Penganjuran webinar Sayang Anak Ketat-Ketat anjuran komuniti Family & Parenting yang berlangsung pada Ahad, 20 Mac 2022 secara virtual ternyata meninggalkan kesan mendalam pada peserta yang terdiri daripada ibu bapa.

Selari dengan tajuk webinar Sayang Anak Ketat-Ketat, ternyata barisan panel berjaya memberikan input yang padat dan bermanfaat kepada para peserta. Webinar yang bermula seawal jam 9.30 pagi tersebut menjadi aktiviti berilmu dalam kalangan peserta yang mendaftar.

Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan

Acara pagi yang dimulakan dengan cabutan bertuah ternyata membangkitkan semangat kepada para peserta untuk terus setia bersama. Tazkirah oleh Profesor Dr Nik Salida Suhaila dengan tajuk “Strategi Didik Anak Mengikut Perspektif Islam” membuka mata ibu bapa untuk memperbaiki kaedah mendidik anak sesuai mengikut keadaan sekarang namun tetap sealiran dengan cara yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Fokus kasih sayang pada anak

Cabaran antara tumpuan pada anak-anak dan kesibukan tugas harian dan kerjaya kadangkala membuatkan para ibu bapa terpaksa ‘struggle’ memastikan curahan kasih sayang pada anak tidak terabai.

Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan

Perkongsian daripada Terapis Cara Kerja Pediatrik, Puan Maryam Jamadi dan Pakar Kekeluargaan & Kasih Sayang, Ibu Rose ternyata memberikan solusi kepada para ibu bapa untuk menseimbangkan antara curahan kasih sayang dan rangsangan yang diberikan kepada anak-anak supaya tidak tersilap langkah dan membebankan kedua belah pihak.

Maryam Jamadi mengupas topik “Rangsang Anak Tanpa Stres” dan Ibu Rose pula dengan topik utama “Sayang Anak Ketat-Ketat”.

Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan

IKLAN

Sebelum berhenti rehat dan selepas rehat, para peserta diuji kecerdasan minda berkenaan webinar dalam permainan Teka & Menang. Tiga peserta terpantas menerima hadiah cenderahati daripada Pa&Ma.

Ganjaran untuk anak

Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan

Kupasan topik “Sistem Ganjaran Bukti Sayang Anak, Benarkah?” turut berjaya mengubah persepsi para ibu bapa yang selama ini tersilap dalam memberikan ganjaran kepada anak-anak.

Para peserta baru mengetahui bahawa memberi ganjaran kepada anak itu tidak salah tetapi perlu ada kaedah yang tepat kerana ia mampu mendisiplinkan anak serta ibu bapa tidak perlu marahkan anak lagi sekiranya mereka tidak patuh pada peraturan yang telah ditetapkan.

Memang menarik kaedah yang diajar oleh Pakar Psikologi Klinikal, Puan Azlina Roszy yang memang berpengalaman luas sebagai penceramah dalam pelbagai seminar, forum dan program televisyen.

Happy wife happy life

Kesejahteraan dan kesihatan mental seorang ibu memainkan peranan penting dalam mengemudi kebahagiaan anak-anak dan suami.

IKLAN

Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan

Pakar Perunding Psikiatri, Dr Ahmad Rostam dari salah sebuah hospital awam di utara tanahair yang mengupas topik “Tolong, Saya Burnout!” berjaya membuatkan para peserta daripada kalangan ibu merasakan ianya sama seperti situasi yang kerap mereka alami.

Kebanyakan memberikan komen mengenai situasi yang mereka alami sama seperti apa yang diberitahu Dr Ahmad Rostam dan ramai juga yang bertanyakan soalan meminta pendapat.

Ibu garang vs ibu lembut

Untuk sesi penutup webinar keibubapaan ini menjemput Irma Hasmie sebagai selebriti jemputan untuk berkongsi pengalaman membesarkan sepasang cahaya matanya.

Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan

IKLAN

Irma yang juga seorang pengacara turut mengucapkan tahniah kepada Pa&Ma dan Keluarga kerana menganjurkan acara berilmiah untuk para ibu bapa selain mengucapkan tahniah kepada peserta yang setia dari pagi sampai petang demi menimba ilmu

Beliau sendiri teruja untuk menjadi salah seorang panel dalam majlis ilmu yang berkongsi pelbagai ilmu keibubapaan sendiri. Menjawab persoalan hos tentang topik “Didik Anak Jadi Orang, Perlu Ke Mak Garang?”, Irma teruja berkongsi pengalaman dan serba sedikit ilmu yang dimiliki kepada peserta supaya dapat dimanfaatkan selain sebagai peringatan pada dirinya sendiri.

Di akhir acara, ramai peserta yang memuji penganjuran webinar keibubapaan kerana mereka dapat menambah ilmu yang dapat digunakan sepanjang membesar dan mendidik anak-anak dan berharap agar Pa&Ma dan Keluarga dapat meneruskan lagi penganjuran majlis berilmu sedemikian di masa akan datang.

Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan

Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan

Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat Dedah Pelbagai Ilmu Bermanfaat Keibubapaan

Bagi yang tak berpeluang mengikuti webinar Sayang Anak Ketat-Ketat boleh tonton di link SINI

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI