Wanita Ni Kongsikan Resipi Chicken Rice Ball. Simple Tapi Berkhasiat. Bukan Jer Anak, Mak Pun Suka Ni!

Share

Sebagai ibu kadang kala naik buntu dibuatnya kan, lebih-lebih lagi kalau anak jenis yang memilih makan. Itu ini tak nak, sebagai ibu pasti risau tahap tumbesaran anak.

Sebab itu, pelbagai menu disediakan awal pagi untuk menambat selera si anak. Ada anak jenis cerewet tak suka pedas lah, tak suka nasi lah dan macam-macam karenah lagi. Apa kata ibu-ibu cuba pula resipi Chicken Rice Ball yang dikongsikan oleh puan Noriza Rahman ni.


Sarapan apa pagi ni uols?

Meqza makan chicken rice ball saja. Amboi! Omputeh sangat aihhh. Alah sekali sekala, dua kali berkala-kala. 🤣

Petang semalam sempat goreng bagi anak-anak makan. Yang paling selera si Humaira lah. Dia ni bab makan agak cerewet juga, tak mau pedas. Yang jenis nuget chicken ball ni dia layan. Tu yang meqza buat ni.

Meqza check esbok ada ayam, ada carrot. So, apa lagi teruih buat lahhh. Serbuk roti takda, meqza salut saja dengan rolled oat. Dari tak makan berbulan-bulan bagus juga bagi depa ni merasa. Kan jimat!

Ok, moh kita tengok resipi mudah ni.

Bahan-bahan

  1. ½ pot beras (ini meqza guna tin sardin)
    2. 3 ketul ayam (bahagian dada)
    3. 2 biji carrot.

Cara nak sediakan, sila rujuk gambaq nah.

Bila dah sedia semuanya, kita gaul saja dalam satu bekas. Jangan lupa buh garam sikit nah, bagi ada rasa orang kata. Then, buat kepal bulat-bulat macam fish@chicken ball tu.
Telor ni saiz C, dalam 3 biji gitu. Doh hat yang dah siap kepal, celup buh dalam ni. Salut bagi elok nah. Satgi bila goreng dia tak pecah
Lepas tu, lompat pi buh dalam serbuk oat pulak. Kalau tak mau mesin oat tu hangpa kena cari serbuk roti nah. Golek golek doh tu sampai tertutup habis. Then buh dalam bekas lain.
Dah siap. Tadaaaa! Banyak juga bila kira. Ni meqza buat banyak sebab nak frozen. Bila bila boleh goreng. Sat saja habis sekali makan.

Kalau orang dewasa nak makan, boleh tambah spices dan daun bawang bagi wangi dan beraroma.

Nak lagi umphhh buh la cheese.

Perghhh! Bila makan tu cheese meleleh-leleh keluaq. Wallawehhhh.

Kalau nak kata sedap macam hat juai di supermarket nuuu, idok lah. Tapi sangat sihat untuk anak-anak. Sebab takda tambahan gula atau perisa lain.

Memasak gaya meqza yang ada 2 anak kecik menyusu ni perlukan ketangkasan, kerajinan dan timing yang tepat. Mau kalu anak ni teriak ka apa, kena layan depa dulu. Habih layan depa sambung pulak. Ohhh terasa macam #supermommy.

Power kan! 🤣

Sesambil masak tu ustaz Abdullah Khairi pesan baca ayat 4 surah Yusuf, hembus lah kat makanan hat kita sediakan ni.

Doalah moga anak-anak sayang kita lebeyyy dan suami pulak puji inilah masakan paling sedap di abad ini.

Chill.

#resepimeqza

 

IKLAN