World #QuranConvention 2025: Trade With Allah, Solusi Ekonomi Global Berasaskan Al-Quran

Share

World #QuranConvention 2025 kembali sebagai platform global yang menginspirasi umat Islam untuk mendalami serta mengaplikasikan ajaran Al-Quran dalam kehidupan peribadi, profesional dan sosial.

Tahun ini, konvensyen berprestij ini mengangkat tema “Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges” dengan slogan “From Revelation to Innovation Building a Resilient Future.” Ia membuka ruang perbincangan tentang bagaimana panduan wahyu mampu membentuk keseimbangan dan ketahanan ekonomi dunia berasaskan nilai keimanan dan etika Islam.

Konvensyen bakal diadakan pada 6 & 7 Disember ini di Dewan Perdana, MITI Kuala Lumpur adalah anjuran Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) ini menjadi medan pertemuan para ilmuwan dan pemikir Islam untuk merungkai solusi ekonomi berpaksikan Al-Quran  ke arah membina semula tamadun Islam yang makmur dan berdaya saing.

Ekonomi Islam Teras Tamadun Gemilang

Islam bukan sekadar agama, tetapi satu sistem hidup yang mengangkat nilai keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi. Selaras dengan semangat itu, World Quran Convention 2025

tampil membawa mesej mendalam tentang ekonomi Islam moden dan konsep ‘Trade With Allah’ satu seruan agar umat Islam kembali melihat harta dan pekerjaan sebagai ibadah yang bernilai di sisi Tuhan.

Surah Al-Saff dan Konsep Tijarah

Tahun ini, Surah Al-Saff diangkat sebagai asas perbincangan utama, menyorot konsep Tijarah  perdagangan dan urusan ekonomi berteraskan keikhlasan serta keseimbangan spiritual. Ia mengajak umat Islam memahami bahawa kekayaan ialah amanah, manakala pekerjaan ialah ibadah yang membentuk keseimbangan antara dunia dan akhirat.

Solusi Ekonomi Global Berasaskan Al-Quran

Menurut Pengarah WQC 2025, Ustaz Nouman Ali Khan, pendekatan melalui al-Quran dan ekonomi global merupakan satu panggilan untuk menemui semula keseimbangan (rediscover balance) dalam sistem dunia hari ini. Konvensyen yang berlangsung selama dua hari ini bakal menghimpunkan lebih 20 ilmuwan dan tokoh ekonomi Islam dari pelbagai negara bagi membincangkan jalan penyelesaian cabaran ekonomi moden yang kian kompleks.

Sesi Utama dan Pengisian Konvensyen

Antara sesi utama yang bakal berlangsung termasuk Unlimited Quran Miracle, Pillars for Trade & Economy, serta Humane Economy: The New Paradigm. Setiap sesi akan membincangkan bagaimana prinsip Islam seperti Al-Adl (keadilan), Al-Ihsan (ihsan), Al-Halal wa Al-Tayyib (sumber halal lagi baik), dan Al-Tawazun (keseimbangan) dapat membentuk sistem ekonomi beretika dan berasaskan belas kasihan.

Peranan Muslimah dan Wilayah Economy Declaration

World Quran Convention 2025 juga menonjolkan peranan wanita sebagai ejen perubahan sosial dan moral dalam ekonomi Islam moden. Melalui Wilayah Economy Declaration, peserta diajak memahami konsep Saaff saf kepimpinan wanita berdisiplin dan berprinsip yang menjadi teras pembangunan masyarakat berdaya tahan. Gerakan #Saff12Movement

pula menekankan bahawa membina ummah bukan sekadar strategi ekonomi, tetapi dengan hati yang berzikir dan akal yang berfikir.

Penceramah dan Tokoh Antarabangsa

Menghimpunkan tokoh-tokoh tersohor dari pelbagai latar belakang, World #QuranConvention 2025 menjanjikan sesi perkongsian ilmu yang penuh inspirasi dan bernilai tinggi. Gabungan ulama, pemikir ekonomi, dan tokoh industri ini bakal membawa perspektif mampu menjadi panduan dalam membina sistem ekonomi global yang adil, lestari dan berasaskan nilai spiritual.

Selain Ustaz Nouman Ali Khan, WQC 2025 turut menampilkan penceramah antarabangsa seperti Dr. Imran Alvi dari Oxford Intellect; Ustaz Fazrul Ismail dari Warisan Ummah Ikhlas Foundation; serta Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin, Pengerusi Dagang NeXchange Berhad. Setiap tokoh akan membawa dimensi baharu melalui sesi seperti “Beyond Business: Tijarah with Divine Purpose” dan perbincangan industri halal global.

Peluang Pembelajaran Berimpak Tinggi

Tiket individu untuk menyertai konvensyen ini berharga RM500, manakala pakej kumpulan berharga RM10,000 dengan pelbagai faedah seperti sijil penyertaan, rakaman sesi penuh dan latihan eksklusif. Program ini juga HRD Corp Claimable, menjadikannya peluang terbaik untuk profesional Muslim memperkukuh kefahaman spiritual dalam kerjaya masing-masing.

Gerakan Pembaharuan Ekonomi Islam Global

Lebih daripada sekadar konvensyen, World Quran Convention 2025

adalah gerakan pembaharuan dalam ekonomi Islam moden. Ia menyeru umat Islam untuk menilai semula kejayaan bukan hanya berdasarkan keuntungan, tetapi juga pada nilai tauhid, taqwa dan tasbih. Inilah erti sebenar Trade With Allah perdagangan yang tidak akan rugi, menjanjikan pulangan abadi di dunia dan akhirat.

Buat para Muslimah dan seluruh peserta, inilah peluang untuk memperkasa diri dengan kefahaman al-Quran yang membentuk jiwa dan minda. Sama ada anda usahawan, pelajar, ibu atau profesional, WQC 2025 menjanjikan pengalaman rohani mendalam yang mengilhamkan gaya hidup Islam moden. Dalam setiap urusan, kerjaya dan ekonomi menjadi ibadah yang bermakna.

Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges
6–7 December 2025 | Perdana Hall, MITI, Kuala Lumpur
8.00 pagi – 4.30 petang

Daftar Sekarang: https://worldquranconvention.com/
Pertanyaan: +60 11-6430 7480 (Admin WQC)