Kehidupan rumahtangga perlu saling lengkap melengkapi. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna terima seadanya pasangan.

Salah satu sikap isteri yang biasa adalah suka membebel atau berleter. Namun semua kerja rumah dibuatnya dengan sempurna.

Sebagaimana perkongsia lelaki ini, melahirkan rasa syukur mempunyai isteri yang saling melengkapi. Biarpun isterinya begitu, tapi segala urusan kerja rumah tetap dilakukan.

Beliau berharap, suami diluar sana menghargai isteri sebegini. Katanya kehidupan selesa kini adalah berkat saling melengkapi antara satu sama lain.

Ikuti lanjut perkongsian beliau.

_______________________________

Orang perempuan memang bukan dari planet bumi. Semua orang pun tahu, orang wanita memang special dan dalam kelas tersendiri. Bila mulut dia bergerak sebab berleter, tangan dan kaki dia jugak bergerak sebab buat kerja. Tanyalah mana-mana perempuan yang bagus kat luar sana. Mereka memang cepat dan cekap. Mereka boleh buat banyak benda dalam satu-satu masa.

Sambil-sambil masak untuk seisi keluarga, sempat lagi mengemas rumah. Sambil-sambil lalu nak ke dapur, sempat lagi capai kain baju letak dalam mesin basuh.
Sambil-sambil menyapu sampah dan mengemop lantai, sempat lagi tengok dan ajar anak-anak buat homework dan kerja sekolah.
Sambil-sambil tengok TV cerita kegemaran, sempat lagi lipat kain baju yang bertimbun-timbun.

Itu semua keistimewaan orang perempuan yang takde pada orang lelaki. Mulut dan kaki tangan sama pantas sama laju.
Sebab tu saya kagum dengan isteri saya. Orang lain saya tak tahu. Pengalaman masing-masing mungkin berbeza.

IKLAN

“Wanita Ni Special, Mulut Membebel Tapi Tangan Dan Kaki Bergerak Buat Kerja” Suami Kena Hargai Isteri Yang Tak Berkira Buat Kerja Rumah!

Cuma nak bagitahunya saya syukur sangat dapat isteri macam isteri saya sekarang ni. Biarlah orang lain cakap saya mengada-ngada ke, apa ke.. tapi saya nak sebut dan cerita jugak benda ni.

Isteri saya memang rajin. Dia juga pengemas. Dia takleh tengok rumah bersepah. Letih macamana pun dia akan kemaskan jugak.
Sambil berleter, sambil mengemas. Sambil marah anak-anak dan suami yang malas, akhir sekali dia akan kemaskan jugak.

Dengan kerja sekolah yang bertimbun, dengan macam-macam tanggungjawab yang sekolah bagi lagi.. kerja kat rumah dia akan bereskan jugak.
Allah…

“Wanita Ni Special, Mulut Membebel Tapi Tangan Dan Kaki Bergerak Buat Kerja” Suami Kena Hargai Isteri Yang Tak Berkira Buat Kerja Rumah!
Malam tadi saya sampai rumah dari Perak dah jam 11 malam. Bila saya sampai, isteri saya masih di meja mengadap komputer. Nampak macam tengah buat kerja sekolah.
Saya tengok beg-beg pakaian dah tersusun elok kat pintu. Kami sekeluarga memang plan nak balik kampung hari ni. Maklumlah… dah 3 bulan lebih tak balik kampung
Maknanya masa saya di Perak, semua pakaian untuk seisi keluarga, dia dah kemaskan. Habis mengemas, sambung pulak buat kerja sekolah.

IKLAN

Saya lepas mandi, saya tidur dulu. Rancangannya nak bertolak balik awal pagi. Masa saya masuk tidur, isteri saya masih di meja buat kerja. Sedar-sedar, isteri saya kejut saya suruh bangun. Tengok jam pukul 5 pagi. Pukul berapa dia tidur? Pukul berapa dia bangun?
Mesin basuh tengah operasi. Saya tengok wife saya tengah bersihkan peti sejuk. Dia minta tolong saya jemurkan kain dalam baldi sambil-sambil dia kejut dan siapkan anak-anak.
Allah… itu yang saya makin kagum dengan orang perempuan ni. Semua benda diuruskan dengan begitu superb.

Memang Allah cipta orang perempuan ni istimewa. Serba boleh dan penuh dengan sifat kasih sayang dan tanggungjawab. Kalau takde isteri yang baik ni, memang porak peranda keluarga. Boleh jadi huru-hara orang lelaki dibuatnya.

SUAMI KENA HARGAI ISTERI

Kita orang lelaki dah rasa macam sibuk bebenor dan banyak benda kita nak kena fikir kan? Tapi, bila tengok orang perempuan sebelah kita, kita ni takde apa yang kita buat sebenarnya. Isteri sekarang ni bukan macam dulu. Diorang ada kerjaya sendiri yang nak kena hadap. Diaorang ada suami yang nak kena belai. Diorang ada anak-anak yang nak kena bimbing. Diorang ada rumah tangga yang nak kena urus.
Pendek kata, kata takde orang perempuan, mati terkangkang la golongan suami dan ayah-ayah ni.

Kita ingat kita bagi duit kita dah terer. Tapi kalau tak isteri yang pandai simpan duit yang kita bagi, mungkin time terdesak kita akan sengsara.
Kita ingat kita dah daftarkan anak-anak masuk sekolah kita dah hebat. Tapi kalau tak isteri yang monitor anak-anak sekolah, jaga A to Z tentang pelajaran mereka, anak-anak kita entah habis sekolah entah tidak.

IKLAN

Kita ingat kita bertanggungjawab kat rumah kita dan rumah mak ayah kita saja. Tapi kalau tak isteri kita yang ambil berat semua sekali; rumah kita, rumah mak ayah dia dan rumah mak ayah kita, dah tentu kita berhadapan dengan situasi sukar. 

ISTERI HEBAT

Pendek kata.. isteri yang hebat ni, dia belasah semua. Dia memang hebat.
Isteri saya kalau balik rumah mak ayah saya, dia akan sapu rumah macam rumah mak ayah dia. Dia punya naik rajin tu mengalahkan anak-anak tuan rumah.
Semua dia buat. Sampai mak ayah saya pun harapkan dia lebih dari adik beradik perempuan saya yang lain.

Allah… syukur saya dapat seorang isteri macam ni. Nasihat saya kepada semua lelaki di luar sana, hargai isteri kita sebelum terlambat. Mungkin ada benda yang kita tak suka dekat isteri kita, buat-buat tak tahu aje la. Mungkin ada perangai yang kita tak berkenan dekat isteri kita, pejam aje la sebelah mata. Dah banyak sangat dah pengorbanan yang isteri kita bagi kat kita. Dah banyak sangat dah kebajikan kita yang dijaga oleh isteri kita.
Bertolak ansur la. Jangan sesekali marah dan tinggikan suara. Apa lagi kalau tengking atau jerkah. Atau sumpah seranah macam kerasukan syaitan.
Apa sangat la sikit-sikit kelemahan isteri kita tu kan?

SALING MELENGKAPI SUAMI ISTERI
Kita hidup senang luar dalam hari ini pun sebab isteri kita yang jaga kita elok-elok. Kalau tak kerana isteri kita yang ambil tahu semua benda, entah-entah kita pakai seluar dalam aje la kot… Itu pun kalau cari jumpa. Kalau tak jumpa?
Last sekali, selalu amalkan perkara ini pada setiap masa dan ketika :
– Selalu sebut di mulut kita, kita redha isteri kita dunia akhirat.
-Selalu letak dalam hati kita, kita ampunkan segala dosa isteri kita terhadap kita selama kita hidup bersama.
-Selalu doa dalam setiap solat kita, semoga Allah masukkan isteri kita ke dalam syurga yang paling tinggi tanpa hisab. Ingat sifir ni… Isteri happy, keluarga bestari.
Suami mithali, lu fikir la sendiri.

Sumber: Khairul Anuar Basri

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI