
Setiap kali video mahupun gambar anak-anak kesayangan Dato Seri Siti Nurhaliza dimuatnaik menerusi media sosial, pasti meraih perhatian ramai.
Mana kan tidak, macam-macam gelagat Dan karenah terutama anak sulung pasangan ini, Siti Aafiyah yang gemar menyakat adiknya.
Dalam video terbaru, kelihatan Aafiyah mengusik Adiknya Muhammad Afwa yang sedang duduk Di atas walker. Tidak cukup duduk Di bahagian belakang, tiba-tiba Aafiyah beralih tempat dan duduk depan sehingga menyukarkan adiknya untuk melihat.
Walaupun sudah ditegur oleh ibunya,namun Aafiyah tetap selamba. Sambil si adik Cuba menolak walker tersebut supaya bergerak walaupun nampak sukar kerana berat si kakak.

Akhirnya Afwa berjaya menggerakkan walker berkenaan ke belakang sambil disambut ketawa oleh kakak dan ibunya.
“Ya Allah adik gagah juga, kakak tumpang. Tengoklah tu kakak, penat adik.”
“Anak ibu ni Ya Allah tengok tu. Kakak, kesian adik. Tengok tu berat. Adik nak jalan macam mana tak Nampak sayang,” Omel Siti Nurhaliza sambil ketawa kecil kerana terhibur dengan gelagat anak-anaknya itu.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata turut berpendapat Sama dengan Siti tentang Aafiyah yang rajin menyakat adiknya. Pun begitu, gelagat dua beradik tersebut membuatkan ramai terhibur.

@Imanja:kuat jga kakak ni menyakat adik😂😂
@.:masyaallah geramnya tengok afwa comel putih handsome sgt mcm ibu n ayah….conratulations tok ti 🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰
@🎀AnUgR@h teR!Nd@H💐:Untung afiya afwa🥰ank siti,😂diorg ni xthu lg mak dia pnyanyi trsohor😅
@Anis Basha🌹:lembutnya cakap, tak pernah tengok mak tak marah dekat real life 😅
@miszjue82:dua2 comey bijak adik nye x leh ke dpn ngundur blkg eh afwa gear reverse ye@🌹 Zulaiha abdullah_91🌹:x baik aafiya buli adikk😂😂😂😂… comel 22
@Qaseh Atikah:olo ksian adik…kakak pn nyakat adk.slumber ja kak tumpang depan mcmtu..adk pn sabo jla nsib ku kcik lg dy ckp😂😂
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bawa 7 Anak Perempuan Travel Ke Vietnam, Begini Rupanya Persiapan Mak Ayahnya Lakukan. Boleh Follow!

Bercuti merupakan antara cara terbaik untuk menenangkan fikiran dan mencipta memori manis bersama keluarga. Apatah lagi jika berpeluang ke luar negara, tentunya momen tersebut cukup menarik dan mempunyai nilainya yang tersendiri.
Pun begitu bagi memastikan percutian keluarga berjalan lancar di negara orang, tentunya banyak perkara perlu dipersiapkan sebelum tarikh berangkat. Sama ada barang keperluan sendiri mahupun suami dan anak-anak, semuanya perlu dipersiapkan untuk memastikan cukup dan sekali gus memberi keselesaan sepanjang bercuti.
Menyentuh tentang mempersiapkan barangan kelengkapan untuk seorang dua anak mungkin kita merasakan sudah rumit untuk dibuat, pun begitu cuba bayangkan pula bagaimana caranya untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Berapa banyak dan berapa lama pula masa diperlukan mempersiapkan kelengkapan tersebut ye? Boleh pening kepala juga dibuatnya.
Namun dengan adanya cara yang sistematik, hal ini tidaklah begitu rumit untuk dilakukan. Ini sebagaimana perkongsian daripada puan Shaeriani A Hamat, ibu kepada tujuh orang puteri yang berusia dari 16 tahun hingga 2 tahun, berkongsi tip persiapan untuk anak-anak dan keluarganya bercuti ke Vietnam.

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk keluarga yang lain juga.
Jadi jika nak tahu apa yang dipersiapkan, ini perkongsiannya:
Hari ni mama nak share tips persiapan yang mama buat untuk bawa anak7 travel jauh ( dalam negara atau oversea) (kali ni trip vietnam)
Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak 7 bercuti
1) Persiapan kena 2 hari sebelum bertolak ( beg baju WAJIB 1 sorang dan kalau boleh bag sandang untuk mudah perjalanan ) nanti baru ada tanggunjawab bawa barang sendiri)

2) Anak 7 kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju , tudung, seluar dan berapa lama akan tinggl dekat sana (mama akan tentukan color dan jenis baju) biasa mama akan bagi yang ringan kurangkan berat nak pikul – list tu mama dah buat seminggu awal
3) Bag mestila ‘DITANDA’ nama sebab senang untuk cam beg masing-masing( senang untuk anak 7 cari keperluan masing-masing sebab bag kami semua sama tapi keperluan berbeza masing-masing ..ada yang uzur dan sebagainya)
4) Semua anak 7 mestilah ‘BERKASUT’ untuk keselamatan dan melancarkan perjalanan sepanjang travel ( banyak pegerakan semasa travel – walaupun puteri tapi ke sana ke mari juga)

5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport ( sebab passport papa akan pegang dan bila sampai giliran pengenalan identiti papa akan bg ikut numbering- tak perlu dah buka buka)

6) Keluar awal untuk ke airport sebab anak 7 ramai dan masih kecik ( sampai awal tak apa sebab kita tidak tahu apa terjadi dekat tengah jalan )

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & Menyeronokkan
- Feeling Melancong Di Jepun, Rupanya Di Kundasang. Keluarga Ni Kongsikannya Buat Ramai Terpukau!
- Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!
7) Semua anak yang bawa hanset perlu memakai sling bag ( kan berhati-hati dan memudahkan benda berharga ada dekat dengan kita baru tak tertinggal) ( mama bagi 1 orang sahaja bawa sebab tak nak diaorg asyik main gadjet semasa dalam hotel..1 tu pun supaya mama nak berhubung sebab bilik berasingan)
8)Bawa makanan ringan seperti biskut, cococrouch dan honeystar dan lain-lain yang ringan untuk keperluan baby supaya tak lapar dalam perjalanan( baby tak tahan lapar dan tak nak dia merengek sebab urusan airport memang lama dan kita tak tahu macam mana tempat orang kan)
9) Selalu pesan pada anak 7 supaya ‘ TEPATI MASA’ agar boleh selari dengan program travel ( bagi diaorg tahu masa itu emas baru la boleh atur kehidupan sendiri)
10) Ni yang ‘LAST’ mama suka pakaikan anak 7 baju, tudung, seluar, anak tudung semua sebab senang nak ‘CAM’ anak 7 jika jauh sikit dari kita..( sebab diaorg nama jer pompuan tapi sama jer macam anak lelaki..heheheh..) ( Kalau tak travel pon memang selalu sama..hahahah)

Inilah tips mama untk memudahkan perjalanan mama dan papa handle diaorg puteri 7 kami..

Mama & 7 puteri muslimah.
Sumber : norshaeriani.shae
Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTARNak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Suami Isteri Kena Saling Melengkapi & Paling Penting Solat Berjemaah.” Kunci Kekal Bahagia Ustazah Isfadiah & Suami.

Sering bersiaran di televisyen dan dikenali sebagai pendakwah selebriti, nama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, sudah sinonim dalam kalangan masyarakat. Beliau merupakan pendakwah selebriti yang sering menjadi tetamu jemputan di radio dan televisyen terutamanya dalam topik keibubapaan dan fiqh wanita. Kini, beliau aktif mengendalikan seminar dan program khususnya keibubapaan.
Kecil molek sahaja orangnya dan bibir tak pernah lekang dek senyuman setiap kali bertutur. Berpendirian tegas dalam setiap perkara yang dilakukan sudah cukup membuktikan anak kelahiran Klang, Selangor ini seorang wanita hebat. Hasil perkahwinan dengan Ustaz Muhidin Mokter, pasangan ini dikurniakan 6 cahaya mata.

Aktif bersiaran di kaca televisyen sejak 2010 melalui saluran TV Al Hijrah (TVAH) sebelum menjadi tetamu untuk saluran TV yang lain. Beliau sebelum itu bergelar pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2000 hingga 2012.
Sepanjang bergelar pensyarah, banyak pengalaman diperoleh terutamanya mengenai personaliti dan akhlak individu terutama anak muda.

Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun sebagai ibu dan isteri, beliau menyatakan masa bersama anak-anak ibarat emas.
“Saya anggap waktu bersama anak adalah masa terbaik untuk mengetahui aktiviti mereka. Biasanya saya akan luangkan masa dengan mereka antara waktu maghrib dan isyak. Dari situ saya boleh mengetahui permasalahan mereka dan perancangan untuk hari esok.
“Memandangkan sikap saya yang tegas dalam mendidik anak-anak, konsep perbincangan jadi keutamaan. Setiap apa yang dilakukan oleh anak, saya akan ambil tahu demi kebaikan mereka.
“Menghukum anak bukanlah jalan penyelesaian. Jadi cara terbaik saya lebih suka menerangkan setiap kesalahan mereka,” katanya.

Bercerita mengenai cara beliau mendidik enam permata hatinya, tiada apa yang lebih. Cuma aspek pemakanan amat ditekankan iaitu dengan mengamalkan pemakanan sunnah dan solat berjemaah selain disiplin dalam pengurusan waktu.
“Alhamdulillah kesemua anak dapat menerimanya dan saya bersyukur anak sulung sudah pun melanjutkan pengajian di universiti, dua sedang belajar di sekolah menengah dan tiga lagi mengikuti pembelajaran dari rumah di bawah pemantauan saya dan suami.
Di samping itu, aktiviti kebajikan salah satu aktiviti keluarga setiap kali kami berkumpul.
“Biasanya kami sekeluarga akan melakukan aktiviti kebajikan dengan melawat rumah orang tua, anak yatim dan membantu orang gelandangan.
“Dari situ sikap tolong-menolong dapat dipupuk dan secara tidak langsung mendedahkan kepada anak-anak nilai kasih sayang dan prihatin kepada insan yang kurang bernasib baik,” katanya.
“Jika ada waktu cuti yang panjang, saya dan suami akan membawa anak-anak bercuti bagi melihat suasana di tempat orang bagi memastikan mereka bersyukur dengan nikmat yang diperoleh hari ini,”ujar ustazah Isfadiah.

Berkongsi kunci kebahagiaan rumah tangga, pasangan ini mengakui saling melengkapi adalah rahsia bahagia.
“Sebagai isteri, kena hormat pada suami dan mengkaguminya. Kedua, adalah sentiasa prihatin dengan keperluan dan kena tahu dan ambil perhatian apa yang suami sukai. Kena saling melengkapi, complete each other bukan compete ye dan paling utama adalah solat berjemaah inilah yang paling penting, tarik sahaja tangan suami untuk solat bersama,”ujar Ustazah lagi.
View this post on InstagramA post shared by Isfadiah Mohd Dasuki (@isfadiah) on
Sumber: Sinar Harian & IG Ustazah isfadiah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tampil Dengan Imej Kurus, Akhirnya Fasha Sandha Buka Mulut Cerita Perubahan Fizikalnya!

Tampil dengan imej yang ramping selepas mendapat rawatan mata akibat kemalangan di set pengambaran, ramai yang bertanya soal perubahan fizikal pelakon hebat, Fasha Sandha. Malah, jika dilihat di laman Instagram miliknya, ramai dalam kalangan peminat meminta tip yang diamalkan olehnya.
Memetik laporan Harian Metro, akhirnya pelakon yang terkenal dengan babak air mata ini akhirnya buka mulut tentang perubahan fizikalnya itu di masa salah satu sebabnya ketika dimasukkan ke hospital selera makannya agak berkurangan.
“Tambah lagi waktu itu bulan puasa. Jadi masalah kurang selera ini bersambung-sambung. Memang saya nak kurus tapi bukan dalam keadaan tak sihat. Kalau kurus biarlah saya sihat dan gembira.
“Setakat ini saya alami penurunan sebanyak 10 kilogram. Sebenarnya banyak faktor lain juga saya kurus. Salah satunya lepas keluar hospital saya jaga makan.
“Yang ketiga saya kurangkan pengambilan daging dan ayam pada hari biasa. Isnin hingga Jumaat tak makan ayam langsung. Sabtu dan Ahad baru makan. Saya hanya makan ikan dan nasi sikit,” katanya.
Fasha berkata, dia juga terpaksa kurus untuk shooting drama Rampas Cintaku musim kedua dengan MIG Productions pada Jun ini.
“Syarat untuk berlakon drama ini ialah saya kena kurus. Dalam kontrak pun disebut kena kurus. Petua untuk elak makan ayam dan daging saya dapat dari pelakon Syamim Farid.
“Saya kagum dia langsung tak makan nasi. Apapun suami saya, Aidil sangat menyokong walaupun saya gemuk atau kurus. Dia tetap sayang dan yang penting saya sihat.
“Harapnya lepas habis shooting drama ini, berat saya boleh bertahan. Saya mudah lupa diri juga dalam bab pemakanan,” katanya.
Dalam pada itu, Fasha juga berkongsi bahawa dia menangguhkan dulu pembedahan tulang mata kirinya yang patah serta bebola mata kiri berdarah dan bengkak.
Fasha berkata, dia sepatutnya perlu menjalani pembedahan, tapi disebabkan enggan matanya berbalut, membuatkan dia mengambil keputusan untuk melakukannya selepas Hari Raya.
“Saya tak naklah mata berbalut waktu raya. Tapi apapun proses rawatan sedang berjalan. Luka luar dah hilang. Cuma dalam masih patah. Ibaratnya jari kita mengalami sedikit patah tapi kita masih gerakkan tulang tangan.
“Memang tak sakit kalau mata tak digerakkan ke kiri. Kalau kita paksa mata gerak arah itu memang sakit,” katanya ditemui pada majlis Rumah Terbuka Global Station.
Terdahulu, mata kiri Fasha cedera akibat terhempap bucu katil ketika menjalani penggambaran telefilem Anak Tuan bersama Azhan Rani di Johor Bahru, Johor.
Melalui rakaman video yang dikongsi di Instagram (IG), Fasha dilihat ditolak pelakon gandingan, Azhan Rani hingga kepala dan matanya terkena pada bucu katil secara tidak sengaja.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK 

