Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mahukan zuriat sendiri, tetapi itu semua atas rezeki masing-masing. Ada yang baru kahwin terus dikurniakan dengan rezeki anak dengan cepat, malah ada juga yang menunggu bertahun-tahun baru ada rezeki anak.

Bagi yang belum dikurniakan rezeki anak, mungkin belum tiba masanya, jangan mengalah untuk berusaha dan mencari sumber kebahagiaan lain sementara menanti cahaya mata sendiri.

Sama seperti pelakon dan pengacara Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin masih belum dikurniakan rezeki zuriat meskipun sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Melodi, Izzue berkata dia didatangi seorang wanita bertudung yang berani mati menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua serta ingin melahirkan anak.

Kata Izzue, 32, dia dan Awin terkedu dengan tindakan wanita tidak dikenali itu yang disangka hanya bergurau semata-mata.

“Ini betul-betul terjadi ada seorang perempuan bertudung datang depan saya dan Awin di satu majlis pada pertengahan tahun.

“Tiba-tiba dia cakap dekat Awin yang dia okey nak jadi isteri kedua dan bagi zuriat. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau rupanya dia serius. Cara dia cakap memang beria sangat.

IKLAN

“Saya dan Awin tak tahu nak respon apa. Ini kali pertama berlaku depan mata sendiri. Sebenarnya saya memang marah bila dia cakap macam itu.” katanya.

Wanita Tampil Tawar Diri Jadi Isteri Kedua, Izzue Islam Tegur Minta Jaga Hati Isteri

Ditanya mengenai perasaan Awin, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan mengakui hati isterinya terguris namun tidak berlanjutan sehingga timbul pergaduhan.

IKLAN

“Tidak dinafikan memang beri kesan kepada kami tetapi tidaklah sampai huru hara dan bergaduh. Ada juga orang macam itu? Jadi kami akan berjaga-jaga dan bersedia apabila berada di luar.” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe mengingatkan individu terbabit untuk menjaga perasaan isterinya sebelum berkata-kata.

“Saya minta tolong sangat-sangat untuk jaga hati isteri saya. Jangan buat perangai macam itu, tak elok! Awak perempuan.. bertudung pula itu. Tak manis buat macam itu dekat isteri orang.” tambahnya.

IKLAN
@melodiberapi Ada seorang perempuan datang dan tawar diri nak jadi isteri no2 dan nak bg anak untuk izzue.. ehhh zaman sekarang mmg ramai ke orang berani erkk… min pun takutttt!!! 😣😣 #melodi #tv3 #izzueislam #fypシ #sensasi #panas #fypage #kabinet #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Melodi

Terdahulu, Izzue mendirikan rumah tangga bersama Awin yang merupakan pengurusnya pada 2 Jun 2013.

Sumber: TikTok @melodiberapi

https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI