembang. Buang tampuk berwarna kuning di bawah cendawan.
2) Rebus barli terlebih dahulu sampai empuk baru masukkan cendawan.Rebus lagi selama 40minit dengan api sederhana.
3) Kemudian masukkan longan kering, kurma dan daun pandan serta gula batu.Rebus lagi lebih kurang 20 minit atau bila nampak kurma merah itu sudah kembang.
4) Sedap dimakan ketika sejuk.
**Kalau rebus pakai periuk tanah lebih bagus.
* Gula batu boleh digantikan dengan gula kerek/gula organik(tapi masukkan lepas rebusan sudah siap) untuk rasa ala-ala laicikang
KHASIAT :
– meningkatkan kelembapan kulit
– anti penuaan
– mengurangkan kedut
– Bagus utk paru- paru serta sistem penghadaman
– mengelakkan dr sakit sendi(sesuai utk mereka yg ade sakit lutut)
– antioksida
– antifungal
– anti bakteria
– anti stress
– efektif menangani jaundis pada bayi
– cepat pulihkan luka
– merendahkan kadar kolestrol
– sihatkan usus
– Bantu menangani masalah kencing kotor
– Menyejukkan badan
Amalkan minum setiap hari untuk kulit yang cantik serta awet muda.
Dikatakan amalan meminum rebusan Tremella ini berasal dari gundik maharaja Cina. Beliau dikatakan sangat awet muda kerana kelihatan seperti wanita 40tahun pada usia 80 tahun!
Saya dah test pada encik suami, sebelum bersukan dia minum Luk Mei dan hasilnya, Encik suami boleh main futsal tanpa rasa semput selama 1 jam.
Memiliki gigi yang putih dan cantik tersusun idaman semua. Tetapi, sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi yang tidak kita bersihkan boleh mimbulkan masalah. Ia menyebabkan berlakunya karies atau karang gigi.
Ia antara masalah gigi yang tidak boleh diambil ringan. Karang gigi atau pun dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi. Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi.
Untuk menghindari masalah ini, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal. Ramai yang memilih mendapatkan rawatan di klinik gigi bagi menangani masalah ini tapi sebenarnya anda boleh merawatnya sendiri di rumah dengan menggunakan bahan semula jadi iaitu garam.
Berikut adalah cara menghilangkan karang gigi menggunakan garam.
1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
2. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
3. Basahkan berus gigi dan sapukan adunan pes tadi.
4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.
Sumber: era.fm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjengah FB Jabatan Pertanian Malaysia ada dikongsikan hasiat cekur yang boleh dikatakan antara ulam pilihan popular dikalangan orang Jawa.
Jom kita ketahui apa istimewa ulam atau herba nan satu ini.
CEKUR – amalan memakannya boleh menghilangkan jerawat dan awet muda
(idris bald)
Cekur , Cekuh atau galanga kecil merupakan sejenis tumbuhan herba ubatan bersaiz kecil yang boleh mencapai saiz 10 cm. Dikenali juga dengan nama-mana Kencur, Kentioer (Indonesia) Ingurupivali, Hingurupivali (Sri Lanka), Proh hon, Hon proh, Waan teendin, Waan hon (Thailand), Sand ginger, Finger root (Inggeris) atau nama saintifiknya Kaempferia galanga dari keluarga Zingiberacea.
Cekur, yang dipercayai berasal dari China dan India kini ditanam secara meluas di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Cekur tumbuh merumpun dan mempunyai akar rizom yang isinya berwarna putih dan berkulit berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar berbentuk panjang membujur dan meruncing dihujungnya serta tidak bertangkai dan berbau wangi. Cekur juga berbunga yang keluar dicelah ketiak daun berwarna putih keunguan. Dibiak menggunakan keratan rizom yang matang sesuai ditanam di kawasan sederhana lembab, subur terutama di tanah yang berorganik.
Pucuk muda cekur enak jika dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan, budu, cencalok atau bahan pencicah lain. Selain dari itu, pucuk cekur yang dihiris halus boleh juga digunakan bagi melengkapkan nasi kerabu, nasi ulam atau kerabu yang popular di pantai timur. Rasanya sedikit pedas dan ranggup serta wangi.
Rizom cekur yang mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, kamphene dan gam juga boleh dimakan dengan mengupas kulit dan ditumbuk bersama cili untuk dimakan bersama nasi.
Buang angin
Cekur sangat popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin yang dikatakan boleh membuang angin, menguncupkan rahim dan penjarang anak.
Redakan penyakit
Dikatakan juga cekur mampu mengubati batuk, sakit tekak, meredakan demam panas dan pelawas kencing.
Awet muda
Cekur mempunyai bahan yang bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Bagi masyarakat melayu, pengamalan memakan cekur boleh mencegah sakit sengal tulang dan awet muda.
Sejak zaman kuno, cekur telah dikenal sebagai tumbuhan ubat yang banyak digunakan untuk membantu merawat berbagai penyakit. Antara manfaat lain adalah untuk membantu melegakan sakit kepala, selsema dan beberapa penyakit lain.
Hilangkan jerawat
Selain dari itu cekur diketahui dapat membantu menyelaraskan badan, melegakan serangan migrain, mengubati asma, merawat penyakit reumatik, batuk dan dapat menghilangkan jerawat.
Mengikut kajian makmal, keberkesanan cekur adalah karena terdapat lebih dari 23 senyawa dan tujuh di antara senyawa ini mengandung senyawa monoterpena, senyawa aromatik dan sesquiterpene. Cekur juga digunakan secara meluas untuk pembuatan ubat-ubatan moden dan bahan-bahan kosmetik.
Manakala ini pula perkongsian daripada Nur Adibah berkenaan cekur yang dikongsikan hasil temubualnya bersama jirannya.
Jom semak.
Asalnya ke rumah jiran nak mintak daun pegaga je,sekali terpandang kat herba cekur tu.Biasa digunakan dalam masakan orang jawa kan.
Sempat la juga bertanya pada makcik tu apa khasiat daun cekur tu selain dari dibuat masak.
Makcik tu pun cerita yang dia dulu zaman anak dara suka makan daun cekur buat ulam katanya sedap petua orang dulu-dulu nak wangi kan badan kata nya.
Menarik kan bunyi nya saya pun tak lepas kan peluang untuk mencuba rasa dan manfaat kan herba yang ada.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...