
Selepas selamat melahirkan puteri sulungnya, Aishah Al-Iman pada 8 Julai lalu, penyanyi, Wany Hasrita tampil mendedahkan wajah comel kesayangannya itu kepada umum.
Aishah yang kini sudah pun berusia empat bulan dilihat cukup comel, seperti wajah ibu dan ayahnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Wany di Insta Storynya, Wany memberitahu dia pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang untuk pulang ke Kuching, Sarawak.
“Semalam saya balik Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight. Masyallah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar. Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal.
“Terus go high pitch. Alhamdulillah walaupun sangat mencabar tapi Allah mudahkan. Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu,” kongsi Wany lagi.
Tambah Wany lagi dia lega kerana urusannya membawa Aishah dipermudahkan namun kini kembali cemas untuk membawa Aishah pulang ke Kuala Lumpur pula. Namun tetap mendoakan yang baik-baik buatnya dan Aishah.
“Kita ni dah la jenis cepat nervous. Alhamdulillah Aishah kita dah sampai Kuching. Sekarang ibu nervous pula nak bawa Aishah balik KL,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Wany Hasrita selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Aishah Al-Iman pada 8 Julai lalu.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tip Ibu Bapa Boleh Cuba, Bantu Redakan Keresahan Anak Sulung Bila Tahu Nak Dapat ‘Adik Baru’

Mungkin ada anak sulung yang berasa tidak seronok untuk mendapat adik. Lagi-lagi sebelum ini, dialah tumpuan mak ayah untuk beberapa tahun lamanya. Bila ada adik, bermakna dia perlu mengalah dalam segala perkara. Termasuk kasih sayang maka ayah.
Keresahan anak sulung ini jangan dipandang ringan. Sebab jika tak dijaga emosinya boleh beri kesan yang sukar pada hubungan abang dan adik. Ikuti pandangan daripada Puan Maryam Jamadi, Occupational Therapist/ Terapis Carakerja tentang dapat adik baru.
Dapat Adik Baru, Yay Or Nay?
Selalunya berita bakal dapat anak lagi mesti di sambut dengan perasaan gembira dan tak sabar, lagi-lagi bila dah lama tak menimang cahaya mata. Rindu nak bau dan suara bayi baru lahir. Kalau mak-mak selalunya mesti rasa tak sabar nak shopping baju bayi
Tapi, dalam kegembiraan mak ayah nak menyambut anak baru kadang-kadang tidak disenangi dengan ‘anak lama.’
CEMBURU antara anak-anak memang normal lagi-lagi apabila anak yang sudah lama mengbongsu, sudah terbiasa dipanggi “adik” dan dah biasa 100% kasih sayang mak ayah, kakak dan abang tertumpu padanya seorang. Apabila tiba-tiba muncul orang baru dalam keluarga semua perhatian dirampas oleh adik baru. Situasi begini memang selalu berlaku walaupun beza umur dengan adik hanya 1 tahun.

Untuk menangani isu macam ini, yang pertama mak ayah perlu kenal luar dalam anak dulu. Kena tahu:
1. Tahap manja.
2. Makanan kegemaran.
3. Minuman kegemaran.
4. Perbuatan yang dia suka bila kita lakukan (peluk, usap rambut, cium pipi).
5. Mainan kegemaran.
6. Rancangan kegemaran.
7. Patung kegemaran.
8. Perbuatan yang paling dibenci.
9. Kenal kawan-kawan.
Sebab kebanyakan kes di atas yang saya terima dan analisa sendiri adalah berpunca daripada mak ayah yang kurang kenal anak sendiri.
Contoh sewaktu penilaian,
Anak suka makan apa? Tak tahu, dia makan je apa-apa.
Anak suka kartun apa? Tak tahulah, biasa tengok youtube.
Kenal tak kawan-kawan dia di sekolah? Tak kenal, nampak macam bercampur dengan semua orang.
Sebenarnya walaupun anak makan semua benda yang orang kata “tolak kayu dengan batu je”, tapi pasti ada 1 makanan yang dia betul-betul suka.
Sama juga macam kawan-kawan dan kartun. Kena perhatikan anak terutamanya reaksi terhadap sesuatu benda.
Biasa kalau lepas balik sekolah mak ayah hanya tanya “Dekat sekolah belajar apa?”, tapi tak tanya “Dekat sekolah seronok tak? Siapa nama kawan?”. Bila kita biasa tanya tentang perihal sekolah tapi tak tanya macam mana perasaan dia, ada masalah ke dengan kawan-kawan dan sebagainya maka hubungan anak dengan mak ayah hanya takat perihal sekolah umpama pekerja dengan bos hanya tanya soal kerja.

Kalau mak ayah tak berapa kenal dan tak jadi kawan anak, maka untuk dia terima dan sesuaikan diri bila ada adik baru jadi lebih susah. Kesannya, dia akan menjauhkan diri dengan kita sebab rasa dirinya tak penting dan mak ayah tak faham perasaan dia.
Dari situ maka timbullah fasa kebergantungan dengan kawan pula, meletakkan sepenuh kepercayaan pada kawan, ikut perlakuan dan percakapan dari kawan, kawan masuk lubang dia pun nak ikut, kawan minta rahsiakan dari mak ayah dia pun ikut dan sebagainya. Bila ada apa-apa masalah, kawan dah jadi tempat mengadu sebab merasakan mak ayah tak sayang dia lagi bila dah ada adik.
Personaliti Dibentuk Ketika Usia 4 Bulan
Sebenarnya dari kita berumur 4 bulan lagi kita dah ada personaliti sendiri. Ada yang jenis pendiam, ada yang jenis potpet, ada yang jenis lasak banyak tenaga, anak yang jenis lembut dan sebagainya. Macam trademark Lazada, “macam-macam ada”.
Sangat sangat sangat sangat penting ya untuk mak ayah kenal anak sendiri, sesibuk mana pun WAJIB kenal anak. Tak kiralah melalui luangkan masa berkualiti atau tanya pengasuh atau guru taska.
Lepas dah kenal betul-betul luar dalam anak dan dah dapat sepenuh kepercayaan anak barulah boleh cuba sikit-sikit bagi “hint” yang dia bakal dapat adik seawal baru tahu mengandung. Boleh cuba tip ini:

LIMA TIP IBU BOLEH CUBA:
1.Bawa Jumpa Kawan-kawan Yang Ada Anak Lebih Seorang
Kalau umur sebaya lebih bagus, bagi anak bermain-main dengan mereka. Ceritakan pada anak, “Tengok tu X ada adik, seronoknya boleh main sama-sama setiap masa. Abang nak adik tak?”. Kalau anak cakap “tak”, tak apa boleh cuba bawa jumpa lagi. Lama-lama dia akan jadi seronok dan boleh terima.
2.Kena Selalu Bagitahu Anak Yang Dia Bakal Dapat Adik
Untuk yang dah 3 tahun ke atas, boleh cuba bagi tengok video bayi dalam rahim supaya dia tahu dalam rahim mak sekarang ada bayi. Boleh juga ajar anak dengar degupan jantung adiknya. Kalau ke klinik untuk scan 3D/4D ajak anak bersama-sama. Kerapkan usap perut bersama-sama anak dan cakap “abang sayangggg adik”. ?
3.Banyakkan Memeluk Anak Sewaktu Mengandung
Bisik di telinga anak “Mummy sayang abang, adik pun sayang abang”. Tunjukkan kasih sayang dengan memeluk dan belai kepala anak supaya anak rasa disayangi.
4.Gunakan Cerita Sosial
Dengan menggunakan buku cerita tentang hubungan adik beradik. Ulang-ulang baca lama-lama anak akan faham dan tersimpan dalam memori.
5.Gunakan “Modal-modal” Kegemaran Anak
Untuk ambil hatinya sambil beritahu yang kita tahu apa yang dia suka sebab kita sayang. Part ini mak ayah kena pandai-pandai ambil hati.
Tak Ada Anak Yang Dilahirkan Nakal
Kalau anak yang memang jenis melekat dengan mak, walaupun dekat dengan ayah pun cemburu. Persediaan di atas jadi double tripple wajib ya sebelum melahirkan adik baru untuk mengelakkan masalah tingkah laku di masa akan datang.
Ingat ya, tak ada anak yang dilahirkan sejak azali dah nakal dan tak mendengar kata. Kalau agak-agak rasa nak marah anak bila nakal atau degil terutamanya anak bawah 3 tahun, fikir semula dan tanya diri sendiri adakah salah anak yang memang dilahirkan nakal ataupun salah kita dalam mendidik anak?
Cemburu tanda sayang, tapi cemburu juga sebagai tanda ketidakpercayaan dan curiga terhadap kasih sayang mak ayah. Kenal anak dan dapatkan kepercayaan anak barulah mudah untuk anak menerima adik baru. ?
Sumber/Foto: Maryam Jamadi via Mingguan Wanita
Kredit foto: Freepik
Tak Normal Anak Jalan Berjengket, Nampak Comel Tapi Bimbang Anak Ada Masalah Delay!

Ada tak anak-anak bila berjalan gemar menjengket kakinya? Jika Ya ia merupakan masalah fizikal dan tidak normal. Perlu ibu bapa ambil tindakan awal dan jangan anggap ia biasa-biasa ye.
Memang ibu bapa akan kata comel. Sebab itulah ada sesetengah ibu bapa tidak begitu ambil peduli jika anak berjalan menjengket. Ibu bapa mesti fikir itu cara dan gaya anak berjalan diawal usia. Kan? Tetapi banyak sebenarnya fakta yang ibu bapa perlu tahu tentang cara gaya berjalan berjengket.
5 Kemungkinan Anak Selalu Berjalan Menjengket
Langkah pertama ibu bapa boleh buat ialah semak perkara-perkara ini :
1. Adakah mereka menjengket setiap kali ketika berjalan?
“Berjalan je mesti nak jengket”
2. Ada kekejangan otot kaki.
“Nampak macam sakit je bila jalan”
3. Adakah anak anda berjalan dengan gaya pelik atau awkward.
“Lain macam je cara dia jalan kan, abang?”
4. Adakah tapak kaki dia tak ada lekuk.
Di tapak kaki kita ada arch yang membantu untuk keseimbangan badan.
Boleh check kaki masing-masing.
5. Adakah dia jalan jengket sebab habit atau sengaja buat macam tu.
“Suka nak buat-buat jalan jengket la Zara ni”
Sebenarnya ada beberapa sebab jalan menjengket. Kita analisis sikit.
– Tanda masalah fizikal seperti motor skills disorder.
Atau shortening of muscles around ankle due to early exposure to walker when babies.
Sebab itu di Kanada, walker dilarang diguna untuk bayi.
– Tanda berkemungkinan ada masalah kelewatan perkembangan bahasa (speech delay)
Ada kajian dalam skala kecil (small study) menunjukkan perkaitan antara tip toe walking dengan perkembangan bahasa.
Ini ada kaitan juga dengan sensory development seperti movement, balance and coordination.
“Apa yang ibu bapa lakukan jika menyedari anak anda jalan menjengket?”
1. Jika disebabkan masalah fizikal, motor disorder dan otot, boleh rujuk kepada physioterapist dan occupational therapist (ortho setting)
2. Jika ada tanda lain seperti speech delay, sensory processing disorder, semak carta perkembangan kanak-kanak.
Available online. Free. Jika benar lewat daripada umur yang sepatutnya, berjumpalah terapis pertuturan bahasa berhampiran anda untuk assessment dan intervention.
Dan jika ada tanda-tanda sensory processing problem, rujuk terapis carakerja berhampiran untuk assessment dan intervention.
3. Jika anak anda berjalan berjengket sebab suka-suka dan habit.
Percayalah, tingkah laku ini akan faded over time. Insha Allah. Ia perkara biasa bagi kanak-kanak untuk belajar keseimbangan badan.
Tips penting! Bawa anak anda keluar untuk aktiviti sensori bersama alam.
Tanggalkan kasut.
Pijak rumput
Berjalan atas pasir
Masuk dalam air
Lompat atas lumpur
Biar mereka berpijak di bumi yang nyata.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol
“Comelnya Tuah” Remy Ishak Kongsi Wajah Anak, Tuah Alam Dah Empat Bulan!

Selepas lama menanti akhirnya peminat dapat melihat wajah Tuah Alam, anak kesayangan hero Malaya, Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof.
Si comel Tuah Alam yang muncul buat pertama kali menerusi program Oh Baby Remy!: Tuah Oh Tuah itu semalam sudah tentunya mendapat perhatian ramai. Memang comel.
Berkongsi perkembangan terkini, Tuah Alam yang dilahirkan pada 27 Julai lalu kini sudah pun berusia empat bulan.
Tidak hanya muncul di kaca televisyen bahkan Remy tampil berkongsi wajah Tuah menerusi Instagramnya dengan meninggalkan kapsyen cukup manis.
“Thank you aunties uncles, acik-acik sudi tonton #ohbabyremy 1st Episode tadi.
“Kenalkan Anakanda kami, Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik baik untuk keluarga kecil kami,” katanya.
Bahkan Remy juga turut berterima kasih kepada anak kecil itu yang menyinari hidupnya dan isteri.
“Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah & Bonda,” tulisnya ringkas.
Wajah comel Tuah sudah semestinya dipuji ramai. Wajahnya redup, gabungan wajah ibu dan ayahanda yang tercinta. Memang comel.
Terdahulu, Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak berkahwin dengan Ezza pada 20 Ogos 2021.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club