Sebagai ibu kadang kala naik buntu dibuatnya kan, lebih-lebih lagi kalau anak jenis yang memilih makan. Itu ini tak nak, sebagai ibu pasti risau tahap tumbesaran anak.
Sebab itu, pelbagai menu disediakan awal pagi untuk menambat selera si anak. Ada anak jenis cerewet tak suka pedas lah, tak suka nasi lah dan macam-macam karenah lagi. Apa kata ibu-ibu cuba pula resipi Chicken Rice Ball yang dikongsikan oleh puan Noriza Rahman ni.
Sarapan apa pagi ni uols?
Meqza makan chicken rice ball saja. Amboi! Omputeh sangat aihhh. Alah sekali sekala, dua kali berkala-kala. 🤣
Petang semalam sempat goreng bagi anak-anak makan. Yang paling selera si Humaira lah. Dia ni bab makan agak cerewet juga, tak mau pedas. Yang jenis nuget chicken ball ni dia layan. Tu yang meqza buat ni.
Meqza check esbok ada ayam, ada carrot. So, apa lagi teruih buat lahhh. Serbuk roti takda, meqza salut saja dengan rolled oat. Dari tak makan berbulan-bulan bagus juga bagi depa ni merasa. Kan jimat!
Ads
Ok, moh kita tengok resipi mudah ni.
Bahan-bahan
½ pot beras (ini meqza guna tin sardin) 2. 3 ketul ayam (bahagian dada) 3. 2 biji carrot.
Cara nak sediakan, sila rujuk gambaq nah.
Bila dah sedia semuanya, kita gaul saja dalam satu bekas. Jangan lupa buh garam sikit nah, bagi ada rasa orang kata. Then, buat kepal bulat-bulat macam fish@chicken ball tu.Telor ni saiz C, dalam 3 biji gitu. Doh hat yang dah siap kepal, celup buh dalam ni. Salut bagi elok nah. Satgi bila goreng dia tak pecahLepas tu, lompat pi buh dalam serbuk oat pulak. Kalau tak mau mesin oat tu hangpa kena cari serbuk roti nah. Golek golek doh tu sampai tertutup habis. Then buh dalam bekas lain.Dah siap. Tadaaaa! Banyak juga bila kira. Ni meqza buat banyak sebab nak frozen. Bila bila boleh goreng. Sat saja habis sekali makan.
Kalau orang dewasa nak makan, boleh tambah spices dan daun bawang bagi wangi dan beraroma.
Ads
Nak lagi umphhh buh la cheese.
Perghhh! Bila makan tu cheese meleleh-leleh keluaq. Wallawehhhh.
Kalau nak kata sedap macam hat juai di supermarket nuuu, idok lah. Tapi sangat sihat untuk anak-anak. Sebab takda tambahan gula atau perisa lain.
Memasak gaya meqza yang ada 2 anak kecik menyusu ni perlukan ketangkasan, kerajinan dan timing yang tepat. Mau kalu anak ni teriak ka apa, kena layan depa dulu. Habih layan depa sambung pulak. Ohhh terasa macam #supermommy.
Sebut sahaja gastrik secara tidak langsung ada antara kita beranggapan ianya adalah penyakit popular di bulan puasa. Tapi hakikatnya, pada bila-bila masa pun boleh terjadi.
Bagi yang pernah merasai sakit gastrik ini, tahulah betapa sakit dan senaknya di bahagian ulu hati hingga menyebabkan tidak selesa hingga ada yang terpaksa membongkokkan diri untuk kurangkan kesakitan.
Cara terbaik redakan kesakitan, seharusnya mengambil ubat yang disarankan doktor.
Pun begitu, boleh juga amalkan minuman herba ini sebagai cara alternatif. Untuk Jom baca perkongsian Nurhamimi bagaimana cara menyediakan minuman herba tersebut.
AIR REBUSAN HERBA PETUA MAK
Bulan lepas, mak gastrik teruk. Selepas beberapa hari, mak cek dengan doc, b/p mak naik ke 200, tanpa ada simptom-simptom yang biasa pesakit darah tinggi alami. Tak pernah mak macam ni.
Dipendekkan cerita lah ya.
Kawan baik mak, Cikgu Rohaya ada share dengan mak resepi ni. Katanya baik untuk darah tinggi, kencing manis & gastrik.
Mak amalkan, dan dalam beberapa hari saja alhamdulillah ada perbezaan, ada perubahan positif. Bacaan darah turun, angin dalam dalam badan banyak keluar, tidur nyenyak, sakit ulu hati & sembelit dah tak ada.
Mak pun ada suggest KakMim buat & minum air ni sebab KakMim ada gastrik yang agak teruk jugak.
Ok. KakMim stop kejap minum #PatiHaliaMakMertua yang menjadi amalan itu, lalu KakMim cubalah resepi ni.
Result dia, sakit-sakit & lenguh-lenguh badan hilang, badan berpeluh & rasa sihat, yang paling best, lawas giler. Masuk toilet, duduk je terus poop! Haha. Dah lama tak rasa best mem’berry’ sebegitu. Angin dalam perut ni pulak berlumba2 nak keluar tak amik no giliran dah. Best.
Korang nak try, sila lah. Kalau was-was, jangan lah ya, ataupun dapatkan nasihat dari doktor dulu.
Bila dah amalkan dan badan korang sihat asbab daripada mengamalkan resepi ni, mudah-mudahan pahala mak KakMim & sahabatnya tu Allah lipatgandakan. Insyaallah, aamin.
Pastu, KakMim nak minta tolong doakan mak KakMim yang warded sekarang disebabkan masih dalam pemeriksaan, kerana masalah jantung. Semoga mak diberikan kesihatan & pulih seperti sediakala.
Rabbi yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bil khair!
Tak sabaq nak balik bekam mak!
Resepi
Bahan-bahan:
Kulit kayu manis
Secubit halba
Jintan halus
Jintan kasar
Beberapa helai daun pandan
Dua inci halia
Cara penyediaan :
Rebus semua bahan. Setelah rebus warna air bertukar merah. Tapis semua bahan, ambil airnya sahaja.Tuangkan ke dalam cawan, sedia diminum.
Menjandakan isteri sendiri untuk menikahi janda lain tanpa sebab kukuh adalah satu tindakan yang ralat. Demikian tulis Dr Syahr Musafir ketika mengulas mengenai luahan sorang isteri yang diceraikan oleh suaminya ketika perut tengah memboyot.
Ditambah dengan isteri itu isteri yang baik, dan keadaannya sedang mengandungkan anak dari benih si suami itu sendiri. Sampai hati kamu, wahai lelaki…..
Jika benar kisah yang diceritakan oleh wanita yang sedang hamil itu tentang dirimu, maka tersebarlah segala aibmu ke seluruh dunia. Nak campak muka ke mana lagi?
Jika benar kisah kau menceraikan isterimu yang sedang hamil kerana kau mahu mengahwini wanita lain tanpa alasan yang solid dan boleh diterima akal, nama-nama PU lain pun akan sedikit-sebanyak tercemar sekali walaupun kau seorang saja yang berbuat onar. Kes kau jadi bola tanggung bagi pembenci-pembenci agamawan dan Islam.
Jika wanita itu menipu dan kau teraniaya, atau kau betul-betul menipu dan dia teraniaya, moga Allah rendahkan martabat si pesalah dan tinggikan martabat si mangsa.
Isteri bukan hak milik, tetapi amanah. Suami bukan pemilik, tetapi pemegang amanah.
ISTERI BUKAN BARANG PAKAI BUANG!!!!!!!!
Dan perempuan-perempuan, dah tahu lelaki tu suami wanita lain, TOLONGLAH JANGAN MENYONDOL!!!!!!!
Berbeza dengan sesetengah individu baik selebriti mahupun orang biasa yang malu dan enggan bercerita jauh sekali menonjolkan anak-anak mereka yang autistik pada masyarakat, duta produk Micracle ini sebaliknya pula. Rasa malu dibuang jauh-jauh sebaliknya dia bersemangat bercerita mengenai hal itu dengan harapan masyarakat membuka mata tentang autistik. Semangat Catriona Ross kembali bersinar apabila memandang wajah anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang.
Kesakitan bersalinkan anak ketiga belum benar-benar pulih, diri sudah diuji lagi tatkala anak kedua, Raes disahkan menghidap autistik. Rasa ‘down’ dan hampir dua minggu dia menjeruk rasa, berkurung dan menangis mengenangkan nasib anaknya itu. Namun, pelakon berdarah kacukan ini kembali bangkit dan enggan mengalah.
“Kami mula sedar ada yang tidak kena dengan Raes apabila usianya memasuki dua tahun tetapi dia masih belum boleh bercakap. Waktu umurnya setahun lebih, saya sudah rasa ada yang tidak kena kerana dia tidak bercakap dan menyebut perkataan.
“Selain itu, Raes tidak menunjukkan tanda-tanda sepertimana kanak-kanak seusianya. Suara dia hanya boleh dengar apabila dia menangis sahaja. Apabila bertanyakan pada kawan-kawan jawapan mereka anak lelaki memang lambat sedikit. Saya ada hantar Raes ke pusat asuhan dan memang tiada sebarang perubahan. Bulan keenam di situ, pengetuanya minta kami membawa Raes bertemu pakar. Selepas buat ujian, memang sah Raes autistik.
“Dua minggu lamanya saya asyik menangis, bayangkan waktu itu saya baru lepas pantang anak ketiga, Idrus. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata betapa sedihnya saya ketika itu. Saya tidak tahu nak buat apa dan bagaimana untuk uruskan anak autistik. Ketika itu, saya teringat kepada Fynn Jamal dan terus menghubunginya melalui instagram.
“Memandangkan dia sibuk, kami hanya berhubung melalui instgram. Saya meluahkan segala isi hati dan dialah manusia pertama yang membantu saya meleraikan segala kekusutan di hati,”jelas Catriona yang turut membuat kajian dan bacaan melalui internet dan itu semua banyak membantu membuka minda dan mata untuk menguruskan anaknya.
Akui Catriona, biarpun Raes menghidap ‘mild autisme’ dan bukan jenis hyperaktif, namun harus bijak mengambil hati dan tidak boleh menyebabkan emosi anaknya terganggu.
“Biasanya kalau keinginan dia tidak dapat dipenuhi mula lah dia buat perangai. Sebelum ini memang sukar untuk kami faham apa yang dia inginkan tetapi selepas membaca dan mendapat ilmu tentang hal berkaitan autistik, maka sedikit sebanyak kami sudah mula boleh berkomunikasi dengannya. Walaupun belum boleh bercakap tetapi kalau nak makan atau susu, Raes boleh memberi ‘hint’ apa yang dia inginkan,” cerita Catriona dengan lebih lanjut mengenai perihal anak keduanya yang disahkan autistik.
“Bengkak Jiwa’
‘Saya tidak mahu berpura-pura ibarat manusia sempurna di mata masyarakat. Sebaliknya, saya suka berkongsi apa yang saya ada dan tahu. Sekurang-kurangnya ini boleh membantu ibu bapa lain yang senasib dengan saya tentang bagaimana menjaga dan menguruskan anak-anak autistik. Dalam masa yang sama, saya mahu masyarakat tidak memandang sinis setiap kali berhadapan dengan anak-anak istimewa ini.
“Jika di bandar, mungkin masyarakatnya sudah biasa kerana mungkin sudah terdedah dengan hal ini tetapi di luar bandar ia masih ‘taboo’. Mereka tidak suka mendedahkan hal-hal yang berkaitan sensitiviti sebegini kerana bimbang membawa masalah kepada mereka. Sedangkan mereka patut tahu, ini semua adalah urusan Yang Maha Esa.
“Kita harus terima dengan hati yang reda. Memang bercakap mudah tetapi hanya yang mengalaminya boleh merasai sendiri. Sedih, kecewa, malu dan sebagainya, namun buang jauh-jauh semua rasa itu. Bangkit dan bantu anak-anak kita kerana jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memulakannya bagaimana masyarakat boleh menerima.
“Anak autistik memerlukan perhatian yang rapi, mereka tidak boleh belajar topik biasa seperti kanak-kanak biasa yang lain. Saya sendiri jujurnya waktu mengetahui Raes autistik, saya rasa ‘bengkak jiwa’ lebih-lebih lagi apabila terpandang wajahnya. Kerana itu, saya mahu berkongsi rasa sayu itu dengan ibu-ibu yang lain.
“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi maklum balas negatif, rata-rata memberi sokongan dan dorongan untuk saya lebih kuat,’ ulas Catriona yang mengakui walaupun Raes ‘istimewa’ namun layanan diterima sama rata antara ketiga-tiga anaknya.
“Saya tidak mengamalkan pilih kasih dalam mendidik anak-anak. Walaupun Raes jenis yang cepat terasa namun kakak dan adiknya jenis yang memahami lebih-lebih lagi yang ketiga iaitu Idrus. Dia sangat rapat dengan abangnya boleh dikatakan tulang belakang kepada Raes. Idrus memang tidak faham situasi Raes tetapi dia suka berkongsi apa jua dengan abangnya dan banyak membantu seperti mengambil susu untuk abangnya dan sebagainya. Raes memang suka ‘have fun’ dengan adik-beradiknya dan suka gelak-gelak bila bermain sama-sama.
“Walaupun Raes tidak pandai minta apa dia nak, tetapi saya selalu ajar Rania yang adiknya (Raes) ‘istimewa’. Dia tidak bercakap, sensitif tetapi seorang yang penyayang. Dia juga cepat terasa dan boleh menangis tersedu-sedu dan ada kala berguling-guling jika keinginannya tidak dipenuhi. Raes akan ke pusat Autisme lima hari seminggu. Di pusat berkenaan mereka di ajar untuk berdikari seperti mana kanak-kanak lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kejayaan pasti hadir bersama kisah perjuangan yang tersendiri. Kalah kali pertama bukan bermakna rezeki terhenti setakat itu sahaja.Begitulah perjalanan seorang pelajar Fakulti Pengurusan...