Wow! Bagusnya Abang Ni, Siap Dokong Adik Lagi Masa Melintas Jalan.

Share

Perkongsian daripada Encik Noorhashim apabila berkongsi foto  gelagat pelajar remaja yang sedang mendukung adiknya yang bersekolah rendah, memang mampu menarik perhatian dan sekali gus menyentuh hati  buat yang memandang.

Nyata, kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang kepada adiknya itu wajar dipuji dan sebolehnya kita juga mengharap dan mendoakan anak-anak kita turut bertindak seperti anak remaja ini.


Secara jujurnya, saya sebagai seorang ibu atau ayah ternampak situasi seorang abang mendukung adiknya dalam keadaan panas terik. Wow!! Kagum dan sebak.

Saya perhatikan perlahan-lahan dia menuruni kawasan berbukit sambil mengendong adiknya dengan kawan-kawan perlahan-lahan menuju ke kawasan rumahnya.

Allahuakbar, anda seorg abang yang hebat. Semoga berkekalan ya adik menjaga serta melindungi ahli keluargamu ya.

Kepada ibu dan ayah serta keluarga adik ini, alhamdulillah didikan dan terapan kasih sayang di kalangan family masih utuh dan kuat. Tahniah atas didikan anda di dalam era yang penuh cabaran ini.

Sumber : Noorhashim Mohamad via KVV

 

IKLAN