Daun pegaga umum mengetahui adalah tumbuhan herba yang banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kesihatan malah berkesan untuk penjagaan kecantikan wanita. Andai sebelum ini pegaga hanya dimakan sekadar menjadi menu ulam ketika menikmati hidangan di restoran.
Pun begitu alangkah baiknya, bila kita sendiri boleh menanam pegaga tersebut di laman rumah dan dapatlah bila-bila masa sahaja untuk menikmati khasiatnya.
Malah tidak dengan dijadikan ulam semata-mata, dapat juga kita sediakan air rebusan herba untuk dijadikan amalan untuk kekal awet muda dan cerdas pemikiran. Ini sebagai mana apa yang dilakukan oleh Suhaili Baharudin ini. Tanam sendiri untuk kegunaan sendiri!
KHASIAT TERSEMBUNYI DALAM PEGAGA
Semalam Mastura Rashid kongsi tentang air rebusan pegaga. Sungguh menganga Kak Eli kerana punyalah banyak khasiat pegaga ni rupanya untuk otak kita. WHO iaitu Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktiraf pegaga sebagai makanan yang menjana kecerdasan otak.
Ia membantu membaiki fungsi minda dengan meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Jadi bukankah elok untuk kita yang selalu stress dan murung ini?
Dan kerana minat dan cinta Kak Eli pada aktiviti bercucuk tanam yang boleh menghilangkan kusut dikepala, maka hari ini Kak Eli nak kongsi cara tanam pegaga supaya subur dan gemuk.
Ads
Dalam pasu gantung pun boleh. Nanti bila terjuntai-juntai daunnya sungguh dapat menghiburkan hati.
No plants = No life and that cannot be healthy.
Kemudian alangkah baiknya bila kita dapat manfaat dari tanaman kita tadi. Rebus untuk minuman, memasak, buat ulam cicah budu ke kan?
Kajian kata mereka yang tinggal dekat dengan tanaman akan hidup lebih lama. Jadi apa tunggu lagi? Mari kita mula menanam sekarang.
Step 1 : Cari bekas atau pasu kosong. Separuh tanah kompos yang Kak Eli pernah kongsi sebelum ni (kalau tak ada tanah beli di nursery pun boleh). Dan separuh lagi pasir.
Ads
Step 2 : Gaulkan semua sekali. Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.
Ads
Step 3 : Dengan lafaz bismillah, cucuklah pegaga sesuka hati. Siram dan letak dibawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.
Step 4 : Tadaaaaa!Selepas 2 minggu lihatlah dunia. Bukan main subur dan gemuk lagi pegaga Kak Eli ini. Anak daun dah mula tumbuh di sana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.
Tapi apa lah guna ya pegaga yang subur kalau kita tak ambil manfaatnya kan? Demi resepi air rebusan pegaga Mastura yang kelihatannya sungguh lazat dan berkhasiat itu maka kita kena berkorban.
Pejam mata dan tarik lah pegaga yang kau tanam dan sayang tu dari akarnya. Khasiat pegaga paling optimum ialah bila kita merebus dari daun hingga ke akar.
Ini pula cara menyediakan air rebusan pegaga
Bahan-bahan: Pegaga, halia, serai, kulit kayu manis dan madu.
Step 1 : Tambah air dan rebus. Ingat tau jangan di buang akar pegaga tadi. Arwah mak Kak Eli ada periuk tembikar jadi guna saja periuk ni. Rebus sampai mendidih dan air bertukar warna.
Step 2 : Bila suam, tambah 1 sudu madu.
Bersedia lah untuk menikmati air rebusan pegaga yang sangat berkhasiat dan menjana kecerdasan untuk otak. Marilah kita manfaat kan sayur yang murah, mudah ditanam dan berkhasiat ini. Selamat awet muda dan cerdas minda kepada semua yang bakal mencuba!
Bulan puasa bakal tiba. Apabila tiba waktu berbuka puasa adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Apalagi jika merasa lapar atau haus selama seharian. Dan biasanya untuk berbuka, kamu pun sudah siap dengan pelbagai menu.
Minuman dengan biji selasih lebih sering dijadikan sebagai pelengkap minuman, terutama di bulan puasa. Bukan sahaja rasa enak, tapi ia banyak khasiat.
Ini sebab minuman biji selasih wajib ada untuk hidangan berbuka puasa.
Dah lama tak minum biji selasih ni. Biasanya selasih ni femes di bulan puasa, buat minuman masa berbuka. Rasanya sejuk dan segar.
Biji selasih banyak manfaatnya untuk kesihatan badan.
Mengandungi banyak nutrien seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat.
Khasiat biji selasih:
Biji selasih boleh membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Rendam 2 sudu teh biji selasih dalam segelas air, minum selepas makan selama sebulan.
Biji selasih sangat bagus untuk diet kerana ia dapat melambatkan rasa lapar. Perut akan sentiasa berasa kenyang. Secara tidak langsung ia dapat mengawal makan secara berlebihan.
Biji selasih mampu untuk mengurangkan kebimbangan atau insomnia. Bagi mereka yang mengalami kegelisahan yang berlebihan atau insomnia, sangat baik makan atau minum biji selasih.
Rebus 1 sudu selasih dengan 4 gelas air. Bila suam campurkan dengan 1 sudu madu asli. Minum 2 kali sehari, pagi dan petang.
Tumbuk 1 sudu biji selasih sehingga lumat, campur sedikit air panas. Gaul rata hingga jadi pes, biarkan sejuk. Pakai sebagai scrub pada muka dan leher. Lakukan selang sehari sebelum mandi.
Ambil 10 gram biji selasih, 4 biji bunga cengkih direbus bersama dengan 4 gelas air. Bila suam minum 1 gelas airnya. Amalkan sehingga hilang rasa sakit.
Biji selasih sangat bagus untuk mengurangkan rasa ketakutan dan kebimbangan yang berlebihan.
Ambil 1 sudu selasih direndam dalam air. Campurkan 1 sudu madu dan jus limau, kemudian minum.
Biji selasih kaya dengan pektin yang mempunyai kebaikan prebiotik. Ia mampu meningkatkan bakteria baik termasuklah bakteria antiradang yang baik untuk kesihatan usus.
Kandungan Pektin dapat menurunkan kolesterol darah dengan menghalang penyerapan kolesterol di dalam usus.
Memakan 30 gram (7 sudu teh) biji selasih setiap hari selama satu bulan dapat membantu menurunkan kolesterol sepenuhnya sebanyak 8 peratus.
Kalsium dan magnesium sangat penting untuk kesihatan tulang dan fungsi otot anda, sementara zat besi sangat penting untuk pengeluaran sel darah merah. Memakan biji selasih dapat membantu anda memenuhi keperluan harian nutrien ini.
Tubuh memerlukan antioksidan seperti antiokpolifenol untuk menguatkan sistem ketahanan badan.
Dengan pengambilan biji selasih secara teratur dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Antioksidan dan flavonoid di dalamnya mampu melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan akhirnya menyebabkan mutasi sel, mengakibatkan kedutan, bintik-bintik usia, dan cela. Pengambilan biji selasih secara berkala dipercayai dapat mengurangkan parut dan bertindak sebagai agen antipenuaan.
Rendam 1 sudu selasih terlebih dahulu. Ambil 1 sudu madu, 2 gelas air dan 1 biji lemon, ambil jusnya, kisar.
Campurkan biji selasih dengan bahan yang dikisar. Minum setiap pagi.
Dengan cara ini metabolisme akan dirangsang dan ia dapat menurunkan lemak secara berkesan dan cepat.
Minum selasih yang dicampur madu sekerap yang boleh dalam tempoh 3 hingga 7 hari berturut-turut.
Selasih dapat menyerap toksin yang berlebihan dan menyingkirkannya secara perkumuhan.
Rebus 1 inci halia dan 1 sudu selasih dalam 3 gelas air. Bila suam campur 1 sudu madu. Minum 1 gelas setiap pagi.
Boleh la amal minum biji selasih. Mudah sangat tak renyah pun bahan bahannya. Jom la ikhtiar.
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semakin dekat hari nak bersalin, ada baiknya anda melakukan pelbagai senaman ringan dan regangan. Semua ini bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar.
Senaman macam mana? Sebenarnya tak perlukan gerakan atau senaman yang sukar, pergerakan yang mudah misalnya amat membantu ibu ketika hamil malah ketika hampir bersalin.
Wanita hamil yang bersenam juga pada kebiasaannya kurang alami sakit belakang, lebih bertenaga dan sesudah melahirkan anak, kembali lebih cepat ke bentuk badan yang asal.
Tidak hanya mudah hendak bersalin bahkan senaman ketika hamil juga dapat membuat tubuh lebih relaks disamping dapat mengurangkan risiko lain termasuklah gestational diabetes dan darah tinggi.
Senaman berikut boleh dilakukan di rumah dan selamat untuk dilakukan. Pun begitu, sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu jika terdapat sebarang ketidakselesaan.
1. Push-Up
Mulakan aktiviti senam ibu hamil anda dengan melakukan push-up menghadap dinding. Ini akan menguatkan otot di hadapan dada dan otot triceps di belakang lengan anda.
Caranya adalah dengan berdiri menghadap dinding dan kemudian sandar pada dinding pada paras bahu. Pastikan lutut anda berasa selesa.
Bengkokkan siku dan turun sehingga dada menyentuh diding. Kemudian angkat badan anda semula ke keadaan asal. Lakukan sehingga 15 kali.
2. Leg lift
Anda juga boleh mencuba leg lift (senaman kaki) untuk menguatkan otot belakang dan perut anda. Mulakan dengan kedua-dua tangan dan lutut anda menyentuh tanah. Angkat lutut kanan anda, dan luruskan kaki supaya selari dengan lantai.
Kemudian letakkan semula kaki kanan anda ke kedudukan asal dan angkat lutut kiri anda pula; dan luruskan kaki selari dengan lantai. Ulang sehingga 10 set untuk kedua-dua belah kaki.
3. Step up
Seterusnya ialah senaman step-up dengan menggunakan bangku kecil atau tangga di rumah anda. Berdiri tegak di belakang bangku tadi dan angkat kaki utama anda ke bangku dan angkat kaki lagi satu, kemudian turunkan kedua-dua kaki tadi.
Tukar kepada kaki lagi satu dan angkat kaki tersebut ke atas bangku dan angkat kaki lagi sebelah, kemudian turun semula. Ulang seberapa banyak bagi setiap kaki berselang-seli selagi yang anda mampu.
4. Sandar dinding
Aktiviti senam ibu hamil yang terakhir anda boleh lakukan adalah senaman mencangkung. Setiap kali anda lakukannya, ia boleh membantu untuk membuka laluan ruang pelvis dan memudahkan bayi untuk keluar. Dengan berdiri tegak dan menyandar pada dinding, turunkan badan anda dengan membengkokkan lutut anda ke paras yang anda selesa.
Sila pastikan tumit anda kekal rata di atas lantai. Kemudian kembali semula ke kedudukan asal. Ulang seberapa kerap yang anda mampu.
Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Lebih banyak anda bersenam, badan terasa lebih kuat dan cergas untuk menghadapi proses bersalin. Pun begitu, elakkan terlalu memaksa tubuh dan ikutlah kemampuan diri anda. Jangan berlebih-lebih.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rawatan tradisional seperti bertungku sudah sebati dengan cara berpantang masyarakat Melayu. Pun begitu, andai diamalkan teknik bertungku banyak manfaatnya dapat dirasai oleh tubuh badan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Fatin Amani apabila sebelum ini badannya sering diserang angin. Siapa sangka cara rawatan yang dipraktikkan cukup istimewa dan berkesan meredakan masalah angin-angin dalam badannya.
Ini perkongsiannya.
Sekadar perkongsian. Mungkin suri boleh buat juga jadikan amalan harian.
Badan saya jenis berangin. Memang tak boleh buat apa. Bila sakit urat je mulala badan rasa lemau lesu. Lagi-lagi saya ni jenis gastrik. So selama saya mengurut 2 3 bulan sekali, tak pernah orang mengurut bagitau benda ni.
Tapi hari Sabtu haritu saya cuba mengurut dengan orang lain and dia bagi saya tips ni.
Katanya, bila kita selalu stress, urat memang mudah nak blocking (tersimpul), masuk angin.
Katanya tak de istilah pantang makanan sejuk ke apa. Yang jadi sakit badan bila salah makan tu sebab badan kita sendiri urat dah blocking, pastu makan benda sejuk-sejuk, berangin, tu yang jadi sakit-sakit urat sebab aliran darah tak lancar. Kalau urat ok tak de blocking, badan tak kan sakit walaupun makan macam-macam katanya.
Pastu dia kata amalkan bertungku. Selalu bertungku kat tempat-tempat yang kita rasa sakit. Biar urat yang blocking tu lembut. Sebab katanya tak guna kalau selalu mengurut tapi tak bertungku. Sebab tak kan nak mengurut hari-hari kan katanya.
Suruh suami urut pun suami tak pakar dalam buat urutan yang betul. Sekadar hilangkan rasa sakit kejap je tapi urat yang blocking tu tak hilang.
So dia kata amalkan bertungku, hari-hari buat senaman stretching especially tang bahu dengan kaki. 2 3 jam skli buat dia kata. Dia kata bila aliran darah kita lancar, kita tak akan stress tak kan lesu and mudah nak tido malam.
So saya dah 2 hari cuba bertungku, alhamdulillah badan rasa ringan. Suri-suri bolehla cuba tips yg bidan ni bagi saya. Mana tau InshaaAllah kita semua cergas sentiasa. Surirumah kenala cergas sentiasa kan.