Teka-teki peminat sebelum ini berkenaan baby bump Wawa Zainal kini terjawab.
Ini berikutan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel memaklumkan isterinya kini sedang hamil anak keempat mereka.
Berita gembira tersebut dimuat naik Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.
“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.
Meskipun di rumah bab mencuci tandas ada antaranya mempunyai cara dan teknik tertentu untuk memastikan tandas sentiasa bersih dan berkilat.
Ini sama halnya melalui perkongsian daripada seorang suami yang juga merupakan seorang doktor, nyata dirinya tidak kekok untuk melakukan kerja-kerja membersihkan tandas malah turut berkongsi cara dan tip untuk menyediakan bahan pencuci tandas yang lebih menjimatkan.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Cara pantas untuk sental dan bersihkan tandas sampai berkilat.
1.Bahan bahan mudah di dapati. Sediakan peluntur pakaian, tidak kira apa jenama yang murah murah pun ok (clorox ,cocorex,giant ….)
2. Botol spray, lagi besar lagi bagus sebab banyak cecair boleh isi.
3. Kaca mata untuk keselamatan dari terpercik masuk mata . Pedih tuuu.. silap haribulan boleh datang jumpa Saya untuk MC hehe
4. Topeng mulut dan hidung. Mengelakkan daripada terhidu bau peluntur yang berlebihan sebab bahaya untuk kesihatan.
5. Sarung tangan getah untuk elakkan tangan terhakis.
Cara caranya
1. Masukkan peluntur pakaian ke dalam botol spray , lebih kurang 1/4 dari isi kandungan botol spray. Kalau nak letak lebih lagi bagus, lagi kuat dan cepat kesannya. Selebihnya isi dengan air paip dan goncangkan sampai sebati.
2 Semburkan campuran tadi terus ke dinding, lantai, singki dan mangkuk tandas.
3. Biarkan lebih kurang 1-2 jam atau lebih lagi bagus
4. InshaAllah kotoran degil, lumut,kulat akan hilang.
5. Mulakan aktiviti memberus untuk memastikan tandas lebih cantik bersih dan berkilat.
Ekstra info
Peluntur pakaian juga berfungsi untuk membunuh kuman dan bakteria yang melekat di kawasan tandas.
Saya lebih suka untuk sental tandas waktu malam, sebab anak-anak sudah tidur untuk elakkan terdedah dengan bau peluntur pakaian.
Bila tanpa sedar kita marah pada anak, hakikatnya kita sedang buli anak tanpa sedar. Nyata buli berlaku dimana-mana. Malah kita marah-marah pada anak dalam kereta disebabkan hal yang remeh sahaja. Begitu juga halnya apabila anak makan lambat, kita akan memarahinya. Semua ini adalah antara buli ibu bapa tanpa sedar yang kita telah lakukan. Ikuti perkongsian Ashikin Hashim moga manfaat.
Buli ada di mana-mana. Tak habis lagi cerita kes buli. Saya rasa seperti mahu berkata sesuatu tentang buli. Kita sedar atau tidak, buli berlaku tanpa kita tahu pun bahawa kita sedang membuli.
Situasi buli depan anak.
? Telefon atau whatsapp cikgu depan anak. Marah-marah cikgu. Bela anak keterlaluan tanpa dengar kata semua pihak. Anak dengar. Anak lihat. Ini buli cikgu. Kita tak sedar.
? Marah-marah maki hamun dalam kereta sebab ada orang nak potong line. Kita lagi sanggup ‘tak nak menyerah kalah’. Berjuang hingga ke titis darah yang terakhir, tak mahu bagi orang potong line sambil mulut maki hamun. Anak lihat anak dengar mak ayah maki hamun dan tak bagi laluan. Ini buli atas jalan. Kita tak sedar.
? Kita pergi kedai makan. Dapat makanan lambat. Atau dapat makanan salah. Maki hamun pekerja. Cakap depan anak. Anak lihat anak dengar. Mak ayah langsung tak ada empati. Bangun tinggal kedai makan sambil promote ke anak jangan datang kedai tu lagi. Anak belajar – oh begini rupanya.
? Kita ada urusan di telefon atau di kaunter. Tak puas hati. Marah-marah depan anak. Anak lihat anak dengar. Kita tetap mahu puaskan hati, viral di fB dan whatsapp. Burukkan orang kaunter dan yang terima panggilan. Yang tak tahu hujung pangkal makin api-api kan. Anak lihat anak dengar. Oh nanti ikut macam ni kalau ada masalah.
? Anak dapat markah rendah. Kita boikot dia. Kita rendahkan dia. Sikit pun tiada yang betul di mata kita. Maka kita mula tidak adil. Kita buli dia dalam tidak sedar. Rasakan! Siapa suruh malas belajar. Ini buli tanpa sedar. Kita tak dekati dia. Kita tak tahu apa yang dia hadapi.
? Anak kita menangis. Sebab gaduh adik beradik. Kita marah. Kita paksa dia diam. Kita kata anak orang lain tak menangis pun. Anak orang lain tak gaduh pun. Kita tak tanya sebab apa. Kita tak tahu punca. Kita tak cuba dekati. Yang paling teruk bila kita kata pada anak kita – nanti mak marah dia. Nanti mak cubit dia sebab buat Nana. Oh macam tu ye cara nak selesaikan masalah? Buat balik orang tu ye. Oh macam tu.
Sedar ke tidak kita ni?
Semuanya bermula dari rumah.
Semuanya bermula dari kita sebagai ibu bapa.
Saya ingatkan diri kita sendiri. Supaya kita jadi contoh tauladan baik kepada anak-anak.
Bila anak sudah besar, dia jadikan apa yang dia dengar dan lihat.
Dia tak pernah lihat kasih sayang di hadapan matanya.
Dia tak pernah dengar ucapan terima kasih dan maaf.
Dia hanya disaji dengan sifat ego dan amarah.
Dia tak pernah di peluk, dihargai.
Dia tak tahu contoh baik yang dia harus ikut.
Jom kita muhassabah.
Ada tak kita membuli? Di rumah, di atas jalan?
Ashikin Hashim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini kecoh di sosial media tentang kemelut rumahtangga yang melanda pada selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar.
Lesti Kejora dikhabarkan sudah pulang dari Rumah Sakit Bunda Jakarta setelah beberapa hari menjalani rawatan akibat kekerasan rumahtangga.
Perkara ini diakui oleh penyanyi, Saipul Jamil sendiri dari pihak rumah sakit ketika ingin melawatnya.
“Rencana hari senin ini (nengokin Lesti Kejora), karena kemarin aku ke Bandung. Ternyata Lesti udah pulang semalam,” kata Saipul Jamil pada Isnin.
Sebelum datang ke rumah sakit, Saipul Jamil sudah menghubungi Abi Ramzi dan ayah Lesti Kejora, tetapi tidak mendapat jawapan. Oleh kerana itu, bekas suami Dewi Perssik ini memilih untuk datang ke rumah sakit untuk menjenguk Lesti.
“Yaudahlah, yang penting kita sudah ada niat baik. Aku juga gambling main ke sini langsung, tanya sama pihak rumah sakit ternyata sudah pulang. Malam dia pulangnya, artinya kondisinya membaik,” jelasnya.
Belum pun sampai usia dua tahun perkahwinan, bahtera rumah tangga Lesti dan Billar ditimpa badai. Malah, bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam buat Lesti, tetapi turut terpalit pada bayinya sendiri.
Sebelum ini pasangan serasi Lesti dan Billar membuat keputusan untuk menggabungkan nama mereka untuk digunakan pada nama cahaya mata pertama mereka, iaitu Leslar Al Fatih Billar.
Namun, bagi mengelakkan si ibu terkesan dengan detik hitam yang menimpanya, seorang pakar holistik turut memberikan pandangannya tersendiri. Menurut Pakar Holistik itu, Ni Kadek Hellen Kristy Winatasari menyarankan agar Lesti menukar nama anaknya jika tidak mahu terus terkesan dengan situasi hebat itu.
Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan Lesti yang membesarkan bayi sulung mereka, Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini baru berusia 9 bulan.
Terdahulu, nama Baby Leslar diambil daripada nama ibu dan bapanya, Lesti dan Billar yang mana ia merupakan saranan daripada peminat keduanya.
Melihat apa yang berlaku hari ini, pakar berkenaan bimbang jika si kecil itu akan mengalami trauma ketika membesar dengan nama tersebut.
Bahkan menurutnya lagi, penggunaan suku kata akhir nama bapanya itu juga bakal berkemungkinan menjadi beban hebat buat Baby Leslar di masa hadapan kelak.
Lesti membuat laporan polis selepas dipukul oleh suaminya yang didakwa berlaku curang beberapa hari lalu. Lesti yang tercedera segera mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis sebaik menerima nasihat daripada keluarganya.
Semoga ada jalan terbaik buat kedua-duanya dan apa yang lebih penting lagi adalah memberikan ruang dan persekitaran yang sihat dan positif untuk Baby Leslar untuk membesar dengan baik.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.